Buah fikiran

Assalamualaikum...Alhamdulillah,masih lagi dibekalkan oksigen yang cukup untuk terus bernafas,menyambung nyawa dan meneruskan hidup di muka bumi ini..semua itu bukan percuma ye..taat setia pada Pencipta jadi bayarannya..ok la,xnak serabut-serabut kepala time cuti ni..cuma nak berkongsi beberapa buah fikiran yang sempat dipetik menjadi santapan kita bersama untuk malam yang dingin ini..

1. Sekarang ni tengah hangat mengenai krisis politik yang berlaku di Mesir@Egypt..tak nak kupas mengenai perihal politik, cuma berharap ada tindakan yang segera diambil oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana terjamin..ada pelajar Malaysia yang dirogol, rumah yang dirompak dan dibakar..(sumber dari Facebook pelajar di sana)..Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya..



Yupp..solat..meski negara huru-hara, protes dan darurat di sana, kewajipan tetap dilaksana..kita?kalau nak solat,kena cari masjid..last2 solat pun tinggal..aduhh..

2. Banjir..wah..betul ke ni? Gemas dah tenggelam ko tau??bekalan air kat rumah aku pun terputus disebabkan tanah runtuh di jalan besar yang turut merosakkan struktur paip pembekal utama..aduh..nasib2..mengangkat air la nampaknya nak basuh pinggan..tapi bersyukur sangat-sangat rumah xditenggelami air..tengok kat Segamat, Gemas..kesian depa..

3. Mentaliti zaman dulukala..ahaa..yang ni serius sikit..baiklah..kebanyakan daripada kita membeza-bezakan kursus dan jurusan yang diceburi dengan kebolehupayaan untuk memberi sesuatu yang bermanfaat pada agama..ni yang aku perjuangkan dari dulu..bukan apa,cuma kesian bila ada dengar-dengar mereka yang bukan daripada aliran agama mengatakan mereka didiskriminasi dan mereka menganggap tempat yang mereka belajar ini bukan untuk mereka..aduh..sampai macam tu sekali??sabar ye..kita usaha sama-sama membuktikan mereka itu salah..

dah..tu je..ada apa-apa amanat lagi??out

no 77 blok 14..2303

Sunnah Nabi Amalan Seharian

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 
2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 
3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang 
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 
6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 
7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-
- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 
- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
- Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 
- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 
- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. 
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. 
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan 
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk 
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.
SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI DAN SATU LAGI KAWAN2..SELALU2 LAH SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W..
Peringatan yg baik utk sumer …InsyaAllah
sebar2 kanlah…

Suara Dari Dalam.....hati

Dingin bayu yang menghembus di petang hari bersaksikan titis hujan menyapa sanubari lukisan Ilahi, mengguris perasaan sang pencinta alam, menggamit memori bersejarah nan indah menjadi sebuah halwa fikiran segar bugar mekar di ingatan..

meski hari sudah hampir tiba penghujung gembira taktala mentari menghilangkan diri di ufuk barat tidak lama lagi, kemeriahan teratak hujung desa ini tidak tergugat..siulan unggas, gemersik cengkerik, nyanyian katak menjadi muzik harmoni mententeramkan hati yang gundah gulana sajak seminggu yang lalu..biarlah hal itu menjadi sejarah buat diriku..

Fuuhh..sejuk betul petang ni..hujan sejak pagi tadi..bertuah sebab rumah aku ni berada dalam kawasan tanah tinggi..kalau tidak,pasti sudah bersampan aku..sejuk2 ni buat idea untuk berkarya datang..oleh itu,aku nak buat beberapa melodi dan lagu untuk kumpulan nasyid kami, SofF..

tahukah anda apa itu kumpulan SofF?? kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2009 dengan ahli seramai 5 orang pada awalnya, kini bertambah menjadi 6..aku bertindak sebagai bass dek kerana suara yang agak dalam dan besar..memang sukar untuk melakukannya pada tahap konsisten yang tinggi..apa-apa pun, saya berharap kumpulan ini akan terus meningkat maju pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang..amin ...

Salam sayang..15:36..sejuk!!

Happy Birthday Poland!! (BHG 2)

Hadiah??ok..kali ni dapat banyak makanan la..aku pon xtau nape..mentang-mentangla aku ni bertubuh ektomorf,korang nak bagi aku gemuk ye..xpe2..yang penting penghargaan yang korang berikan buat aku sangat bernilai di sisi ku..


haa..yang ni hadiah 1st yang aku dapat malam tu..sekali dengan kejutan yang diorang buat..kek ni dari barisan JPP yang mengwakenabebkan aku..yumm..sedap..tapi ceri die rase ubat la..huu


Yang ni pulak dari seorang member aku kat maktab tu..memang best bile bufday jatuh pada hari yang sama elaun keluar kan??yummy..thanx weh..sedap burger nih..


Tadaa..plastik beg yang misteri..mase aku bukak,aku ingat kan ada orang bagi aku sabun basuh pinggan..penutup kuning je pulak tu..rupanya bukan..ada kek batik dalam tu..



