Tanda-Tanda Lelaki SOLEH

Tanda - Tanda Lelaki SOLEH:
1. Selalu Istiqomah beribadah.
2. Solat tepat waktu
3. Senang berjama'ah di Masjid
4. Bagus bacaan Al-Qur'annya
5. Wajahnya nyaman ditatap karena dawaamul Wudhu'
6. Rendah hati
7. Perhatian
8. Dermawan
9. Sopan santun
10. Tidak menatap bukan Mahromnya
11. Lebih banyak merunduk saat berbicara
12. Rapi Bersih dan Wangi
13. Punya Karisma
14. "wara" Sangat Taat dan
15. Dia tidak akan menyentuhmu wahai wanita kecuali setelah halal.

Kahwin dan MQA

selesai sudah majlis sambutan meraikan pengantin di rumah jiran..agak kepenatan sedikit dek kerana hulu ke hilir aku berjalan, mencari pinggan dan cawan..semangat gotong-royong di Felda tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kawasan di Malaysia ini. Sungguh aku katakan. bermula dengan khemah,masak,sambut tetamu hinggalah tugasan membasuh..semua dilakukan bersama-sama oleh ahli blok..muafakat membawa berkat, itu resipi tradisi hidup dirahmati..

petang ini akan bergerak pulang ke Bangi pula..setelah dua minggu bercuti, akhirnya kelas menjengah kembali..bermulalah kembali musim assignment dan menjenguk library..mak cik photostat tersenyum lebar pabila ada pelajar yang datang menyinggah..paling kurang photostat sehelai dua pun dah dikira lumayan..paling kurang..bulan pertama sahaja, kelas aku sudah membelanjakan hampir RM 1000 bagi tujuan photostat ini..semuanya gara-gara MQA..mentang-mentanglah yuran tiada, elaun pula dibayar..duit diminta tanpa ditanya..entah apa gunanya buku yang dibeli jika pakainya cuma sekali dua..

Itu belum dikira wang photostat yang bagi aku satu pembaziran telah berlaku..zaman dunia di hujung jari, semua sudah dapat menggunakan komputer..bukankah sama sahaja apa yang ada pada soft dan hard copynya?? aduh..

sudah..tak mahu cerita lagi..ada pula ditahan ISA nanti..dituduh aku pengkhianat ibu pertiwi..bukan niat membangga diri, menyata yang betul hanya diri ini..cuma berkata apa yang dirasa hati..

ok,tidor jom..hujan gitu..

*Assalamualaikum..petang ini Akmal Poland akan bertolak pulang selepas asar bersama abangnya..doakan keselamatan kami berdua sepanjang perjalanan ini ye..jika ada silap dan salah baik yang sengaja atau yang tidak, 20 jari dihulur tanda maaf dipinta..manalah tahu ini entry yang terakhir..tak ada lah rasa terkilan sangat..Adios!! (^_^)V

Anak, Suami, Bapa

mentari jingga di ufuk timur mula menampakkan susuk tubuh sferanya..kicauan unggas dan kokokkan sang jalak mula kedengaran menggantikan gemersik cengkerik yang mula hilang merdunya di awal pagi..cempedak goreng dan nescafe panas jadi santapan di pagi nan dingin..dari rumah papan berwarna putih ini terdengar juga suara kanak-kanak kegirangan bersama rakannya..cucu jiran barangkali..

Asus A42J yang baru dibeli tidak sampai 2 bulan itu aku kuak..kalau bukan kerana tugasan yang melambak banyak, tidak akan aku beli laptop ini..namun aku dapat berbangga kerana selama 3 semester aku mampu bertahan tanpa makhluk yang bergelar laptop..papan kekunci terus ditaip mencoret sesuatu dalam laman sesawang ini..entah apa yang hendak dingomel di pagi ini..

Mak awal-awal lagi dah keluar ke rumah jiran..rewang katanya..kagum dengan ketabahan insan bergelar wanita..meski wanita itu dikata lemah pada zahirnya, namun hati cekal memaksi..apatah lagi apabila wanita itu sudah bergelar isteri suami dan ibu buat anak-anak..menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba pada Illahi, isteri, ibu, anak, adik dan kakak barangkali pada satu-satu masa..besar tanggungjawabnya..masa perlu diurus sebaiknya..namun sedikit keluh pun tidak terbit dari bibir merah tua seorang ibu yang ku panggil emak..

