2010 yang menggembirakan

Baiklah..biar tahun 2010 ini berakhir dengan kegembiraan, bukan kesedihan..aku ingin susun jari 10 ku ini kepada kalian yang telah banyak aku sakiti..baik dari fizikal dan emosi..biarlah tahun 2010 ini menjadi sejarah dalam proses mematangkan diri sesama kita..walaupun aku tahu masih ada yang tidak memaafkan aku..

Pada yang masih menyimpan rasa benci pada aku, ribuan ampun jutaan maaf aku dahulukan..terpulang pada kau untuk mengampunkan..barangkali mungkin bukan kau..tapi kalian..aku mohon maaf juga ya..

Tahun 2010 ini tersimpan begitu banyak memori..ada yang sedih, ada juga yang gembira..ada yang tersimpan, ada juga yang telah diluahkan..aku cuma berharap yang gembira itu boleh dibawa bukan sahaja pada tahun hadapan, tetapi sehingga ke akhir kehidupan..moga-moga..

Pastinya ada peristiwa yang membuat aku tersenyum sendirian..mungkin sendirian, mungkin bersama..mungkin juga bersama-sama..tidak kisahlah apa peristiwanya..yang pastinya hajat telah terlaksana..meski awalnya harapan seolah tiada..

Apa yang menjadi harapan bagi menempuh tahun baru ini, cuma satu..peningkatan diri..tidak kiralah jasmani dan rohani, yang pastinya ada meningkatnya..Amin..

Apa yang pastinya, tiada penutup suram pada penghujung tahun 2010 ini..tidak kira apa pun yang terjadi, aku hadapi dengan tenang..hal-hal seperti itu langsung tidak merungsingkan aku kerana hubungan ini bukanlah hubungan terlarang, selagi mana kita berpegang dengan janji dan syariat, insyaallah diredhai..jika bukan di mata masyarakat, cukuplah pada pandangan Dia..


Bilik banyak nyamuk. 21:57

Dari seorang lelaki

Ini merupakan kisah seorang lelaki..lelaki yang selama ini tercari-cari entiti diri sendiri..kisah ini bukanlah mempromosi diri, bukan jua mencari publisiti..tapi kisah diri yang ingin dikongsi..

Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, cukup membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku miliki kini. Dengan kesederhanaan inilah aku belajar erti menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberi..Kesusahan mematangkan pemikiran meskipun perbuatan terzahir keanak-anakan..

Seringkali aku cemburu melihat mereka yang punya keluarga kaya, harta berjuta, tanah berekar hektar besarnya..namun mereka tidak sekaya aku, engkau dan mereka yang punya keluarga bahagia..sungguh..apa gunanya hidup yang senang kalau jiwa tidak tenang? apa ertinya emas permata jika keluarga porak peranda?

Memikirkan ini aku berasa puas..puas dengan apa yang aku miliki hari ini..meski cemburu di hati masih menyelubungi..

Aku bukanlah lelaki yang menggelar diri seorang murabbi kerana aku tahu kelemahan diri..bukan jua seorang insan yang kata-katanya bersulam, berhujahkan hadis dan kata cinta Ilahi..aku cuma seorang lelaki biasa yang hidupnya juga biasa..pagi dan petang penuh dengan penyesalan dan dosa..

Kini aku mula melangkah..meski cuma langkah yang lemah, aku tidak sekali akan resah..kerana ku yakin janji Allah..



Semoga aku akan terus melangkah. 01:19

Terima kasih semua

2010 hampir melabuhkan tirainya..tahun yang baru bakal menjelma..begitu banyak memori pahit manis sepanjang bergelar pelajar, anak, lelaki, ketua, kenalan, kawan, sahabat dan juga teman pada tahun ini..

Perubahan yang drastik dalam bicara dan tingkah laku dapat aku rasakan sepanjang tahun ini..meskipun hanya sekelumit cuma, tapi langkah yang sejuta bermula dengan setapak jua..

Banyak perkara yang aku pelajari sepanjang tahun ini..terlalu banyak..pengorbanan, perkongsian, dan kegembiraan bersama sahabat2 membuat aku menjadi semakin matang..ramai watak-watak penting yang banyak mengubah aku yang dulu menjadi aku yang ada pada hari ini..

Pastinya orang yang begitu banyak berjasa dalam hidup aku adalah AS..Amerika Syarikat? bukan yang tu la..yang tu nak wat ape..

tidak lupa juga buat watak-watak penting hidup aku, Miss Ketum dan Cik Rimau..kalian dah banyak menghabiskan tenaga aku untuk tersenyum dan ketawa..kalian juga banyak memberi aku pengajaran berguna..persepsi aku dalam percintaan dan persahabatan kini berubah sudah..

buat rakan-rakan sepertiduran dan seper-pes-an, aku juga ucapkan terima kasih..korang da banyak ajar aku erti permainan yang sebenarnya..kini aku dah tahu cara nak halang Messi bile korang guna Barca..selama ni aku silap..aku sangkakan dengan guna Evra, aku mampu halang Messi..tapi rupa-rupanya Vidic yang boleh halang dia..terima kasih banyak-banyak..

sekian buat kali ni..nak wat entry lain pulak..tengah gile blogging sekarang ni..adios!! assalamualaikum

cuaca sejuk macam poland. 13:29

FERDINAND ucap tahniah pada Malaysia!!

Sumpah aku bangga..aku xnak cakap banyak..ni kata2 rio ferdinand:

"Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team."


right click untuk besarkan


xcaye? tengok twitter beliau

Mereka punya perangai

3 hari sebelum pulang ke IPIS tercinta..cinta?boleh la..mak kate,kene sayang tempat kite belajar..macam2 perasaan ade kat dalam hati sekarang..perasan??perasaan la..haish..feeling la pakcik makcik..nak kne cakap dialek britian baru faham..

