Imam Muda Poland

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali..Assalamualaikum..rindu sama ini blog ma..aish..ni mesti kes pengaruh tengok KL Gangster tadi ni..best citer tu..eh,eh..apa sampai ke KL Gangster pulak aku cerita ni?

Ok,aku cuma mahu berkongsi sama kamu semua akan keterlibatan aku dalam suatu program yang diberikan nama Program Kursus Imam Muda..yang ni bukan yang Astro Oasis tu punya ye..kursus dijalankan selama 5 hari..mari kita layan..

Hari Pertama


Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi..menaiki Naza Citra milik Ismail, kami berlima menuju ke Masjid Al-Muttaqin yang terletaknya 15 minit perjalanan dari Palong 8..setibanya di sana, kami mendaftarkan diri..peserta yang ada tidak ramai. cuma 38 orang..

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, dengan dibimbing seorang naqib..kumpulan kami dibimbing oleh Imam 1 Masjid Daerah Kuala Pilah..banyak ilmu yang aku dapat sepanjang dibimbing beliau..kami diuji bacaan Al-Fatihah..Alhamdulillah..dengan sedikit bekalan yang ditapau di IPIS, dapatlah aku menggunakannya pada waktu ini..

Aku dipilih menjadi imam Zuhur..walaupun aku pernah menjadi imam, namun untuk mengimami jemaah yang hebat seperti mereka, pastinya ada sedikit gentar di hati..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar Zuhur itu..Aktiviti sepanjang hari ini lebih berteraskan ta'aruf sesama ahli kumpulan..sepanjang lima hari ini juga kami tidur di masjid tersebut..pengalaman pertama bagi aku.

Hari Kedua


Hari kedua aktivitinya berkisarkan khutbah..teori dan amali dilaksanakan..berkhutbah bukannya senang..gaya bahasa, penguasaan bahasa arab dan tone suara perlu tepat bagi menarik perhatian jemaah dan mengelakkan mereka tersengguk dan terangguk-angguk tanda ngantuk..

ramai yang berbakat besar di sini..ada yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Institut Perguruan, Maahad Ahmadi dan juga Institut Tahfiz Al-Quran..memang banyak ilmu ditimba di sini..

Hari Ketiga


Hari ketiga ini adalah hari yang menyeronokkan..kami menjalankan teori dan amali penyembelihan..kambing dan ayam menjadi mangsa kami..macam-macam ragam dapat aku saksikan hari ini..ada yang ketakutan apabila melihat kambing mengerang di saat nyawa tiba di hujung tanduk apabila disembelih..yang paling melucukan pastinya gelagat ayam yang disembelih..ada yang mati sebelum sempat disembelih..(ketakutan agaknya?) ada juga yang memusingkan leher sehingga menyukarkan kami mencari urat mari' dan halkum dan apabila disembelih, ayam tersebut berkokok-kokok..semua di situ ketawa termasuk imam-imam besar masjid Negeri Sembilan..

Aku juga ditugaskan untuk memberi kuliah subuh pada hari tersebut..agak kaku rasanya di depan jemaah masjid tersebut..kuliah selama 20 minit itu dirujuk menggunakan kitab Penenang Jiwa karya Imam Al-Ghazali..

Hari Keempat

Hari ini kami akan menjalani satu teori dan amali pengurusan jenazah..pada hari yang sama juga, kami dimaklumkan ada kematian berlaku sekitar qariah tersebut..kami mengambil keputusan untuk menguruskan jenazah tersebut..pengalaman pertama juga..dari memandikan,kafan hinggalah mengkebumikan, semua diuruskan peserta program..dan aku ditugaskan membaca talqin di perkuburan..insaf sungguh..

Pada malam hari pula, aku ditugaskan untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil..yang ini betul-betul menguji hati,jantung dan limpa aku..selalunya bila ada tahlil, akulah orang pertama yang melarikan diri..namun kali ini, aku akan mengetuainya..huhu..Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar..azan Isya' juga diberikan tugasnya kepada aku..penduduk di kampung itu bersalaman denganku sebaik selesai bacaan yassin..aku terharu..sungguh..semakin berkobar semangat aku untuk menjadi ustaz..hoho

Hari Kelima

Hari penghabisan..majlis penutup dihadiri oleh YB kawasan Palong..ketika ini kami berserban dan berjubah..terasa bagai mengaji di pondok pula..huhu..Alhamdulillah, entah apa faktor yang menyebabkan aku mendapat anugerah peserta kedua terbaik program tersebut pun aku tidak tahu..mungkin itu yang dinamakan rezeki..aku ditugaskan mengimamkan solat Jumaat..tidak ada rezaki kali ini..aku perlu pulang ke rumah dengan kadar segera..jika ada rezeki di lain hari, aku akan berkhutbah mungkin?Insyaallah..

**********************************************************************************

Ok, dah selesai dah diari Imam Muda aku sepanjang 5 hari ini..memang sangat menyeronokkan..aku harap aku dapat sertai program macam ni lain kali..persediaan ilmu sangat penting..sebab tu nabi pernah sabda, "berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun" see?ilmu lagi penting daripada segalanya..sebab tu kalau kita ni x cukup ilmu, jangan pandai-pandai nak sampaikan sebab boleh jadi apa yang kita sampaikan tu cuma taqlid dan bid'ah semata-mata..

Janganlah kita jadi golongan yang sering mengajak kepada perkara yang sunat tetapi masih melakukan perkara haram..contoh? baik..kalau ada sekelompok manusia yang tidak solat berjemaah di masjid, pasti akan dimarah, ditegur dan dinasihat  dengan cara yang agak kasar dan menyakitkan hati, meskipun solat jemaah itu adalah sunat muakkad..tetapi yang menyedihkan, orang yang menegur tersebut masih mengamalkan tabiat merokok yang telah pun difatwa sebagai haram oleh majoriti mufti di seluruh dunia..fikir-fikirkan..bukan nak salahkan sesiapa, cuma mahu berkongsi..wallahualam..

