Skuad negara dalam bahaya!!

Assalamualaikum dan selamat pagi..aku tidur sejam je tadi..semua gara-gara bola sepak..bukan sebab Malaysia menang, tapi cerita di sebalik kemenangan itu..

Macam yang kita semua maklum, kemenangan Malaysia yang dianggap kontroversi oleh sebilangan besar rakyat Indonesia gara-gara pancaran laser yang didakwa mengganggu rentak dan momentum permainan pasukan mereka..

Tapi ada lagi yang lebih merisaukan aku..lihat saja komen-komen mereka di Facebook..

Risau tentang keselamatan pemain Malaysia apabila bermain di sana..ya Allah..bola sepak sekadar sukan, tapi mengapa perlu kita saling berbunuhan?



Tidak..bagi mereka, bukan bola sepak yang menjadi fokus utama..slogan "Ganyang Malaysia" seringkali diutarakan sehingga menjadi pegangan mereka..kerana itulah apabila Malaysia mengecapi sesuatu kejayaan, mereka amat iri hati..mereka menuduh negara kita sebagai 'maling' yakni pencuri dalam bahasa malaysianya..

KLCC disamakan dengan binaan candi Borobudur, Jalur Gemilang disamakan dengan bendera Amerika Syarikat, malahan bendera UMNO juga menjadi mangsa, yang didakwa meniru warna merah-putih kebanggaan mereka..

Bagi aku, Indonesia yang seperti mereka adalah kolot pemikirannya..mereka tidak pernah bertandang ke Malaysia, lalu dituduh bangsa kita bangsa pencuri? berbeza dengan mereka yang mencari rezeki di Malaysia..mereka ini sudah kenal siapa kita, bagaimana santunnya rakyat kita..meskipun mereka ini cuma buruh kasar, amah dan penoreh getah!!

Pagi-pagi dah emosi kan? emosi la..bila susu dibalas tuba..

p/s: best tak tengok sinetron Indonesia??

3 comments:

Adam said...

Aku harap itu cuma omongan kosong. Adoi. Come on la, kena ada smgt saing yg sihat la kan. haiz.

suka cartoon said...

hope tu semua ckap 0 jer...n hope skuad malaysia tak patah semangat dengan ugutan-ugutan semua nie....

Cahaya Senja said...

adam:betul tu..xde semangat kesukanan langsung kan depa ni..

suka cartoon:yup..diorang berani gertak je tu..buat xpon..go rimau go!!