Ade sebab mengapa kepulangan ke maktab ini membuat aku teruja..ada juga sebab mengapa aku seperti tidak mahu pulang ke sana..setiap perkara ada pro dan kontranya..kerajaan yang baik perlukan pembangkang yang hebat untuk mentadbir negara..bukankah begitu? begitu juga aku..setiap kali aku jatuh, aku perlu bangun..tidak kiralah sama ada dengan bantuan mahupun tidak..manusia boleh gelak apabila melihat kita jatuh tapi percayalah..jatuh itu sangat sakit dan tiada sesiapa inginkan kesakitan..

aduh..kan dah skema ayat aku..nak wat camne..kene la berlatih dari sekarang..nak jadi YDP kene guna ayat rasmi..haha..lupakan aje hasrat ko mal..jadi ketua kuliah pon da serabut kepale..kalau jadi pemimpin gerakan belah kiri (GBK) aku boleh la..

Bila balik maktab, aku dah agak apa yang akan berlaku nanti..perhimpunan,kuliah,rehat,solat jemaah,wireless,ultrasurf,library dan macam2 lagi keyword popular akan menjengah telinga..tapi semua perkataan ni xsehebat perkataan "rantai"..jika anda pelajar IPIS, anda ada sebab untuk tersenyum, mahupun guling2 di katil anda apabila membaca perkataan ini..

walaupun aku lambat datang kelas, kene panggil dengan CMZ sebab tak hadir jemaah di masjid, selalu tidur dalam kelas, aku tetap suka dengan maktab ni..oh ya,cakap pasal jemaah di masjid..kadang2 tergelak sendiri pun ade bila isu ni jadi bualan..

diharapkan pihak yang suruh muslimin datang ke masjid tu, hadirkan diri anda juga ke masjid ye..bukan hanya tahu pegang kertas kehadiran pada perhimpunan pagi Isnin, lalu meminta muslimin tunggu selepas perhimpunan..kadang2 ken encik, diorang ni bukan xdatang masjid tau..diorang cume xnak sign je..betul,xtipu..diorang nak sign bile encik datang masjid..

aku harap juga semester depan xde lagi suara2 sumbang yang dok ngate batch aku..baik senior,junior mahupun pensyarah..mintak maaf..bukan nak mengapi-apikan..cuma nakkan keadilan..kami tahu batch kami ni paling ramai, dan paling banyak aliran pelajaran..kesian bila dengar member2 ngadu "mal,ipis ni bukan tempat untuk orag macm kitorg.." dan "ipis ni kan untuk kos PA je"..please,stop your discrimination..

harapan yang paling besar bagi aku dan semua warga maktab rasanye, agar undang-undang dan peraturan di maktab ini dikaji semula kerana adanya unsur penindasan..kami bukan kanak-kanak ribena blackcurrant mahupun blueberry..kami dapat membezakan baik dan buruk..aku ingat lagi bila aku letakkan kad keselamatan di pondok pengawal..

"haha..macam budak sekolah je mal!!" ni abang aku cakap..betul,aku pon rase macm tu..aku tahu tulis kat blog ni bahaya..aku juga tahu risiko untuk aku dipanggil HEP amatlah besar..

tapi untuk mendakwa aku dengan satu sebab, aku dah sedia dengan 10 alasan nak menjawab..aku bukan pelajar kurang ajar..tapi aku mahasiswa yang terpelajar..

1. Berikan aku sebab mengapa perlu kereta dirantai kerana kesalahan "pemandu tidak turun untuk mengambil kad keselamatan."
2. Berikan aku sebab mengapa kereta perlu dirantai kerana kesalahan "cermin kereta anda sangat gelap"
3. Berikan aku sebab mengapa kereta perlu dirantai kerana kesalahan "keluar dengan perempuan" sedangkan pemandunya adalah rakan sekelas yang membawa 4 orang rakan wanitanya, bukannya berdua!
4. Berikan aku sebab mengapa motor perlu dirantai kerana kesalahan "ekzos motor anda terlalu bising" sedangkan RXZ memang sebegitu bunyinya..
5. Berikan aku sebab mengapa motor perlu dirantai kerana kesalahan "memberi junior semester 1 menggunakan motor" sedangkan kita tahu perjalanan untuk membeli nasi sangat jauh, dan kafe di maktab hanya satu!!

Aku bagi 5 dulu..sape2 nak kondem,silakan..undur diri dulu..Assalamualaikum..

mahasiswa terpelajar.14:35.

Tempe dan Aku

Rasane kepingin nanges yen elingan parangtritis..neng ati koyo diiris..nalingko udan gerimis rebu wangi malam kemis..ra nyoro ra kiro..janjimu jebul mung lamis..

Ayat di atas bukanlah ayat pengasih..jampi serapah pon bukan..pernah tengok cerita ngangkung?ya, ayat ini langsung tiada kaitan dengan filem itu..ini merupakan bait-bait lirik lagu Parangtritis nyanyian Didi Kempot..mesti ade yg gelak guling-guling ni..aku xpasti lirik ni betul ke x..tapi lebih kurg la..

Semua ni gara2 my mama la..sampai aku dok hafal lagu jawa..adela dalm 5-6 lagu yg aku hafal setakat ini..aku masih ingat lagi time Majlis Graduasi Form 5 sekolah dulu..aku menyanyikan lagu jawa..huu..nak gelak pon ade..member layan rock kapak,cikgu nyanyi lagu jepun,aku nyanyi lagu jawe..

Jawe,jawe jugak..tapi aku xdela sampai nak ganyang orang..ahh..bola lagi..yela,sekarang kan sume sedang mengalami simptom demam bola..sekali sekala bukak jugak fan page AFF Suzuki Cup kat FB..ade orang indon yg speaking jawe,kutuk2 malaysia..ko ingat name aku Poland,aku xpaham ko cakap ape?? ini cucu wak Arji la..walaupun xpaham keseluruhannya,tapi still ok la..