Bising je Nufail ngan Naurah ni..hehe 19:20

Permata Keluarga

Akmal Poland dengan hormatnya memperkenalkan barisan anak buah yang berganding bahu menceriakan rumah Cik Din dan Cik Jan..


Muhammad Nufail Zhafran


Naurah Jazmina

Muhammad Nazhan Zhariff

Ketiga-tiga mereka ini merupakan anak kepada Khairul Nizam dan Sazarina..tahniah kak Rina..3 dah anak ko..

yang bawah ni pulak anak kepada Izwan Sham dan Isdayanti, akak kedua aku..namanya Muhammad Iqbal Eshan..

Muhammad Iqbal Eshan


Alala..jambu la tu??

Budak ni sangat lasak+kuat+besar..


Sekian sahaja..bila tengok gambar mereka ni, rasa nak je kembali balik zaman dulu..zaman tak ada dosa..nak refresh balik diri ni..tapi sekarang pon boleh ape..



Ini anak sape sesat ni??

sekian terima kasih..

P/S: kalau dulu tengok budak kecik, nak adik..sekarang tengok budak, nak anak pulak rasanya.. :p

Kat Rumah ada....

Assalamualaikum..fuhh..di rumah sudah..apa khabar orang di sana?sihat?bagus..tak sihat pun gagahkan diri ye..hidup perlu diteruskan demi mencari sesuap nasi..jangan pernah letih untuk hidup..jangan pernah penat dalam berusaha..cewah..

di rumah..perasaan yang tidak dapat dikecapi di mana-mana tempat di seluruh dunia..meski Paris, Abu Dhabi, United Kingdom mahupun Warta Bangi, tidak akan dapat menyamai suasana di rumah..tambahan pula ditemani ahli keluarga yang ramai sewaktu aku pulang ke rumah Ahad yang lepas..yang tak ada cuma Abang Izam..kali ini bertambah sudah bilangan familiku..Muhammad Nazhan Zhariff..kau sangat comel..serius paman  Amal tak tipu..

Gelagat anak buah yang membuat aku pening kepala..paling nakal? sudah pasti si Iqbal yang baru pandai berjalan..kerusi, tangga, bahkan katil si Zhariff pun nak dipanjatnya..itu belum lagi kipas angin yang dijatuhkannya..memang kuat ini budak..baru tumbuh gigi..kerjanya menggigit selagi boleh..muka legend, tapi bila senyum..alala..jambunya kau..lesung pipit kiri kanan..

Nufail dan Naurah pula ada sesuatu yang menarik perhatianku..memang budak seusia mereka mudah dibentuk..hari pertama aku bertanya pada Nufail..

Aku   :Abang, dah sembahyang belum?
Nufail :belum
Aku:   :nape tak sembahyang lagi?
Nufail :tak nak..
Aku   : jom, ikut paman sembahyang..
Nufail :jom!!
Naurah: Baby pun nak sembahyang jugak!!

Masuk hari kedua, mereka inilah yang mengajak aku sembahyang..meski jam menunjukkan angka 9 di pagi hari..sembahyang dhuha mungkin? hari demi hari makin bersemangat..hari ini si Nufail siap bersongkok..adiknya pula bertudung pink..sejuk hati tengok...

Tapi, yang paling menggugat kekhusyukkan aku sewaktu solat bersama mereka adalah terdengar suatu bunyi.. "pruutt".. aduh..boleh pulak ko melepas time sembahyang ye Nufail..apa-apa pun, semoga kalian menjadi anak yang soleh ya..

Aktiviti sewaktu cuti pastinya tertumpu di kawasan rumah..bilik air dan tandas memang menunggu kepulangan aku untuk dicuci..mak cakap memang sesuai kerja ni dengan aku..huhu..cabut rumput, zass..rumah aku semakin sedap dilihat..bunga-bunga mekar berkembang..kumbang pula berterbangan mencari madu..burung kecil keluar masuk sarang yang dibina di rimbunan pohon tapak kuda berhadapan dengan pintu masuk garaj kereta..apabila ada kenderaan keluar atau masuk garaj, mencicit keluar penghuni sarang tersebut..

Alhamdulillah..rumahku telah mendapat anugerah baru-baru ini..nampaknya makin bersemangat mak abah aku membersihkan kawasan halaman rumah kami..setiap pagi dan petang pastinya ada sahaja yang akan dikerjakan mereka..aku pun join sekaki..anggur makin lebat berbuah..strawberry baru keluarkan bunga..ini Palong ke Poland? fuhh..nasib baik tak tanam sunkist sekali..

Sekarang..sedang mengumpulkan keberanian dan kekuatan..kalau lah hidup ni macam game DoTA..beli barang tambah strength, bagi kasi berani sikit..Heart of Tarrasque boleh kot? nak tambah Intelligence beli ape ek? jarang pakai hero Intel..so tak berapa mahir barang-barang Intel..eh, melalut pulak sampai ke sini..yang penting, hati kena ikhlas la Mal..nak berkawan dengan anak orang ni bukan macam order nasi bujang kat warung Blok B tu, order terus dapat..tapi ambil masa..yang penting hubungan kena jaga ye Mal? mak selalu pesan jangan buat yang bukan-bukan..huhu..baik mak..

panjang sangat ke post kali ni? ok, berhenti kat sini..malas nak update sebenarnya..tapi bila dah update, panjang sangat pulak..

DoTA and Debar mood..01:15