Math + Agama = Style

Mase kecik2 dulu, aku bercita-cita nak jadi Engineer..disebabkan itu,aku sangat meminati subjek Maths dan juga Physics..tapi bila sekarang, aku masuk maktab..jadi cikgu..tapi bukan dalam dua2 bidang di atas..huhu..

Tapi xpe..sume tu xpatahkan semangat aku..kali ni, aku nak try gabungkan 2 subjek yang kebanyakan orang cakap, xboleh nak gabung..Maths n Agama..kalau korang pening, try jugak fahamkan..kalau salah,tolong betulkan ye..jgn sampai migrain bace entry aku ni sudah..

Orait..dah ready ngan kalkulator dan pen?? sekarang kita try bereksperimen dangan dua benda yang selalu kita dengar orang dok sebut2: Ilmu dan Amal.

Imam Ghazali berkata: 


"Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''


Mari kita bereksperimen dengan kata2 beliau

Let x = amal, and y = ilmu
Formula: amal/ilmu = x/y

1) orang yang mempunyai ilmu(y), dan dia mengamalkannya(x).
    (let x = 10 and y = 10)
  
   x/y = 10/10
         = 1

2) orang yang mempunyai ilmu(y), dan dia tidak mengamalkannya(x)
   (let x = 0 and y = 10)

  x/y = 0/10
        = 0

3) orang yang tidak mempunyai ilmu(y), dan melakukan sesuatu amalan(x)
   (let x = 10 and y = 0)

   x/y = 10/0
         = Error

4) orang yang tidak mempunyai ilmu(y), dan dia tidak melakukan sebarang amalan(x)
   (let x = 0 and y = 0)

   x/y = 0/0
         = Error


Buat masa ni faham?xpe2..ambil mase,try fahamkan betul2..kalau salah,comment la..same2 betulkan..ye??

Jadi, perkara yang merujuk kepada kata-kata imam Ghazali adalah 2 & 3..


2) "Ilmu tanpa amal adalah gila"

    Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai wang bernilai RM100..banyak bende yang boleh buat dengan RM100 ni kalau nak diikutkan..menabung, beli DVD PES 2011 yang ori, ulang alik naik KTM dari Seremban sampai UKM sebanyak 25 kali and so on..tapi,orang yang tidak menggunakan RM100 yang ada padanya, samalah seperti kucing yang dapat hamster, tapi xmakan hamster tersebut..dan juga seperti student maktab yang ade motor, tapi keluar g Chaiyo jalan kaki..xke gile tu??agak2 la nak sehat pon..petang2 turun la riadah..bukan susah..(tapi kesian kat dak PP baru ni..xdibenarkan bawak motor..terpakse jalan jauh nak mencari sebutir nasi..sebutir nasi tu kan ibarat setitik pelu petani..tapi aku tengok dorang dah lencun mandi peluh..bukan sebutir due!!Senior bg pinjam motor kat dorang pon CMZ x bagi..ape punye makhluk la orang2 macam mereka ini?kan aku dah membebel)

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu". 

3) "amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia."

    Merujuk kembali pada kiraan yang telah kita buat, saintis mendapati bahawa hasil pembahagian antara dua unsur iaitu x dan y dalam rumus yang ketiga di atas adalah disahkan benar dan sahih. So, we can conclude that hypothesis that made by Imam Al-Ghazali is accepted.(tu kau,speaking mak)..jadi, benarlah kata-kata imam Ghazali bahawa seseorang yang melakukan sesuatu amalan tanpa diketahui dari mana datangnya amalan itu(dalam bahasa mudahnya ialah taklid) adalah sesuatu perbuatan yang sia2..thats why la banyak kes ajaran sesat yang kita dengar sekarang ni..ade 1 kesah seorang tok guru tasawuf yang kononya dapat mengampunkan dosa orang ramai..ilmu tasawuf tu betul..tapi kalau amalan yang tidak berpandukan ilmu yang betul,salah la jadinya..kan2??aku tanye korang ni..korang kan ramai ahli MTEN dan ITC..mesti lagi tau punye..aku stakat bace alfatihah gune riwayat kholad dengan kholaf tau la..2 pun sebab pekse!!


Kesimpulan

Fuh,siap ade kesimpulan..macam wat lab report pulak..ok,kesimpulannya, marilah kita same2 pertingkatkan diri kita dengan menuntut ilmu yang bermanfaat..xsemestinya ilmu selain daripada agama itu,xbermanfaat..sesekali belajar ilmu untuk mencuri..bukan untuk mengajar kita jadi pencuri, tapi untuk mencegah kecurian..sebab hanya pencuri tahu apa yang boleh menghalang mereka daripada mencuri(berape banyak curik daa..)

   Pesanan buat para pendakwah di luar sana. Kalau boleh,semasa berdakwah, tolong jaga sensitiviti pihak2 yg terbabit..tengok pompuan xpakai tudung ko g sound die "weh!!xpakai tudung masuk neraka tau!!" aduh..nak je sepak muke ko..alim sangat ke ko tu??

   Nak buat ape2 pun,buatlah..yang penting xsalah di sisi syariat..aku sendiri pun karoke kat warta(walaupun selalu banjirkan rumah korang), main snuker,tengok wayang..asalkan xbuat yang xtentu hala sudah..nak g dating ke, g la..tapi bawaklah mahram yang boleh dipercayai..ini bawak adik yg umur 7 bulan..memangla mahram..tapi boleh ke cegah kite dari wat bende2 xelok??
   
   Cintailah kekurangan..kalau kita suke seseorang sebab kelebihan yang dia ada seperti wajah yang cantik, tulisan yang menarik, apabila kelebihan yang dia ada tu lenyap,exciden contohnye..adakah kita masih mencintainya??fikir2kanlah..oleh itu, saya berseru pada sidang jemaah sekalin..(cewah) terimalah pasangan kita seadanya..walaupun dia bukanlah yang tercantik dan menarik, tapi yakinlah bahawa dia yang terbaik..boleh faham tu??yg makan tempe tu,sambung makan tempe..yang xpernah masak tempe,cube belajar masak tempe..sebab aku sangat suke akan ini tempe..serius!!tapi xpandai masak pon xpe..kite makan nasik bungkus ye..

Akhir kata, salam sayang dari saya, Pengembara Senja..(macam Doktor Rozmey lak rase..euww!!)

Tempe sambal. 11:52 
   

4 comments:

Muslimah Optimis said...

salam singgah dari MO...

la, ruangan komen dok kat atas ke?? patutla silap komen kat entry hujan tu..huhu

wah, nice sharing... math dan agama..suka calculation tuh... Boleh tak nanti MO buat satu entry berkenaan caculation tuh dan link ke blog ni (sumber asal la kiranya), so sesiapa yang singgah laman MO akan otomatik singgah ke laman ini jugak kan...

terima kasih.. kalau boleh maklumkan ye...

Cahaya Senja said...

hehe..xpe..silalah :)

Belalang hijau Perisik said...

belalang org yg paling fail mengira...tp kira2 d atas tu amatlah mudah paham...

terima kasih sebab kongsikan entry yg menarik nih :)

Cahaya Senja said...

huu..samelah belalang..

orait..same2..