Apehal cakap pasal jawe ni?? aku pon xtau..mungkin sebab populariti tempe meningkat agaknya sejak akhir2 ni..jualan tempe mencecah RM40 juta..2 Alam DDR pon xcapai tahap ni..uh..merepek sudah..banyak makan belacan aku ni..

kepada peminat tempe di luar sana..teruskan menyokong industri penempean ini..tempe untuk semua..bukan jawa sahaja..berbaloi makan tempe ni..walaupun fizikalnya xcantik, tapi rasanya menarik..sekali rasa,xnak yang lain dah..silap2 keropok lekor pon xdpt gantikan tempat tempe ni.. ;p

Segmen Entry Terbaik


-Assalamualaikum..meh join segmen yang dianjurkan oleh En. Belalang kita

-Buat satu entry bertajuk 'Segmen Entry Terbaik' dan jangan lupa tempek banner nih di entry korang.


-Pilih satu entry korang yang dirasakan terbaik dan buat huraian ringkas sket pasal entry tu. Contoh nape korang rase entry tue terbaik atau apa-apalah. Nak lebih dari satu entry pun boleh tapi cuba ringkaskan seringkas yg boleh. Takut nanti orang bosan lak baca panjang-panjang.


-Pastu korang tag pulak mane-mane blogger beserta satu entry blogger tu yang korang suka. Minimum dua orang blogger. Maksimum sukati korang la berapa blogger pun korang nak tag.


-Dah abis korang tolong tinggalkan link entry korang di sini


Dah dapat syarat-syarat untuk menyertainya? ok, di sini saya dengan berbesar hati memilih entry yang bertajuk "Math + Agama = Style"


Sebab saya memilih entry ini adalah berdasarkan maklum balas para pembaca yang memberi respon positif. Saya juga berpendapat bahawa entry ini merupakan satu gabungan ideal antara dua bidang yang selalunya kita fikir tidak ada hubungkaitnya atau pun sukar untuk dihubungkaitkan. Diharapkan ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi bersama. Wallahualam..


Dengan berbesar hatinya, saya menjemput sahabat saya untuk bersama menjayakan segmen ini:
Cikgu Fikri dengan entrynya: Aduhai Bangla
Uztaz Fikri dengan entrynya: Hati Cakap

Skuad negara dalam bahaya!!

Assalamualaikum dan selamat pagi..aku tidur sejam je tadi..semua gara-gara bola sepak..bukan sebab Malaysia menang, tapi cerita di sebalik kemenangan itu..

Macam yang kita semua maklum, kemenangan Malaysia yang dianggap kontroversi oleh sebilangan besar rakyat Indonesia gara-gara pancaran laser yang didakwa mengganggu rentak dan momentum permainan pasukan mereka..

Tapi ada lagi yang lebih merisaukan aku..lihat saja komen-komen mereka di Facebook..

Risau tentang keselamatan pemain Malaysia apabila bermain di sana..ya Allah..bola sepak sekadar sukan, tapi mengapa perlu kita saling berbunuhan?



Tidak..bagi mereka, bukan bola sepak yang menjadi fokus utama..slogan "Ganyang Malaysia" seringkali diutarakan sehingga menjadi pegangan mereka..kerana itulah apabila Malaysia mengecapi sesuatu kejayaan, mereka amat iri hati..mereka menuduh negara kita sebagai 'maling' yakni pencuri dalam bahasa malaysianya..

KLCC disamakan dengan binaan candi Borobudur, Jalur Gemilang disamakan dengan bendera Amerika Syarikat, malahan bendera UMNO juga menjadi mangsa, yang didakwa meniru warna merah-putih kebanggaan mereka..

Bagi aku, Indonesia yang seperti mereka adalah kolot pemikirannya..mereka tidak pernah bertandang ke Malaysia, lalu dituduh bangsa kita bangsa pencuri? berbeza dengan mereka yang mencari rezeki di Malaysia..mereka ini sudah kenal siapa kita, bagaimana santunnya rakyat kita..meskipun mereka ini cuma buruh kasar, amah dan penoreh getah!!

Pagi-pagi dah emosi kan? emosi la..bila susu dibalas tuba..

p/s: best tak tengok sinetron Indonesia??

Malaysia vs Indonesia..kita serumpun

Sekian lama menyepi..Akmal Poland kembali lagi..oppss!!Assalamualaikum..camne nak jadi ustaz ni..salam pon lupe nak bagi..

Kenapa Poland??aku ni ade darah kacukan Poland kah??ah,biarlah rahsia..ada yang tersirat di balik yang suratnya..Ok2,kepada Pengembara Senja, tuanmu mohon maaf sebab xjenguk kamu sekian lama..bukan niat di hati menganaktirikan kamu, tetapi begitu besar dugaan yang datang pada diri tuanmu ini..sibuk dengan CityVille, Futsal dan macam2 lagi..

Apa khabar anak-anak murid semua? tahun depan aku akan bergelar seorang pelatih guru berijazah..bukan jenazah la..ijazah atau PISMP, singkatan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan..understand??bagus..

macam yang semua tahu,malaysia menang untuk 1st final kat Bukit Jalil tadi..macam2 gelagat aku tengok kat FB..Indonesia salahkan malaysia,dan sebaliknya..janganla gaduh2..sukan dicipta untuk mengeratkan,bukan permusuhan..tunjukkan kematangan kita dalam berfikir dan berbicara..

Ape2 pon, wait 4 d 2nd leg nanti ye..dengar2 kata wat kat Malaysia sebab faktor-faktor macam INI dan INI..sape yang rugi? penyokong sendiri jugak..

Dah lewat dah..macam xnak tido je rase..tapi kene jugak tido..nitezz..assalamualaikum

p/s: Dengan sukan, sikap patriotik wujud dalam diri..xperlu tunggu 31 Ogos untuk kibarkan Jalur Gemilang!! ;p

200 BLOG !


Apakah?? apa-apa pun, mari bersama-sama jayakan segmen terbaru abang Ben kite..klik sini

Insan yang ku panggil "engkau"

Mencoretkan sesuatu untuk tatapan diri sendiri dan buat rakan,sahabat,teman yang datang menjengah..bukan niat bermadah berbunga-bunga, berpujangga apatah lagi..cuma pabila hati seorang sahabat terluka, aku turut terasa..biarpun jernih titis di mata tiada, perih terguris dapat ku rasa..