Ni la kek yang aku maksudkan tu..pengirimnya??sampai sekarang aku xtahu..misteri betul la..dalam misteri-misteri tu pon,habisla aku telan dalam masa kurang 5 minit..share dengan rumate n jiran sebelah..awak nak jugak?sori la..da habis..tempe nak tempe??apa-apa pun,thanx buat pengirim kek ni..sangat sedap woo..

Dalam kegembiraan,terselit sebuah duka jauh di sudut hati..mungkin bukan duka,cuma gusar dan risau..memikirkan usia yang semakin menanti penghujungnya..mungkinkah ada lagi 28 Jan buat ku pada masa yang mendatang? apakah jaminan untuk aku teruskan hidup di dunia ini jika Izrail sudah menyapaku nanti? ya Allah,kau cukupkanlah bagiku keperluanku di dunia ini, kau pertingkatkanlah iman dalam hatiku ini, kau tambahkanlah amalan soleh hambamu ini..kabulkanlah hajatku agar aku dapat bersua mesra di sana bersama keluarga dan sahabat seperjuanganku..amin..

Rumah yang sejuk.12:26

Happy Birthday Poland!! (BHG 1)

28hb Januari..apakah peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini? pengeboman Hiroshima dan Nagasaki??bukan2..tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi seorang insan yang benama Muhamad Akmal bin Jamaludin yakni penulis blog ini..2011..tahun ini menyaksikan penghidupan seorang hamba dan khalifah yang usianya kini mencapai 2 dekad..masih terlalu muda mungkin untuk menjadi pemimpin sebuah negara..tetapi untuk memimpin diri sendiri, di sinilah bermulanya..

Pelbagai kejutan yang aku dapat kali ni..yang paling besar??meh aku story....

ceritanya mula macam ni..aku baru balik dari Low Yat malam tu..dalam jam 10 rasanya..dapat mesej dari abang Fakhrul yang suruh aku datang mesyuarat JPP malam tu..dengan tak salin bajunya, aku pergi la ke sana..masuk je dalam bilik JPP tu,semua pandang aku dengan muka serius..even Hakim dan Arif sekalipun..apehal la diorang ni..marah kat aku ke apa..nak dijadikan cerita,sampai la perbincangan mengenai hal-hal berbangkit..


"Akmal tahu tak En. Jaflus marah dengan kolej kediaman? dengan wireless xdapat,kucing banyak..dah la Akmal datang lambat!"
"kerja dengan Akmal ni susah sikit..macam xnak bagi komitmen je.."

Antara kata-kata yang dilemparkan kat aku malam tu..ok,aku terima..dalam hati macam nak tarik diri jadi JPP je..yela..dah la baru masuk JPP..perlantikan pon x lagi,dah kena hentam..adeh..membisu aku sekejap..muka aku agak cuak diorang cakap..sape xcuak dah kena hentam!!then aku mula keluarkan hujah yang aku dah sediakan nak menangkis hujah diorang..tiba-tiba lampu terpadam..

"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Akmal Jamaludin..Allah selamatkan kamu.."

Huwaa..wakenabeb!!rupanya kejutan yang dirancang untuk mengenakan aku..ada agenda di balik kata rupanya..semuanya propaganda membuatkanku terkesima dan terharu seketika..huhu..thanx buat semua Ahli Pimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang sudi membuatkan jantung aku berdebar..kek tu memang sedap..

Ok..sampai di sini dulu..kita sambung bahagian dua pulak nanti..

Aku menangis..

Serius aku terharu bila baca kisah ni..benar-benar terjadi..ya Allah..betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya..









Perempuan ni sanggup berkorban demi anaknya..macam ni pun ada yang tergamak buang baby dorang kan..kejam2..

WHoA!!

Lepas sorang,sorang lagi masuk umur 20..pasni aku pulak..gile kau..2 dekad dah rupanya hidup kat muka bumi ni..pada akak rimau n miss ketum, hepi bday patik ucapkan sekali lg..akak rimau nak tempe sambal ea??t patik hadiahkan ye..siap dalam kotak lg..

Tertarik dengan kata-kata seorang sahabat

 "umo xjd ukuran..amal yg ptot ditambah..bile umo mningkat..ajal juga semakin dekat" 

Ya Allah..betul cakap dia..semakin meningkatnya usia,semakin beratlah tanggungan..semakin meningkatnya usia,semakin banyaklah dosa terkumpul..

takpe2..xsalah sambut besday kan?tapi ada tu,sampai melampau2..ingat lagi time sekolah dulu..dengan air longkang,susu basi,air akuarium yg penuh keladak,telur..fuhh..cukup membuatkan isi perut menggelegak..

oh ya..ada kat rumah ni..baru balik petang tadi..sekarang nak balik poland dah senang coz my only brother dapat keje kat putrajaya..itu bermakna aku boleh balik tiap2 minggu..berserta tanpa bayaran tambang..jeles x??jangan jeles2 ye..xelok untuk baby..uh..xde kaitan

ape lagi nak cakap??xtau la..sebab dah lame xupdate blog ni sejak cuti tu..tu yang hilang idea tu..oh ye..elaun!!elaun oh elaun..tolonglah muncul..aku nak beli songkok baru..songkok aku dah kene kebas..songkok pon ade jugak orang nak rembat..xpe2..kalau dgn songkok tu ko g masjid,aku lagi suke..dapat gak saham..