Terus terlintas dalam benak fikiranku akan satu persoalan..bagaimana pula hidup bergelar seorang suami..sebagai bapa dan suami seorang(dua, tiga empat orang mungkin?) isteri pasti berat tanggungjawabnya..jika isteri perlu taat pada suami, suami pula perlu taat pada ibunya..dan dalam masa yang sama mampu membuat isterinya bahagia..indahnya hidup berkeluarga..diserikan pula rengekkan anak kecil taktala baru menimang cahaya mata pertama..satu anugerah tidak ternilai harganya..mengurus organisasi bergelar keluarga bukan seperti mengurus kolej kediaman IPG KPI..meski kecil pada jumlahnya, namun besar cabarannya..apatah lagi mendidik anak dalam dunia hari ini yang anasir media massa jadi gurunya..artis-artis jadi idola, maksiat dilaku merata..sungguh merisaukan..

Ilmu menjadi manusia perlu dituntut semaksimanya di sini..bagaimana dapat aku lahirkan anak yang terdidik jika aku sendiri belum dapat mendidik..aku perlu banyak belajar..baik ilmu dunia mahupun akhirat..moga apa yang dicita menjadi nyata..

*saje ngomel pagi-pagi ni..jangan layan sangat la ye.. (^_^")

RumahkuBukanRumahGaban..0831..

HARI KETUJUH (Last Day)



biarkan gambar berbicara..

Gunung Ledang
















































HARI KEENAM

24 mac 2011

Tiada yang istimewa hari ini..rutin harian seperti biasa, bangun pada awal pagi, mandi, solat, sarapan dan ke sekolah..cuma hari ini kehadiran ke sekolah agak lewat dek kerana hujan lebat menyirami bumi di pagi hari nan dingin..ikutkan rasa, bantal empuk di bilik pasti jadi peneman di waktu ini..mujurlah keinginan itu tidak aku turuti..berbaju sejuk merah berlogo Manchester United milik pak cik Salehon, kami berdua menuju ke sekolah..

Hari ini tiada apa perlu aku lakukan..cuma duduk di bangku putih dalam bilik guru, menghadap laptop-berfacebook dan berblog..rutin harian guru pelatih seperti aku..bukanlah hendak bersuka ria semata-mata, tetapi juga mencari informasi serta berkongsi pengalaman menjadi guru 5 hari bersama taulan..pelbagai kerenah dan telatah dikongsi bersama..

Hari ini aku pulang awal..pada jam 11 pagi lagi motor EX5 merah itu sudah tiba di rumah..hari ini sekali lagi akan bergerak ke stadium Muar, menyaksikan kejohanan yang belum selesai..tapi aku ambil keputusan untuk menetap di rumah..ngantuk menyinggah bukan kepalang..

Petang itu Fairuz minta dibuatkan susu..wah..first time ni..bagus juga..dapat aku berlatih buat susu untuk anak..nanti senang isteri aku..tak payah nak bangun malam hari-hari buat susu anak..aku pun boleh buat..
Malam, ke masjid untuk menunaikan fardu Maghrib berjemaah..kelibat aku disedari Asyraf-anak murid 5 hari-yang belajar dalam tahun 3..senyum lebar nampak cikgunya..esok cikgu dah balik..belajar elok-elok ye..

Habis doa, pulang ke rumah..dalam gelap senja, aku berangan di atas motor..entah apa yang diangankan..motor terus dipandu sehinggalah aku tersedar yang aku terlajak..itu pun setelah terlihat satu papan tanda hijau bertulisan jawi berwarna putih tertera perkataan "Tanah Perkuburan Islam Felda Lenga"..adoi..memangla semua yang hidup akan pergi ke kubur..tapi tak kan seawal ini?naik motor sendiri pulak tu..orang lain naik van jenazah, aku naik EX5 merah..

Ok,bersambung untuk hari terakhir,Jumaat..