Aku bukanlah lelaki yang pandai memujuk..merayu pun tidak..cuma mungkin aku boleh membantu..diamnya diri kau buatkan kami risau..aku tahu kau sedang membaca entry yang tidak seberapa ini..tapi inilah yang keluar dari hati..

Ini bukan soal hati dan perasaan..tapi lebih kepada diri dan persahabatan..aku tahu kau goyah..tapi goyahnya kau,bukan bermakna rebah..kau masih ada kami..walaupun kami tak cukup beratnya, kami yakin dengan adanya kami, beban kau akan berkurang..

Kau kata kau "ok"..ingat aku akan percaya??kau lahir dulu daripada aku..kau belajar merangkak, bertatih dan berjalan awal daripada aku..mustahil kau tidak jatuh dulu daripada aku..kau pernah jatuh dan menangis..walaupun sakit, kau tak serik untuk bertatih..dan sekarang, kau dah boleh berlari(walaupun 2.4 ko pancit)..

Kuatkan hati, teguhkan jiwa, wassalam.

Dah, lebih2 kang ade yang cakap aku jiwang..aku xjiwang..serius!! ;p


Kitorang clorox ko nanti!! 12:14

Kalaulah..

emosi yang agak tidak stabil buat masa ini..rase macam nak tumbuk batang pisang belakang rumah sampai tumbang..tak,tak..aku xmarah..geram pon bukan..cume rase sikit kesal dalam diri..mengecewakan seorang sahabat bererti mengecewakan diri aku sendiri sebenarnya..

Perasaan serba salah muncul dalam diri..tak,tak..aku bukan jiwang..romantis pon bukan..aku cume laki biase yang panas baran dan ego hatinya..tapi bila melibatkan soal hati dan perasaan, aku xanggap sebagai mainan..

Ini bukan soal hati yang dipermainkan..yang dikecewakan pon bukan..cuma soal hati yang dapat merasa pedihnya dalam ujian..ya, aku tahu ujian itu menimpa semua..aku juga tahu ujian itu mematangkan kita tapi bila melihat orang lain diuji sebegitu,terdetik hati untuk memindahkan kesedihan itu pada aku..

Manis,masin,pahit,tawar,masam..ini bukanlah rasanya kerana hati dapat merasa lebih drpd itu..buat sahabat yang aku sanjung, aku memohon maaf..kalaulah aku dapat memindahkan perasaan kau pada aku,aku akan wat begitu..tapi aku xboleh..aku hanya boleh mendoakan kebahagiaan kau pada masa depan..

 Aku tahu kau kuat..kuat3!!jangan goyah,jangan goyang..aum!!semangat..boleh??ah,gile sudah aku ni..biarlah gile..aku punye suke..yg penting ingat ye pesan aku tu..

wassalam

Sains + Agama = Hypothesis Accepted

Assalamualaikum..sehat sume?ok,kite sambung topik Math dan Agama ye..kalau dulu kita bercakap soal Ilmu dan Amal, kali ini cikgu nak sambung sikit lagi tentang topik yang sama, tetapi dalam perbincangan masalah yang berlainan sedikit..apa die?sabaq naa..kali ni xyah bawak kalkulator..kalau sempoa mungkin boleh dipertimbangkan..

Kalau semua dah faham dengan formula Ilmu dan Amal, kita berganjak kepada perbincangan yang seterusnya..kali ini kita akan bereksperimen dengan tiga kata kunci iaitu TAHU, MAHU dan MAMPU..apakah perkaitan antara ketiga-tiganya?

Sebelum masuk kepada eksperimen kita, eloklah kiranya saya mengajukan permasalahan yang dihadapi..

Berapa ramaikah daripada kita yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya?Adakah ilmu pengetahuan yang dimilikinya itu diamalkan dengan sebaiknya? Adakah dengan kemahuan untuk mendalami ilmu akan menjadikan sesorang itu berupaya untuk melakukan perubahan dalam dirinya?

Andaikan bahawa
1) Ilmu Pengetahuan = TAHU
2) Kemahuan = MAHU
3) Perubahan = MAMPU

EXPERIMENT 1


Variables:
 a) Fixed variable: TAHU
 b) Manipulated variable: MAHU
 c) Responding variable: MAMPU

Hypothesis:
 a) Seseorang yang tidak mahu menggunakan pengetahuannya, tidak mampu untuk berubah.
 b) Seseorang yang mahu menggunakan pengetahuannya, mampu melakukan perubahan.
 c) Seseorang yang mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menggunakan pengetahuannya, mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berubah.

Procedure:
 1) Diberi TAHU adalah bernilai 10.
 2) MAHU yang diuji adalah bernilai 0, 10 dan 100 yang masing-masing mewakili tak mahu,mahu dan sangat mahu.
 3) Gunakan formula: MAHU/TAHU=MAMPU

Experiment:
i) Tahu(10) tapi tak mahu(0)
 0/10 = 0

ii) Tahu(10) dan mahu(10)
 10/10 = 1

iii) Tahu(10) dan sangat mahu(100)
 100/10 = 10

Result:
i) Orang yang tak mahu berubah, takkan mampu untuk berubah, meskipun mempunyai pengetahuan agama yang secukupnya.
ii) Orang yang mahu berubah, mampu untuk berubah dengan adanya pengetahuan dalam dirinya.
iii) Orang yang sangat ingin untuk berubah, mampu untuk melakukan perubahan yang besar meskipun pengetahuan yang dimilikinya itu amatlah sedikit sekali.

Conclusion:
Hypothesis disahkan.

EXPERIMENT 2
Dalam satu eksperimen yang berasingan, seorang pelajar telah diberi nilai TAHU = 0 iaitu bersamaan dengan TIADA PENGETAHUAN. Pelajar ini mendapati bahawa setelah eksperimen dengan menggunakan ketiga-tiga nilai MAHU(0,10,100) dijalankan, hasil bagi ketiga-tiga eksperimen itu adalah ERROR..

