Lebuhraya Ke Sana

Perjalanan mencari erti sebenar hidup kadangkala buat kita letih..perjalanan yang terlalu panjang sebenarnya..terlalu banyak persimpangan dan perhentian yang kadangkala membuat kita alpa erti sebenar perjalanan ini..

Perjalanan hidup mencari mati..pengakhirannya bukan jalan mati..tetapi kita diberi pilihan memilih dua persimpangan..di kanan jalannya berduri..Floranya berduri faunanya berbisa..namun di penghujung jalan itu sebuah destinasi bahagia yang abadi..destinasi menghilang bisa mencipta bahagia..

Di kiri pula jalannya singkat dan luas..tanahnya dihiasi permata..dindingnya dihias emas berkilauan..langitnya dihias cahaya bergemerlapan..namun semakin jauh ditempuhi, permata bertukar kaca..emas bertukar karat..cahaya menjadi malap..dan semakin malap..destinasi ditujui kelam dan suram..barulah kita sedar semua keindahan hanyalah mainan silap mata..tiada jalan berpatah kembali..

Bagaimana dan ke mana harus kita tujui? kadang kala keperitan itu membuatkan kita kecewa dengan hidup..apabila akal mula dikuasai nafsu, hati mula diselaputi bayang hitam dosa..

Hidup perlu diteruskan..hadapi hidup dengan penuh kesyukuran..usah terlalu mementingkan diri sendiri..perjalanan meniti hari perlu dilalui dengan penuh keriangan, bukan kedukaan seperti ramai yang kita lakukan..namun lebuhraya banyak perhentiannya..jangan berhenti terlalu lama menganggap malam itu masih muda..jangan kita menunggu senja kerana entah malapetaka apa yang akan menanti sepanjang perjalanan nanti..

salam sayang, salam muhasabah diri.

Assalamualaikum..

Eh?ni bukan ke..

Guess what? hoho..special entry for my special day..biarlah gambar menceritakan segala-galanya..










.16 MEI 2002.setelah hampir sedekad lamanya, kad ucapan aku masih disimpan.terharu rasanya dihargai begini.huhu.. (T_T)

Eden bangga menjadi cikgu!! 11.14am..bilik guru SKP8

Cj

Entry pertama pada bulan syawal..syawal? dah raya rupanya..rasa macam baru semalam je kena enjit2 semut kat Az-zahra dek kerana gastrik..oh gastrik..kau telah menyebabkan aku 'ponteng' puasa 2 hari..ganti,jangan tak ganti..

Raya..Merdeka dan dot3..bulan Ogos yang lalu telah menyaksikan dua perayaan besar bagi negara yang kita duduki ini..selaku pemegang MyKad yang sah (bukan 4 jam permohonan terus dapat) aku rasa bangga dengan perayaan serentak ini..sekurang-kurangnya tak kedengaran di corong telinga aku ni "konsert merdeka bla3"..tak pun "pesta buih n bla3" kat dataran merdeka tu..semuanya sebab Syawal..thanx syawal..

tu muqadimahnya..ok..apa yang aku nak mengarut kali ni?tatadadada..sekarang aku dah semakin berminat dengan makhluk yang bernama buku..bukan muka buku la.buku..book..understand that?hoho..speaking aku nyah..jalan2 kat Giant senawang itu hari, nampak tulisan merah tertera nama MPH..yang aku tau mile per hour je mph ni..masuk dan masuk..terus ke bahagian Malay Readers..cari dan cari..yes!!akhirnya aku jumpa makhluk berkulit merah gelap yang selama ini aku cari..Contengan Jalanan by Hlovate..sebelum ini ada jugak baca novel beliau..Versus..untung ada bakat tulis novel ni..aku harap aku dapat kesempatan macam tu satu hari nanti..habis jugak la duit raya aku kat MPH ni..sape suruh wat promotion..memang aku borong la..

"patutla jiwang..layan novel rupanya.." haha..ada ke patut..aku tak jiwang..serius..romantik dan puitis tu mungkin ada..hehe..dah2..stop mal..tak habis2..hold benda ni k..sampai masa baru boleh cakap..lalala~

nak berhenti dulu boleh?nantikan entry seterusnya..nak buat cerpen jap..tata..out..assalamualaikum..gud boy mal.. :)

baiti jannati 2030.