Sains + Agama = Hypothesis Accepted

Assalamualaikum..sehat sume?ok,kite sambung topik Math dan Agama ye..kalau dulu kita bercakap soal Ilmu dan Amal, kali ini cikgu nak sambung sikit lagi tentang topik yang sama, tetapi dalam perbincangan masalah yang berlainan sedikit..apa die?sabaq naa..kali ni xyah bawak kalkulator..kalau sempoa mungkin boleh dipertimbangkan..

Kalau semua dah faham dengan formula Ilmu dan Amal, kita berganjak kepada perbincangan yang seterusnya..kali ini kita akan bereksperimen dengan tiga kata kunci iaitu TAHU, MAHU dan MAMPU..apakah perkaitan antara ketiga-tiganya?

Sebelum masuk kepada eksperimen kita, eloklah kiranya saya mengajukan permasalahan yang dihadapi..

Berapa ramaikah daripada kita yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya?Adakah ilmu pengetahuan yang dimilikinya itu diamalkan dengan sebaiknya? Adakah dengan kemahuan untuk mendalami ilmu akan menjadikan sesorang itu berupaya untuk melakukan perubahan dalam dirinya?

Andaikan bahawa
1) Ilmu Pengetahuan = TAHU
2) Kemahuan = MAHU
3) Perubahan = MAMPU

EXPERIMENT 1


Variables:
 a) Fixed variable: TAHU
 b) Manipulated variable: MAHU
 c) Responding variable: MAMPU

Hypothesis:
 a) Seseorang yang tidak mahu menggunakan pengetahuannya, tidak mampu untuk berubah.
 b) Seseorang yang mahu menggunakan pengetahuannya, mampu melakukan perubahan.
 c) Seseorang yang mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menggunakan pengetahuannya, mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berubah.

Procedure:
 1) Diberi TAHU adalah bernilai 10.
 2) MAHU yang diuji adalah bernilai 0, 10 dan 100 yang masing-masing mewakili tak mahu,mahu dan sangat mahu.
 3) Gunakan formula: MAHU/TAHU=MAMPU

Experiment:
i) Tahu(10) tapi tak mahu(0)
 0/10 = 0

ii) Tahu(10) dan mahu(10)
 10/10 = 1

iii) Tahu(10) dan sangat mahu(100)
 100/10 = 10

Result:
i) Orang yang tak mahu berubah, takkan mampu untuk berubah, meskipun mempunyai pengetahuan agama yang secukupnya.
ii) Orang yang mahu berubah, mampu untuk berubah dengan adanya pengetahuan dalam dirinya.
iii) Orang yang sangat ingin untuk berubah, mampu untuk melakukan perubahan yang besar meskipun pengetahuan yang dimilikinya itu amatlah sedikit sekali.

Conclusion:
Hypothesis disahkan.

EXPERIMENT 2
Dalam satu eksperimen yang berasingan, seorang pelajar telah diberi nilai TAHU = 0 iaitu bersamaan dengan TIADA PENGETAHUAN. Pelajar ini mendapati bahawa setelah eksperimen dengan menggunakan ketiga-tiga nilai MAHU(0,10,100) dijalankan, hasil bagi ketiga-tiga eksperimen itu adalah ERROR..

Hal ini bermakna, setinggi mana pun kemahuan seseorang itu untuk berubah, dia tidak akan berjaya tanpa adanya ilmu pengetahuan.


PERHATIAN!!!
1) Eksperimen ini dilakukan dengan bersumberkan akal semata-mata tanpa disertakan mana-mana dalil naqli dan hujah para ulama, mahupun saintis.
2) Anda dinasihatkan untuk menggunakan pertimbangan akal yang waras bagi menerima segala keputusan dalam eksperimen ini.
3) Segala penambahbaikkan,kritikan,perbincangan mahupun perbahasan mengenai topik ini amatlah dialu-alukan.

Wallahualam..











9 comments:

ATIQ said...

ek? huhu. complicated.
xceli, ana kurang phm. ngee~

Cahaya Senja said...

xpe2..ape2 pun thanx sudi melawat :)

husniyah bazlaa said...

mabruk wahai adikku..

teruskan menulis dengan mengeluarkan idea2 yang bernas. semoga dipandang oleh Allah sebagai ibadah..

ayuh.. LAKUKAN PERUBAHAN!

Cahaya Senja said...

syukran kak..

yeah..BERTUKAR!!aumm!!

Adam said...

Dpt jadi no 3 tu mmg best la.

Cahaya Senja said...

yup..betul tu adam.. :)

Unknown said...

Salam ... pertama kali baca n3 ni kat blog MO, seyes cakap, saya suka n3 ni sgt2.

Perghhh..awk mmg bijak la mengaitkan math dan agama. Tak terfikir saya.

Terima kasih atas perkongsian ini. Oleh itu, ngn automatiknya saya folo awk yer. Jika ade kelapangan masa, silalah ziarah blog saya. Syukran...hehehe...=)

Cahaya Senja said...

thanx 4 your support..kalau ade idea2 best yg boleh dikongsi,share2 la ye..kite hasilkan formula lain pulak ;)

KizZ said...

itu namanya jiwa kacau..hehe


Jom sini,
Kiz Garden