Hal ini bermakna, setinggi mana pun kemahuan seseorang itu untuk berubah, dia tidak akan berjaya tanpa adanya ilmu pengetahuan.


PERHATIAN!!!
1) Eksperimen ini dilakukan dengan bersumberkan akal semata-mata tanpa disertakan mana-mana dalil naqli dan hujah para ulama, mahupun saintis.
2) Anda dinasihatkan untuk menggunakan pertimbangan akal yang waras bagi menerima segala keputusan dalam eksperimen ini.
3) Segala penambahbaikkan,kritikan,perbincangan mahupun perbahasan mengenai topik ini amatlah dialu-alukan.

Wallahualam..











Sekalung Penghargaan

Terima kasih kepada Kak Long Si Rimau Wanita kerana memberikan aku award ini..tidak lupe juge buat peminat2 filem 2 Alam rakan2 seperbloggingan..

Ni lah orang yang bertanggungjawab bagi award kat aku..polis,sile tangkap ini budak!!



Dan anugerah yang diberi kepada saya: "Terima kasih kerana mengikut saya"



Ingatkan bagi free..kene jawab soalan rupenye..

1) Apa yang anda rasa, bila mempunyai ramai follower?
Lebih dari 3 tu ramai la kan? saya rase terharu sangat2..ade jugak yang nak tengok filem saya ni..

2) Pendapat tentang Award di atas
Askem 2 nampak sedap la Nisa'!!

3) apakah yang anda buat untuk mempunyai ramai follower?
mengadakan forum yang bertajuk "Pengembara Senja, Menjana Transformasi" dan kempen "Sayangi Pengembara Senja"

4) Sila upload gambar award follower kamu
*Done*pasni nak upload gambar nisa' pulak!!(nisa',kalau nak selamat,bagi aku sejuta..now!!)

5) Taggedkan award ni kepada 5 orang
5 je?nape tak 40 juta macam 2 alam?

*Arip*
*MO*
*Yin*
*Daus*
*BRO*

Pada yang xterpilih, jangan kecik hati..dah nisa mintak 5 je..salahkan die tau!!



COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!


Dalam ngah dok jalan blog ke blog, aku terhenti kat satu blog ni:  
http://thepotpetking.blogspot.com/

Apa yang menariknya, empunya blog ni ade wat kempen: 

Antara perkara yang perlu dilakukan untuk menjayakan kempen ini adalah:
1. Buat satu entri baru yang bertajuk : COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!
2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan linkkan ke entri ni semula.
3. Tuliskan pandangan anda tentang menutup aurat.
4. Letakkan link entri anda mengenai kempen ini di ruangan komen entri ini.
5. Kalau boleh tagkan 3 kawan anda untuk menyokong kempen ini. The more the merrier.

Pandangan tentang tutup aurat


Assalamualaikum..sebelum masuk ke dalam perbincangan berkenaan aurat ini, terlebih dahulu saya pohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan apa yang akan saya katakan ini.Ok..xnak formal2..bab aurat ni, memang selalu kite bahaskan..

"Amal, amal bile besar nanti cari makwe yang pakai tudung tau..mak xnak yang free hair." 
ape yang kite dapat faham dengan dialog di atas? ya,anda betul!!mak amal ni, suruh anak die cari makwe yang pakai tudung..ape yang salah?ok,xde yang salah..cume sedarkah kite,masyarakat kite hari ni,lebih menganggap tudung sebagai budaya berbanding agama?

sebab tu, zaman sekarang ni ramai perempuan yang bertudung,tapi buat kerja2 xsenonoh..sebab konsep menutup aurat tu kite xfahamkan betul2..cukup ke kalau sekadar bertudung?bagaimana dengan lengan baju?adakah cukup panjang untuk sampai ke pergelangan tangan?atau sekadar 3 suku sahaja?

itu belum masuk lagi soal melabuhkan pakaian..pastikan aksesori kereta anda dipelihara sebaiknya ye..kesian kami yang laki ni..walaupun nafsu kami ni 1 je, tapi bile dah asyik dok pandang benda yang xsepatutnya, akal yang 9 tu pun xdapat control kami..tolong ye?

buat kaum hawa yang baca entry ni, saya nak kongsi satu perkara pasal lelaki. 

1. Lelaki,kalau anda tanya mat rempit sekalipun, diorang akan cakap "aku nak la bakal bini aku ustazah..didik anak2 aku..xnak anak2 jadi mcm aku"..
2. Saham perempuan yang tutup aurat lebih tinggi..daging yang dibalut plastik dengan yang dibiar terdedah, of coz kite nak yang dibalut plastik kan?yang terdedah tu,lalat dah banyak hurung!!
3. Lelaki sangat respek pada perempuan yang menjaga aurat..Perogol pon akan fikir dalam2 nak jadikan perempuan macam ni mangsa rogol die..kalau nasib baik,dengan die2 bertaubat.
4. Percayalah..kalau anda berpakaian yang tidak sepatutnya, lelaki yang nak jadikan anda sebagai makwe beliau adalah seekor buaya!!buaya bila makan,xmakan sekor2..ajak kawan2..jangan jadi makanan buaya!!

Untuk menjayakan kempen ini, 3 rakan perlu ditag..dengan ini saya berbesar hati menjemput Nisa', Zati dan Bie untuk same2 menjalankan misi ini..semoga usaha yang sedikit dipandang tinggi..Insayaalllah.

Entry ini ditulis pada jam 3 pagi.jadi,segala penulisan adalah pada minda separa sedar.harap maklum ;p

tido lambat.3:22am.

Hebatnya Teknologi

Sedarkah kita bahawa teknologi adalah suatu benda yang amat pantas bergerak?? Jika dulu harga Nokia 3310 adalah RM1000,sekarang bagi free pun orang malu nak terima..itu baru 10 tahun yang lepas!!begitulah pantasnya teknologi itu..

Ok,xnak cakap banyak..aku cume nak tunjukkan gambar yang buat aku terfikir betapa majunya teknologi dalam alam bernama dunia ini..