lagi??hmm..kasut!!kasut kuliah aku da kopak da tumit dye..bukan kasut tumit la..ko ingat aku sutun ke..tumit kasut..dah setahun pakai kasut tu..padanla kopak pon..mula2 sikit je kopaknye..aku g tambah lagi kekopakkannya dengan men timbang bola kat luar bilik tu..sapela yang letak bola futsal kat luar bilik aku ni..aku memang pantang nampak bola ni..balik2 kuliah je nampak bola..haish..sape tahan..

elaun kali ni aku nekad nak beli menatang yang boleh taip2 tu..ape orang putih kate??laptop??haa..yg tu la tu..susah woo xde laptop..tapi bagus jugak xde laptop wat masa ni..komunikasi antara kawan2 terjaga..kalau asyik ngadap laptop je xkuar bilik,apa yang jadi kat kawan kita pon kita xtau kan??ye,aku tau kita ade fb and blog..tapi semua tu xboleh menggantikan hubungan 2 hala secara bertentangan mata..kan??

ok..sampai sini jela ea..ngantuk la..esok nak balik maktab dah..sehari je kat rumah..xpe..yang penting bukan kuantiti bersama keluarga, tapi kualiti..ada yang dok lama dengan famili tapi hubungan x akrab..xbagus macam tu..nitez all..

p/s: bila la cmz nak buang tongkat die..??

rumah 1:36

Fuhh..bersawang sudah

Selepas sekian lama menyepi, aku dating kembali..fuh2..penat buang sawang dalam blog ni..bukan sengaja xnak update blog..Cuma xberkesempatan je..

14 hari sudah berlalu dalam bulan Januari ini..sepanjang 14 hari ini jugalah macam-macam perkara terjadi pada diriku..

Hari pertama aku sampai maktab selepas lama bercuti adalah Ahad..perkara pertama yang aku fikirkan untuk esok adalah “nak makan apa”..almaklumlah, elaun dapat lambat kan..jadi aku dan rumateku sudah siap dari awal-awal lagi..dapur letrik,periuk nasi,pembakar roti dan pelbagai perkakas eletrik lain sudah kami bawa bersama..masak apa?well..telur mata kerbau 3 rasa..hangit, masin, pahit..tu pun dah syukur sangat-sangat..anai-anai tu makan kayu je hari2..kita beruntung dapat nasi tau..

Hari pertama bergelar pelajar program ijazah sarjana muda(PISMP)..whoa..bangun dengan semangat..aku adalah antara yang terawal bangun Isnin tu..yup..terawal dalam bilik tu la..kalau kat blok tu antara yang nak kene tahan ngan CMZ la tu..apa salah aku pulak?aku xlambat k..budak2 ni je yang awal..xpe2..tahun ni kene datang awal skit..seminit dua pon ok la..

Minggu pertama ni aku rasa minggu yang special skit atas beberapa sebab..orang kata, kalau kita nak jadi gembira,kene gembirakan orang lain..untuk membuat orang lain gembira,kita perlu memberi ‘sesuatu’ kepada orang tu..harap2 gembira la ye..

Minggu kedua..ah..minggu ni lagi macam2..tapi yang paling menjadi perhatian students adalah Pilihanraya Kampus..nak pilih JPP..ntah macam mane last2 minute boleh terfikir nak masuk..xpe2..semangat Poland,semangat..

Selasa merupakan hari untuk bermanifestasi bagi calon2 JPP yang bertanding..fuh..selamat xde Venusians kat dewan Idris Marbawi tu..malu kot..then tibalah giliran aku berucap.. ”kerana dirimu begitu berharga”..manifesto yang aku bawa..ah,aku pon xtau maksud dia apa..

Sebenarnya jawatan ini bukanlah sesuatu medan mencari publisiti mahupun populariti..tetapi adalah amanah yang sangat berat untuk disandang oleh seseorang..tetapi selagi kita bergelar manusia, selagi itulah kita akan bergelar pemimpin kerana tujuan asal kita dijadikan adalah untuk itu..biar sebesar manapun amanah itu,kita perlu menanggungnya..

Dengan sokongan rakan-rakan,sahabat,dan teman yang ada, aku jadi semangat..tapi keputusannya,kita akan tahu kelak..menang kalah itu rezeki..masing-masing ada sebab tersendiri..

Haish..macam mane boleh citer politik pulak ni..ok..sekarang ni aku ngah study mengenai manusia..yup..bukan bedah orang la..tapi mengetahui cara kita berfikir..”Men are from Mars, Women are from Venus” 1st time aku bace buku English yang tebal camni..sebelum ni novel bukit kepong yang sekolah bagi tu pon aku bace synopsis dye je..nasib baik lulus pekse..

Ok,undur diri dulu..online kat library ni..orang lain sibuk dok pinjam buku, aku sibuk dok naip blog..doakan elaun ni aku dapat beli laptop..amin…

 salam sayang 15:07