HARI KELIMA

23 Mac 2011

Pagi yang gelap..titis-titis hujan masih menitis di hujung dedaun segar menghijau..motorsikal EX5 dihidupkan enjinnya seperti dua hari yang lepas..sampai di sekolah, kami diserbu sekali lagi..pagi2 dah diceriakan..patutla cikgu-cikgu ni ramai yang awet muda..

aktiviti hari ni??ace teka..ok, tak seperti hari-hari yang dilalui oleh guru PBS yang lain,pagi ni kami akan ke stadium Muar..ada kejohanan olahraga peringkat daerah..tak dirancang pun sebenarnya..Pejal yang beriya2 nak ikut,sebab adik-adik dia masuk..aku pun apa lagi,on je..sape xnak g jalan kan?

baju kemeja coklat yang baru dipakai itu dibuka dengan pantas..t-shirt merah dan seluar putih jadi penutup aurat hari ini..menaiki kereta Pak Hamdan, kami menuju ke Muar Stadium..best la kat sana..kena dengan jiwa..rasa baru je aku di tempat mereka membawa nama sekolah ke persada daerah dan negeri..110m pagar,400m pagar,4x100m,triple jump..wah..rindunya!!kat maktab ni aku dah kurang masuk acara..sebab tak de satu pun acara yang aku suka ni dipertandingkan di maktab..frust pun ada awal-awal masuk sini dulu..huhu..

eh,jauh da melencong..ok, kami pulang ke rumah pada jam 6 dan sampai pada jam 7.30malam..ustazah, esok saya cuba perdengarkan tarannum tu ye..sori kalo xsedap..tu je yang saya mampu..

*hari ni ada sesuatu yang buat aku tersenyum lebar sepanjang hari.. moga apa yang dirancang menjadi kenyataan..insyaallah..

BERSAMBUNG LAGI..

HARI KEEMPAT

22 Mac 2011

hari kedua menjalani PBS..macam2 telatah aku jumpe..datang je sekolah, semua dok serbu kami berdua..wah..macam artis la.."cikgu,nak salam"..alala..so cute.."assalamualaikum cikgu".."selamat pagi cikgu"..huhu..mak,thanx sebab suruh amal masuk maktab..terasa dihargai kan?

bilik guru tempat yang dituju..baru letakkan beg, kereta guru besar meluncur masuk menuruni bukit SK LKTP Batu 27 Lenga..hari pertama PBS kami tidak berkesempatan berjumpa dengan beliau..alhamdulillah..sangat best woo..patotla cikgu2 nye pon baik..guru besar nye pon baik..

hari kedua, dapat lagi 2 kelas untuk diganti..kelas tahun 2 dan 6..apa aku nak buat ni?tiba2 terfikir idea..tanah liat yang dah digunakan eksperimen Piaget tadi dikeluarkan daripada beg..

"hari ni kita main tanah liat".."yahuuu!!!"..suke korang ye dapat main benda lah ni.."cikgu,wat kan tikus"..tikus??xde ke menatang yg senonoh sikit korang ni.."cikgu,wat ular".."wah,cantiknya cikgu buat..pandai rupanya cikgu ni"..memang pandai la..pandai bohong korang..yg tu belut paya mane tah,korang cakap ular..banyak lagi permintaan suruh aku buat macam-macam..tapi sedar tak sedar, masa berlalu sgt pantas..habis sudah sejam yang diganti.."cikgu,minggu depan cikgu bawak la tanah liat lagi"..kali ni lidah aku kelu..cikgu tak lama kat sini anak-anak..nanti cikgu bawak tanah liat g maktab jela..

"ustaz,ajarkan tarannum budak-budak ni..ade pertandingan bulan 4 ni"..wah..satu penghormatan besar ni..siap suruh berzanji lagi..nak kena refresh balik la dulu..dah lama tak berzanji ni..

walaupun ramai yang kata murid-murid Felda lemah dalam pelajaran,tapi mereka kaya dengan adab sopan..biar tak pandai belajar,asalkan jangan jadi kurang ajar..boleh murid-murid? ini bukan permintaan, tapi satu arahan!!garang pulak cikgu ni..nak jadi cikgu disiplin ape?

bersambung lagi la..