  

Nampak x gambar kat atas ni??tu bukan mesin tebu la..mesin basuh pon bukan..tapi gambar disk ataupun tempat menyimpan data komputer..

yang kat tangan tu nampak??ha,yg tu betul..memory card..

Apa yang bestnye adalah,dua2 ni berkapasiti 1GB..yup..ko bayangkan la kalau sekarang ni,pendrive ko besar macam mesin tebu tu..aduh..nak g print kat makcik kedai potostat tu jenuh la mengangkut dari aras 5..g plak tengok sume ngah beratur..panjang pulak..masing2  pikul bendalah ni..tu kalau 1GB..kalau yg 8GB??

Kalau pendrive besar cmni,komputer besar mane pulak??haha..yg tu t aku try cari ye..

Moral of the story..hargailah teknologi yang ada sebaiknya..

p/s: tapi kan,bagus kalau pendrive besar ni,x ade la dengar orang cakap "weh,nampak pendrive aku x??hilang la.."

EsokJalanShoppingDMelaka..02:16..penatnye men futsal td

Ahmad Durrah

Ahmad Durrah episod last ye?? jom tengok jom..hari ni beliau mengamuk dengar katanye..dengan perut yang memulas makan sambal sotong tadi, aku nak menghadap TV jap..tata

Math + Agama = Style

Mase kecik2 dulu, aku bercita-cita nak jadi Engineer..disebabkan itu,aku sangat meminati subjek Maths dan juga Physics..tapi bila sekarang, aku masuk maktab..jadi cikgu..tapi bukan dalam dua2 bidang di atas..huhu..

Tapi xpe..sume tu xpatahkan semangat aku..kali ni, aku nak try gabungkan 2 subjek yang kebanyakan orang cakap, xboleh nak gabung..Maths n Agama..kalau korang pening, try jugak fahamkan..kalau salah,tolong betulkan ye..jgn sampai migrain bace entry aku ni sudah..

Orait..dah ready ngan kalkulator dan pen?? sekarang kita try bereksperimen dangan dua benda yang selalu kita dengar orang dok sebut2: Ilmu dan Amal.

Imam Ghazali berkata: 


"Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''


Mari kita bereksperimen dengan kata2 beliau

Let x = amal, and y = ilmu
Formula: amal/ilmu = x/y

1) orang yang mempunyai ilmu(y), dan dia mengamalkannya(x).
    (let x = 10 and y = 10)
  
   x/y = 10/10
         = 1

2) orang yang mempunyai ilmu(y), dan dia tidak mengamalkannya(x)
   (let x = 0 and y = 10)

  x/y = 0/10
        = 0

3) orang yang tidak mempunyai ilmu(y), dan melakukan sesuatu amalan(x)
   (let x = 10 and y = 0)

   x/y = 10/0
         = Error

4) orang yang tidak mempunyai ilmu(y), dan dia tidak melakukan sebarang amalan(x)
   (let x = 0 and y = 0)

   x/y = 0/0
         = Error


Buat masa ni faham?xpe2..ambil mase,try fahamkan betul2..kalau salah,comment la..same2 betulkan..ye??

Jadi, perkara yang merujuk kepada kata-kata imam Ghazali adalah 2 & 3..


2) "Ilmu tanpa amal adalah gila"

    Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai wang bernilai RM100..banyak bende yang boleh buat dengan RM100 ni kalau nak diikutkan..menabung, beli DVD PES 2011 yang ori, ulang alik naik KTM dari Seremban sampai UKM sebanyak 25 kali and so on..tapi,orang yang tidak menggunakan RM100 yang ada padanya, samalah seperti kucing yang dapat hamster, tapi xmakan hamster tersebut..dan juga seperti student maktab yang ade motor, tapi keluar g Chaiyo jalan kaki..xke gile tu??agak2 la nak sehat pon..petang2 turun la riadah..bukan susah..(tapi kesian kat dak PP baru ni..xdibenarkan bawak motor..terpakse jalan jauh nak mencari sebutir nasi..sebutir nasi tu kan ibarat setitik pelu petani..tapi aku tengok dorang dah lencun mandi peluh..bukan sebutir due!!Senior bg pinjam motor kat dorang pon CMZ x bagi..ape punye makhluk la orang2 macam mereka ini?kan aku dah membebel)

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu". 

3) "amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia."

    Merujuk kembali pada kiraan yang telah kita buat, saintis mendapati bahawa hasil pembahagian antara dua unsur iaitu x dan y dalam rumus yang ketiga di atas adalah disahkan benar dan sahih. So, we can conclude that hypothesis that made by Imam Al-Ghazali is accepted.(tu kau,speaking mak)..jadi, benarlah kata-kata imam Ghazali bahawa seseorang yang melakukan sesuatu amalan tanpa diketahui dari mana datangnya amalan itu(dalam bahasa mudahnya ialah taklid) adalah sesuatu perbuatan yang sia2..thats why la banyak kes ajaran sesat yang kita dengar sekarang ni..ade 1 kesah seorang tok guru tasawuf yang kononya dapat mengampunkan dosa orang ramai..ilmu tasawuf tu betul..tapi kalau amalan yang tidak berpandukan ilmu yang betul,salah la jadinya..kan2??aku tanye korang ni..korang kan ramai ahli MTEN dan ITC..mesti lagi tau punye..aku stakat bace alfatihah gune riwayat kholad dengan kholaf tau la..2 pun sebab pekse!!


Kesimpulan

Fuh,siap ade kesimpulan..macam wat lab report pulak..ok,kesimpulannya, marilah kita same2 pertingkatkan diri kita dengan menuntut ilmu yang bermanfaat..xsemestinya ilmu selain daripada agama itu,xbermanfaat..sesekali belajar ilmu untuk mencuri..bukan untuk mengajar kita jadi pencuri, tapi untuk mencegah kecurian..sebab hanya pencuri tahu apa yang boleh menghalang mereka daripada mencuri(berape banyak curik daa..)

