Mereka punya perangai

3 hari sebelum pulang ke IPIS tercinta..cinta?boleh la..mak kate,kene sayang tempat kite belajar..macam2 perasaan ade kat dalam hati sekarang..perasan??perasaan la..haish..feeling la pakcik makcik..nak kne cakap dialek britian baru faham..

Ade sebab mengapa kepulangan ke maktab ini membuat aku teruja..ada juga sebab mengapa aku seperti tidak mahu pulang ke sana..setiap perkara ada pro dan kontranya..kerajaan yang baik perlukan pembangkang yang hebat untuk mentadbir negara..bukankah begitu? begitu juga aku..setiap kali aku jatuh, aku perlu bangun..tidak kiralah sama ada dengan bantuan mahupun tidak..manusia boleh gelak apabila melihat kita jatuh tapi percayalah..jatuh itu sangat sakit dan tiada sesiapa inginkan kesakitan..

aduh..kan dah skema ayat aku..nak wat camne..kene la berlatih dari sekarang..nak jadi YDP kene guna ayat rasmi..haha..lupakan aje hasrat ko mal..jadi ketua kuliah pon da serabut kepale..kalau jadi pemimpin gerakan belah kiri (GBK) aku boleh la..

Bila balik maktab, aku dah agak apa yang akan berlaku nanti..perhimpunan,kuliah,rehat,solat jemaah,wireless,ultrasurf,library dan macam2 lagi keyword popular akan menjengah telinga..tapi semua perkataan ni xsehebat perkataan "rantai"..jika anda pelajar IPIS, anda ada sebab untuk tersenyum, mahupun guling2 di katil anda apabila membaca perkataan ini..

walaupun aku lambat datang kelas, kene panggil dengan CMZ sebab tak hadir jemaah di masjid, selalu tidur dalam kelas, aku tetap suka dengan maktab ni..oh ya,cakap pasal jemaah di masjid..kadang2 tergelak sendiri pun ade bila isu ni jadi bualan..

diharapkan pihak yang suruh muslimin datang ke masjid tu, hadirkan diri anda juga ke masjid ye..bukan hanya tahu pegang kertas kehadiran pada perhimpunan pagi Isnin, lalu meminta muslimin tunggu selepas perhimpunan..kadang2 ken encik, diorang ni bukan xdatang masjid tau..diorang cume xnak sign je..betul,xtipu..diorang nak sign bile encik datang masjid..

aku harap juga semester depan xde lagi suara2 sumbang yang dok ngate batch aku..baik senior,junior mahupun pensyarah..mintak maaf..bukan nak mengapi-apikan..cuma nakkan keadilan..kami tahu batch kami ni paling ramai, dan paling banyak aliran pelajaran..kesian bila dengar member2 ngadu "mal,ipis ni bukan tempat untuk orag macm kitorg.." dan "ipis ni kan untuk kos PA je"..please,stop your discrimination..

harapan yang paling besar bagi aku dan semua warga maktab rasanye, agar undang-undang dan peraturan di maktab ini dikaji semula kerana adanya unsur penindasan..kami bukan kanak-kanak ribena blackcurrant mahupun blueberry..kami dapat membezakan baik dan buruk..aku ingat lagi bila aku letakkan kad keselamatan di pondok pengawal..

"haha..macam budak sekolah je mal!!" ni abang aku cakap..betul,aku pon rase macm tu..aku tahu tulis kat blog ni bahaya..aku juga tahu risiko untuk aku dipanggil HEP amatlah besar..

tapi untuk mendakwa aku dengan satu sebab, aku dah sedia dengan 10 alasan nak menjawab..aku bukan pelajar kurang ajar..tapi aku mahasiswa yang terpelajar..

1. Berikan aku sebab mengapa perlu kereta dirantai kerana kesalahan "pemandu tidak turun untuk mengambil kad keselamatan."
2. Berikan aku sebab mengapa kereta perlu dirantai kerana kesalahan "cermin kereta anda sangat gelap"
3. Berikan aku sebab mengapa kereta perlu dirantai kerana kesalahan "keluar dengan perempuan" sedangkan pemandunya adalah rakan sekelas yang membawa 4 orang rakan wanitanya, bukannya berdua!
4. Berikan aku sebab mengapa motor perlu dirantai kerana kesalahan "ekzos motor anda terlalu bising" sedangkan RXZ memang sebegitu bunyinya..
5. Berikan aku sebab mengapa motor perlu dirantai kerana kesalahan "memberi junior semester 1 menggunakan motor" sedangkan kita tahu perjalanan untuk membeli nasi sangat jauh, dan kafe di maktab hanya satu!!

Aku bagi 5 dulu..sape2 nak kondem,silakan..undur diri dulu..Assalamualaikum..

mahasiswa terpelajar.14:35.

6 comments:

Anonymous said...

sokong sangat2 alasan yg diberikan. best entry ni...

Cahaya Senja said...

thanx..same2 suarakan hak kite.. :)

Shahreel Basfary Al-Fayyumy said...

o0ooppppssss...
sy rasa saya xbley nk komen kt sini..
sbb sy bkn student kt sini (lg dh-ayat terpaksa tambah-) haha...
tapi nak bagi kt ko lah amal 1 soklan pown cukup lerw ko nak tanye kt HEP tuh..
xpayah lah 10..cukup 1 jerw..
dalam byk2 "peraturan" & "arahan" CMZ tuh, suma tuh ada ka dlm BUKU PERATURAN??????
ko g tanye soklan tuh..
killer Q tuk dyorg...haha~

Cahaya Senja said...

kanak2 tadika halimatus saa'diah pon akan jawab TIDAK bro..nantikan kebangkitan kami..semangat harimau nih..haha

Shahreel Basfary Al-Fayyumy said...

weii my bro..
ko de saka rimau ka???
ermm..
abg nk kena g buang nie..
bahaye!!!
silap2 terkam...
aw!! aw!! aw!!!
hahahahahahahaha~

Cahaya Senja said...

saka??haah..skrg femes woo..saka harimau malaya mengalir di setiap adrenaline ku..huhu..