HARI KETIGA

21 Mac 2011

kini muncullah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk semester satu di semua IPG di seluruh Malaysia kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu..baju biru bertali leher hitam jadi pilihan di hari pertama. songkok tinggi jangan dilupa. name tag buatan tangan pun ada..perjalanan ke Sekolah Kebangsaan LKTP Batu 27 Lenga dimulakan.. dup dap..rilek bro..jangan nervous..

sebaik motorsikal memasuki kawasan sekolah, lebih 200 mata tertumpu pada kami. umpama Farid Kamil dan Remy Ishak diri terasa..perhimpunan dimulakan.."dijemput guru pelatih dari IPG KPI untuk memperkenalkan diri.." diiringi tepukan gemuruh, kami memperkenalkan diri..bla3..siap..tak susah mana pun..

sebaik selesai perhimpunan, kami diserbu.."cikgu, nak salam!!" wah..terharu rasanya..inilah kelebihan sekolah di desa..nilai murni masih tebal diterapkan dalam diri mereka..pintu tangga ke pejabat pula dituju.."En. Akmal, awak masuk kelas tahun 1 jam 9 hingga 10 pagi ni.." wah..gila lah..baru datang dah masuk kelas..aku ditugaskan menggantikan kelas  matematik tahun 1..apa aku nak bohong budak-budak ni ye??

"cikgu, cerita hantu.." adoi..hantu je ko tahu ye.. "cikgu, nyanyi lagu waliband..mari sholawat.." wah..ni pulak pengaruh Indonesia..tapi tak pe..pengaruh yang baik..sekurang-kurangnya mereka ni dah pandai selawat..besar pahala wali band ni..wah..tapi yang penting, kelas ni memang best..tak tipu!!

kantin pula jadi arah tujuan..makcik2 kantin pon sempoi habis..terbaikla makcik..tapi nescafe ais tadi kurang susu sikit la makcik..

ok, finish for the 1st day of SBE or PBS..esok masih ada..kerja kidnap budak dah buat pagi tadi..esok tinggal buat kognitif piaget si kanak-kanak riang je..kalau ada rezeki, esok nak follow g MSSD Muar kat stadium..adik Pejal ada masuk..gudluck ye Shira..all d bez!!

HARI KEDUA

20 Mac 2011

bangun di pagi hari dalam keadaan yang agak mamai, kesan daripada tidur yang kurang..pagi ni sarapan nasi lemak..tenkiu pak cik Salehon..aktiviti pagi ni, main PES sampai ke tengah hari..ade ke patut..jangan tiru aksi ini di rumah anda..

petang kami tak melakukan apa-apa aktiviti riadah dek kerana hujan yang lebat..oh ye..lupa pulak..petang ni kami ke Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Lenga..nak online punya  pasal..nak tengok nota-nota yang dikirimkan seorang teman..waktu pergi cerah je langit..tapi bila nak balik, selebat hujan yang turun mencurah membasahi bumi menimpa..mahu tak mahu, redah aje..cakap anak Felda..takkan hujan pon takut?

bila dah hujan, perut terasa lapar..bila dah lapar, hujan bukan jadi penghalang..enjin motor dihidupkan..destinasi? gerai pisang gorong di hujung simpang masuk bersebelahan pintu gerbang utama Felda Batu 27 Lenga..nyum2..pisang awak jadi santapan di petang hari..

waktu malam dihabiskan masanya di pekan Pagoh. hujan sampai ke malam menghalang motor dihidupkan enjinnya. kereta pula jadi penyumbang jasa. menaiki iswara aero back milik kawan si Pejal, pekan Pagoh dituju. print, fotostat dan gunting rambut..tapi kedai gunting dah tutup..tak dapat si Pejal ni nak gunting rambut.

name tag tak ada lagi untuk ke sekolah nanti..aduh..macam mane ni? kertas hitam, plastik jernih, klip kertas, kotak, gunting..zipp..zapp..siap!! name tag buatan tangan..jimat duit, bazir masa!!
ok, bersambung untuk hari seterusnya..