   Pesanan buat para pendakwah di luar sana. Kalau boleh,semasa berdakwah, tolong jaga sensitiviti pihak2 yg terbabit..tengok pompuan xpakai tudung ko g sound die "weh!!xpakai tudung masuk neraka tau!!" aduh..nak je sepak muke ko..alim sangat ke ko tu??

   Nak buat ape2 pun,buatlah..yang penting xsalah di sisi syariat..aku sendiri pun karoke kat warta(walaupun selalu banjirkan rumah korang), main snuker,tengok wayang..asalkan xbuat yang xtentu hala sudah..nak g dating ke, g la..tapi bawaklah mahram yang boleh dipercayai..ini bawak adik yg umur 7 bulan..memangla mahram..tapi boleh ke cegah kite dari wat bende2 xelok??
   
   Cintailah kekurangan..kalau kita suke seseorang sebab kelebihan yang dia ada seperti wajah yang cantik, tulisan yang menarik, apabila kelebihan yang dia ada tu lenyap,exciden contohnye..adakah kita masih mencintainya??fikir2kanlah..oleh itu, saya berseru pada sidang jemaah sekalin..(cewah) terimalah pasangan kita seadanya..walaupun dia bukanlah yang tercantik dan menarik, tapi yakinlah bahawa dia yang terbaik..boleh faham tu??yg makan tempe tu,sambung makan tempe..yang xpernah masak tempe,cube belajar masak tempe..sebab aku sangat suke akan ini tempe..serius!!tapi xpandai masak pon xpe..kite makan nasik bungkus ye..

Akhir kata, salam sayang dari saya, Pengembara Senja..(macam Doktor Rozmey lak rase..euww!!)

Tempe sambal. 11:52 
   

Hujan Oo Hujan

Wah..hari nak hujan..gelap je langit..pagi hujan,petang hujan..nasib baik abah dah xnoreh..xdela terase sangat..hujan2 ni bagus..sihat badan..tidur,makan,tidur..tapi bile hujan,ade jugak bende yg xbagus..

1. Astro kompom tulis "service currently not available"
2. Tak boleh online..sebab guruh..hari tu modem kene sambar petir..xnak la berulang lagi..
3. Laman basah..bile motor,kete lalu..aduss....

dah2..dah nak guruh..offline dulu..daa...

Hujan. 18:22

PERHATIAN... KAMI BLOGGER BARU!!!


Perhatian2!!hehe..sesaje nak try segmen ni..ntah ape hasilnya nanti..
Dapat tau segmen ni bile bukak blog shahazrin

Kenapa aku join segmen ni??
 sekadar untuk berkongsi cerita sesama rakan blogger serta menambah ilmu di dada..
selamat maju jaya!! (^_^)

Korang nak join?? klik la sini


Pasca Malam

Bunyi gemersik cengkerik sudah lame menjengah telinga si pengembara..ayam jantan mula memperdengarkan jaguhnya, berkokok bersahut-sahutan..mak abah lena diulit mimpi, berselimutkan cadar lusuh dalam bilik dindingnya oren..si debab Iqbal nyenyak dalam pelukan mamanya yang baru sahaja tidur..abahnya dan abang alip saling berlawanan dengkur..masing-masing berbeza frekuensinya..mimi yang tadinya berebut-rebut dengan kak yanti untuk menunggu giliran online pun sudah hanyut dibuai mimpi ngeri bersama putera katak..

2:30..jam di sudut kanan PC yang OS nya Windows XP SP3 ini ku lihat semakin pantas berlalu..baru sahaja rasanya menewaskan Abang Alip yang pasukannya Holland dalam PES 2011 dengan jaringan 3-0 menggunakan Spain yang lengkap serba-serbinya..Prototype juga telah aku laksanakan misinya..susah,memang susah..namun berkali-kali mencuba,aku habiskan juga..

Profile di Facebook juga sudah bertukar wajahnya..ah,aku tidak suka yang baru ini..!!Scroll tikus-tikus belian Warta dengan harga RM 19 itu ku main-mainkan.."Salam maal hijrah 1432"..Sudah tahun baru rupanya..

Mata dah mule mengantuk..memang berkesan la teknik ni..bile2 kalau xboleh tido,try update blog..compom ngantuk..nite!!

Hidup indah dengan Mu.02:42.

Saya Amal



"tadaa..din dang kembali lagi dengan kipas angin ajaib"..huhu..teringat zaman kecik2 dulu..kalau dapat duit sikit,mulela gatal kaki kayuh beskal g kedai Ah Kok, nak beli menatang uh..time tu harge dye 60 sen..60 sen ni selalunye kumpul sendri..abah bagi duit belanje sekolah 60 sen sehari..tp aku belanje 40 sen je..semate2 nak kumpul duit beli mainan terbaru din dang..walaupun jajan die xsedap macam Tora dan Jojo..


kalau abah dapat duit harian(skim yg diperkenalkan felda.macam gaji la) abah akan bagi kitorg adik bradik sikit. aku dapat 2 ringgit.time tu 2 ringgit macam 2 dinar ko tau?? ade duit lebih, beli la Jojo..jajan die coklat..sedap..mainan die pon canggih..ade robot terbang, kipas angin pakai bateri..fiuuuuuu!!sekali tersangkut atas bumbung..'mak, mainan amal sangkut atas bumbung..' mak aku pon ambik la galah ngan tangge kayu belakang rumah..puas di kaitnye bende tu sampai jatuh..


yang tu cerita sedekad yang lepas.sekarang aku dah berganjak usia..rase sekejap je mase berlalu..darah panas yang mengalir keluar dari dahi aku masih dapat aku ingat sampai sekarang situasinya..bile tengok cermin..aku mesti ingat peristiwa tu..sampai sekarang parutnya masih ade..


pagi tu macam biase..aku yg berumur 4 tahun ketika itu dihantar mak abah ke rumah jiran..mak abah nak noreh getah..abang ngan akak aku sekolah..aku je penganggur time tu..terpakse la dok rumah jiran..xkan nak dok kebun lak kecik2 macam tu..dibuat nye jumpe beruk gila lalu lalang mase tu..xke naye..mau jadi tarzan soleh sekarang ni..jadi sebab xde org nak jage, dok la rumah jiran..


kehyperaktifan aku mase kecik sangat terserlah..dah besar2 ni je baik skit..pendiam dan santun..mase tu pkul 6:50 pagi..kalau xsilap aku la..rumah jiran atas bukit..mase kecik2 memang aku suke lari pecut..aku pecut naik bukit dengan kelajuan goku dikejar majin buu..dammm!!ade batu besar menyebabkan aku terjatuh..aduhh!! fikiran aku mule blank ketika itu..pemandangan kabur..xkan nak mati dah kot..xkawen lg ni..uish..kecik2 pon dah gatal..aku xingat ape2 lepas tu..last yang aku dengar, jiran aku menjerit.. "Amall!!!"


Hari ni bile ingat balik..aku senyum sendiri..dah besar aku rupenye..banyak kisah suka duka mase kecik2 dulu..nak lari dari rumah la..sebab mak garang sgt..haha..adik beradik aku rupenye sume same je!!dari akak aku, sampaila adik aku..bile citer balik..masing gelak2..ntah ape la jadi agaknya kalau kitorang lari dari rumah..kot jadi model majalah maskulin ke, imam muda siri ke 3 ke..xpe..dibuat jadi ahli geng parang??uh..naya2..


Rumah ni memang banyak simpan kenangan..sayang rumah..sayang famili..muah..(^_^)'


Dengan adik Mimi. gigi depan hilang lepas main kungfu dengan abang alip.
ditendangnye aku sampai tercabut gigi.uh.


Kenangan xmungkin kembali. 10:49p.m. 





Hari ini hari khamis

Hari ni hari khamis, 2 Disember 2010..da masuk bulan 12 dah??sekejap betul rasenye kan?rase baru je keluar dari buaian untuk belajar merangkak dan bertatih..sekarang aku dah pandai cukur misai dan janggut..rase sekejap je mase berlalu..pejam celik pejam celik, taun depan dah masuk 20..wah..dah dua dekad hidup kat dunia ni rupenyer..

taun depan dah naik degree..beban study makin meningkat..elaun pon turut meningkat..tapi bulan 3 la baru elaun kluar..aduh..mane aku nak cekau duit 2 bulan tu..agak2 kfc kat warta tu nak pkai pekerja x??ke nak keje kat guardian sebelah dye tu??nak noreh, pokok dah kne tebang..harge getah ngah mahal sekarang..sekilo 6 riyal tu!!fuh..lumayan2...

kalau sehari noreh dapat 80kg, dalam seminggu 3 kali noreh..harge sekilo 6 ringgit..sebulan ade 4 minggu..
so, 80 X 3 X 6 X 4 = 5760..wut??mengalahkan gaji seorang penjawat awam bergred 41 ni..mane la orang xjeles dgn peneroka ni..kerja ikut kite punye suke..7 pagi masuk,kul 11 da boleh lepak kat rumah minum air kopi janda cecah beskot tiger coklat..fuh..best2..tp nape pokok da tebang pulok ni??aku nak noreh jugak..uh..

tapi ni sekarang..dulu harge getah 20 sen sekilo,orang xpandang pon?cakap getah ni busuk la..sekarang??cikgu pon buat OT noreh getah la..baru nyesal sape yg lari dari felda dulu..10 ekar tanah, sebiji banglo..ape lg??

kaya ke peneroka ni?kalau kaye sekalipun,xyah la dengki2..rezeki masing2..dulu time depa susah hangpa xnak tolong..sekarang bila nak mula senang,hangpa jeles..ape ke he nye tu??

ape motif aku ni?ah,abaikan..saje mengomel d petang hari..ni la akibat tidur berlebihan..makan tido,makan tido..gemuknye x jugak..dah2..nak tutup tingkap..dah nak maghrib..senja2 ni banyak nyamuk aedes.tata.

Salam 1 Poland. 18:40

Fakta Menarik Mengenai Tubuh Kita

 Tahukah anda bahawasanya tubuh kita mempunyai pelbagai keistimewaan? Mari mengembara bersama saya, menyelidiki sedikit sebanyak fakta menarik mengenainya..Layan....


1.    Ilmuwan mengatakan semakin tinggi IQ manusia, semakin banyak ia bermimpi.




2.    Rata-rata mimpi yang dialami manusia berlangsung hanya 2 – 3 saat.



3. Sel otak manusia dapat menyimpan informasi 5 kali lebih besar daripada informasi yang ada di Encyclopedia Britanica.



4. Purata ketinggian wanita lebih rendah 12.7 cm (5 inci) daripada tinggi laki-laki.



5. Jika anda melihat seseorang yang anda cintai, pupil mata anda akan membesar, dan pupil anda juga membesar jika anda melihat seseorang yang anda benci.



8. Diperlukan waktu 7 saat perjalanan makanan dari mulut sampai ke perut.



9. Asid yang berada dalam perut manusia cukup kuat untuk melarutkan pisau cukur.



10. Setiap bergerak satu langkah, manusia menggunakan 200 otot.



12. Panas tubuh manusia selama 30 minit cukup untuk membuat setengah galon air (1.9 liter) menjadi mendidih.



13. Gigi manusia mulai tumbuh 6 bulan sebelum kelahirannya.



14. Email (lapisan yang keras) pada gigi manusia adalah bahan terkeras yang ada pada tubuh manusia.



15. Setiap ibu jari kaki manusia memiliki 2 tulang, sedangkan jari kaki lainnya memiliki 3 tulang.



16. Pada kaki manusia masing-masing terdapat sekitar 1 juta bakteria.



17. Pada kedua kaki manusia terdapat 250.000 kelenjar peluh.




18. Ibu jari kaki anda sama panjang nya dengan hidung anda (dari pangkal sampai hujung hidung).





19. Rata-rata pembaca blog ini akan mencuba fakta yang ke 18 sebaik sahaja selesai membacanya.




*Sekian sahaja untuk kali ini. Pengembara Senja mengharapkan anda semua terhibur dengan fakta-fakta yang dikongsi. Assalamualaikum.