HARI PERTAMA

19 Mac 2011

Hari pertama tibanya aku di felda batu 27, lenga, muar, johor. ingatkan nak naik bas g sini. tapi abah nak hantar. katanya nak melawat tempat orang. aku pun ikut jela. lagi mudah urusan aku. tenkiu ye mak, abah, bang lep, mimi..sampai di rumah Faizal pada jam 4. Felda batu 27 ni cantik tempatnya. jalan-jalan naik motor, bukit dan gunung jadi halwa mata. sejuk mata memandang. ditambah lagi sewaktu ketibaan aku, hujan baru selesai turun. sejuk terasa, damai di jiwa. cewah..famili pejal sume sporting habis..lagi2 bapak beliau..memang terbaikla pakcik..terima kasih sebab sudi memberi saya tempat berlindung buat 5 hari ni..

Sebaik kereta persona meninggalkan perkarangan rumah Pak Cik Salehon yakni ayahanda Faizal, gelanggang futsal jadi tumpuan. tapi aku tak main sebab lupa bawak kasut futsal. kerugian yang besar ni. tak lama di gelanggang, aku membawa Fairuz(adik pejal umur 4 taun lebih) pusing-pusing kawasan felda..dah macam aku pulak yg duk kat sini. lucu tengok si kecik ni..ada je telatah dia yang buat hatiku tercuit..

Selesai mandi, aku menuju ke masjid yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah Pejal untuk tuntutan fardu maghrib. lawa masjid ni. biru je dalamannya..tenang je hati..(tenang sampai aku tertidur dalam masjid)..after isya' prayer n makan malam, warung di hujung kampung jadi tumpuan. sebab? malam tu Man Utd lawan Bolton..warung ni la jadi pusat belia berkumpul tengok bola..

aku tidur jam 3pagi..semuanya gara-gara membuat jadual tugasan PBS kali ni..tapi buat jadual xsampai 20 minit pun..banyak masa habis main game je..

BERSAMBUNG....

PBS

"Amal, mak hantar kau hari ni lah..bagitau kawan kau tu, petang ni kita sampai rumah dia.."

petang ni? rasa tak puas lagi duduk rumah ni sebenarnya..petang ini aku akan menuju ke Muar, Johor bagi melengkapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah..jadi, sepanjang 5 hari ni Akmal Poland akan membisu, bergantung kepada liputan internet di sana. diam tak diam, dah 4 semester aku lalui di institut ini. bermula dengan 3 semester persediaan, kini aku melangkah ke alam ijazah pada tahun yang pertama. sungguh aku tak sangka. cita yang asalnya tiada, kini bercambah menjadi bunga. harus diakui, sememangnya aku tidak punya hati untuk menjadi guru pendidikan islam pada awalnya kerana aku lebih meminati sains dan matematik. kini segala 'kesilapan' itu menampakkan kesan yang menakjubkan..di sini, aku mulai faham erti ilmu yang sebenar dan aku menghargai agamaku. dan di sini juga segala yang indah tercipta..

biarkan perkara ini jadi monolog hati sendiri. aku perlu fokus perkara yang lebih utama sekarang. tugasan demi tugasan muncul mengganggugugat kesabaran hati dan diri..namun aku masih punya masa menulis entry..apalah nak jadi..

PBS oh PBS..baru semalam rasanya baju kemeja putih lengan pendek aku sarung untuk ke sekolah pada hari yang pertama, kini aku sudah kembali lagi ke sekolah dengan misi yang lain, bukan lagi dididik, tetapi mendidik. telatah nakalku dan kawan-kawan bermain kejar-kejar di sekitar sekolah menyegar kembali memori. kini aku akan berhadapan telatah yang pernah aku trampilkan itu dalam tubuh seorang murid..aku perlu menghadapi dengan sabar kerana guruku juga begitu..

ucapan saya, semoga PBS kita dipandang mulia di sisi Allah dan masyarakat. niatkan hati agar ikhlas dalam mendidik anak bangsa yang dahaga keperihatinan dan ketulusan ilmu seorang guru. bukanlah gaji yang dipandang mahupun jaminan kerja yang perlu jadi utama, mendidik anak bangsa cabaran yang perlu disahut sekarang..salam sayang salam pendidik..assalamualaikum..

jangan lupa bawak songkok ye mal PBS ni..10:40.

Sinopsis Novel..(tajuk ape nak letak ni?)

hai..assalamualaikum..terfikir nak buat novel/cerpen..ni sinopsis novel/cerpen tu..ada cadangan untuk tajuk??silalah beri cadangan..jangan malu2

Mengisahkan seorang anak desa yang berhijrah ke kota bagi tujuan menimba ilmu di sebuah institut dalam bidang pendidikan..dalam mengejar cita-citanya, Azmi diuji dengan pelbagai masalah dari segenap sudut..jiwanya bagai terseksa apabila apa yang diharapkan selama ini tidak seperti yang dijangka..sejak dari hari itu, dia menjadi seorang yang lain..kehidupan yang ceria sebelum ini berubah menjadi duka..

belum selesai dengan ujian yang mengganggu fikirannya, Azmi sekali lagi diruntun jiwanya apabila mendapat panggilan telefon dari kampung yang memaklumkan ibunya sedang tenat..kehidupannya semakin tidak terurus hari demi hari sehinggalah dia berjumpa seorang gadis yang memberi nafas dan sinar baru dalam pengharapan jalan hidupnya..apakah perubahan yang telah dibawa oleh gadis itu? begitu istimewakah gadis itu dalam hati Azmi?

nantikan kemunculannya..

Email Pertama

tiba-tiba tergerak hati untuk membuka email yahoo..folder demi folder dipunggah tanpa arah tujuan yang pasti..inbox, draft..penuh dengan notifikasi dari facebook..jari telunjuk terus memutar roda mini tetikus bahagian tengah mencari sesuatu yang lain..sehinggalah terhenti di sebuah folder..mataku terus tertumpu pada tajuk email yang aku terima 4 bulan yang lepas..aku tersenyum sendirian..

perkataan demi perkataan aku baca dengan teliti..bait-bait ayat dihadam untuk difahamkan..meskipun sudah berkali-kali membacanya, aku tetap mahu membacanya..bagi aku email itulah yang menjadi motivasi untuk aku terus mengubah peribadi diri, meningkatkan prestasi hati..aku terus membaca dan membaca..

hati perlu diisi dengan kasih dan cinta pada Pencipta, barulah pada manusia..ini apa yang dapat saya faham..insyaallah, dalam proses muhasabah diri, mengecapi tujuan hidup sebenar bergelar khalifah..pemimpin yang dapat mengawal orang bawahan adalah pemimpin yang dapat mengawal dirinya sendiri..semoga aku berjaya mencapai apa yang diinginkan..amin..

Life is an open secret..nak mula balik baca buku ni..dah lama tertangguh..sekarang baru ada masa..sis, buku ni sangat best..tq byk2 ye..saya sgt menghargainya..

sampai sini dulu boleh tak??nak main-main dengan anak-anak buah..Nufail makin bijak n nakal..naurah makin comel..sekali tengok macam Lisa Surihani pon ada si Naurah ni..mmuahh..(kat naurah la..bukan kat lisa)

Budak dok maktab sorang2

Baju, seluar, tuala, berus gigi, sabun mandi..sume da siap..ape lg ye?? songkok!! orait..siap..

fuhh..semangat nak balik rumah ni..orang lain dah lama ada kat rumah, saya baru nak balik..balik ni pulak, Muar menanti..buat PBS kat sana..kesian mak..dapat bersama beberapa hari je..hari tu pon kenduri xdapat borak2 lame..mak bz dengan rewang..xpe mak ea..t esok kita borak puas-puas..amal balik esok tau..

banyak yang terjadi minggu ni..dan paling besar sekali, persembahan kat PICC..tahniah buat PEKOMPERI yang telah menjalankan tugas dengan sangat jaya..best tengok dorg main angklung, gamelan, kompang..aku nak main, tapi dah dipanggil untuk menyanyi..xde rezeki kali ni..sape2 yg nak join pekomperi, taun depan ada lagi pengambilan..masuk ye..

banyak ujian yang menimpa diri ini pada waktu cuti..ujian kesabaran, keimanan dan kesetiaan..kesetiaan pon ada..Alhamdulillah..semua dapat dilalui dengan jaya untuk masa ini..harapan untuk selamanya la tak kan berubah hati ini..Insyaallah sampai bila-bila pun tetap dengan keputusan yang telah dibuat..amin..

tadi g konvo PISMP 2007 di PICC..wah..best tengok dorg dah habis study..ada yang dah kawen pulak tu ambik degree same2..so romantic la ini couple..tengok abang shahril pon malu2 je dengan ehem2 beliau tu..tu pon sempat lagi usik saya ye bang..tak pe ye bang..abang kawen dulu..saya nak fokus study..

mata da berat..mau tido..t sambung ngomelan semula..assalamualaikum

01.06..setia

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis
Ku Meratap, Aku Mengharap 
Ku Meminta Dihidupkan Semula 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata 

Perjalanan Rohku
Melengkapi Sebuah Kembara
Singgah Di Rahim Bonda
Sebelum Menjejak Ke Dunia
Menanti Di Barzakh
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar
Diperhitung Amalan
Penentu Syurga Atau Sebaliknya

Tanah Yang Basah Berwarna Merah
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu
7 Langkah Pun Baru Berlalu
Susai Talkin Penanda Syahdu
Tenang Dan Damai Di Pusaraku
Nisan Batu Menjadi Tugu
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian
Seakan Ku Dengari
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembali
Kembalilah Kedalam Diri
Sendirian Sendiri
Sendiri Bertemankan Sepi
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku
Terbujur Dan Kaku
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari
Tiada Siapa Yang Terkecuali
Lemah Jemari Nafas Terhenti
Tidak Tergambar Sakitnya Mati
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi

Jantung Berdenyut Kencang
Menantikan Malaikat Datang
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis
Ku Meratap, Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


*peringatan buat diri ini, keluarga dan juga sahabat seagama..kadang-kadang kita selalu ketawa dan bersuka ria sehingga melampaui batas berhibur..semoga kita lebih mengingati mati kerana orang yang cerdik itu adalah mereka yang mengingati mati..wallahualam.. (^_^)

KONVO

Assalamualaikum..sehat sume? mudah-mudahan dalam lingkungan kasih sayang Allah hendaknya ye..mood hari ni, lapang dan sunyi..yup..sepanjang minggu aku menetap di bilik ni..bertapa sorang-sorang..nasib baik ada jugak budak sabah sarawak + JPP + perkomperi yang turut join sama..terubat sikit rindu kat rumah..

bukannya xbalik pon..hari sabtu hari tu ada balik rumah..tapi xstay rumah sangat pon..dok lepak kenduri rumah makcik kat serting..sepupu aku kawen..(Ines, moga bahagia ke akhir hayat ye..ko da kawen, kami akan menyusul..)

balik walaupun kejap, tetap bernilai kan..dapat tengok muka mak abah, hilang segala masalah yang ditanggung..tambah-tambah pulak dapat jumpa Iqbal..Qebal, ko makin tembam la paman tengok..mama ko je yg kurus sikit..(kurus sikit je tau kak ti..ni kena bayar sikit ni) tapi hari tu qebal macam badmood sikit..jumpe aku pon macam jumpe alien starwars..uh..xpela qebal..parut kesan ko cakar paman kat muka ni pon ade lagi..bile ingat ko nanti paman pandangla cermin ye..

esok(hari ni sebenarnya) kami akan gerak ke KUIS..yup..menetap di sana untuk konvokesyen..bukan kami yg ambik sijil, kami just menghiburkan saje..arap2 terhiburlah ye..

ok, mau kemas baju dulu..dapatla update sikit2 kan..better la daripada xupdate langsung..yang kat rumah tu, dok rumah elok2..yang nak konvo, selamat berkonvo la..ustaz shahril, abang jang, abang nasir n seangkatan dengan mereka..tahniah saya ucapkan..best borak2 dengan dorg ni..dengar pengalaman posting kat sabah sawak..aduh..susah jugak jadi cikgu ni..tapi xpe..demi anak bangsa kami sanggup berkorban jiwa raga..

salam sayang..Assalamualaikum..

tidak ternilai dirimu

Assalamualaikum..helo everyone..bertemu lagi kita dalam segmen luahan rasa bersama saye, akmal poland..hari ni kite akan berbicara mengenai satu perkara yang berkaitan penghargaan..

Apa itu penghargaan? penghargaan merupakan kata terbitan yang akar katanya adalah harga..menurut kamus oxford edisi ke 8 muka surat 89, penghargaan merupakan suatu rasa terima kasih kita pada seseorang..(jangan caye..serius aku tipu!)

ok2..da xmo ngarot lebih2..hari ni aku cume nak luahkan penghargaan yang tidak terkira buat seorang sahabat yang sangat sangat sangat banyak sekali membantu aku..siapa? tidak lain dan tidak bukan, sifu saya,


bro, ini wa kasi tau sama lu, lu memang TERBAIK la bro!! xtipu woo..

cume, penghargaan yg abg bg tu macam terlalu besar bg saya..saya xrase saya bnyk bantu abg pon..abg mesej pon saya banyak xbalas..sori ye bro..pasni kalo dpt kedit free sy call..die ckp saya cume perlu topup 2 kali lagi untuk dpt 100 minit panggilan percuma..2 kali maknanya lg sebulan la..huhu

ok..asyik beliau je nak bagi penghargaan..aku pon nak gak..ehem2..bermulala kisah..

abg shahril ni adalah orang yang paling penting dalam menjayakan watak sebagai penasihat peribadi sulit aku..ape2 aku akan citer kat die dulu..aku kenal ngan die time sem 1..ada ke patot nyamar jadi dak pompuan UM nak kenal ngan aku..ingat aku tergoda ke..hoho..bro, aok memang pandai berlakon..xtipu..hampir terkena jugk sebenarnya..

beliau ni jugakla yg banyak tolong aku dalam ape2 je perkara..baik jasmani mahupon batin(bukan batin tu la).. kalau x dek kerana nasihat dia yg berterusan samapai ke la ni, aku yakin tah gaung mane la aku terhumban skrg ni(walaupon sekrg dah mcm ombak)..

tapi perkara yg paling aku xkan lupa adalah yg satu ni.. (^_^)v tq bro..anda merupakan pakar bab ni..doakan kami sampai ke akhirnya..

segala amalan yg abang suh saya buat tu, insyaallah saya akan sedaya upaya buat..doakan saya jadi ostat yang baik..bila malam jumaat bace yassin, saya mesti pakai jubah hitam n kopiah yg abg bagi tu..ramai yg ckp jubah tu lawa..sy ckp je ada org tersayang bagi dengan muka tersenyum..

00:21..nitez..esok da balik maktab semula..

buat seorang insan..

selepas satu, satu dan satu ujian datang menduga hati kecilku..jika yang dulu datangnya bersama persoalan amanah dan keikhlasan, yang ini datangnya bersenjatakan soal ketaatan..

aku akui, biarlah pelbagai ujian datang menjelma tidak kira apa rupa warnanya, akan aku hadapi dengan tabah..namun pabila ujian itu menyentuh soal yang satu ini, aku jadi lemah..hati keluh kesah, jiwa terus kalah..

dalam kesibukan laksana tugasan..tanpa ku sedar ada jiwa insan aku lukakan..biarlah zahirnya tiada terkesan, dalaman hatinya dapat ku rasakan..

aku risau, aku gundah, hati bagai tiada arah..

insan yang selama ini menyayangiku mula melihat tanda kecewa denganku..bukan sengaja aku lakukan...bukan sengaja aku rancangkan..

ya Allah..ampunilah dosa yang telah aku lakukan pada kedua-dua orang tuaku..sesungguhnya masa yang aku miliki ini bukanlah milikku..kau berilah kelembutan pada hati mereka agar dapat memahami isi hati anak dewasa ini..jauhkanlah azabmu daripadaku jika kecil hatinya seorang ibu itu mampu menjerumus aku jauh ke dasar neraka-Mu..tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai..

*perlu belajar erti sabar,tabah,kental

Kongsi masalah nak?

"semuanya sudah kembali normal"

adoi..xseperti yang aku harapkan rupanya..ingatkan dah setel sume problem rupanya tak..


sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

والله في عون العبد، ما كان العبد في عون أخيه.حديث صحيح رواه مسلم

Maksudnya: “Allah itu akan menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.” (Hadits shohih riwayat Muslim)

ya Allah..adakah aku termasuk dalam golongan yang disebutkan ini? hadis di atas cukup ringkas..namun besar nilai tersiratnya..

kita ambik 1 contoh..satu hari kita jalan nak g kuliah..kita bawak bebanan sebanyak 10 kg..then jumpe kawan sebelah, dia bawak 20 kg bebanan..kita pon tolong dia angkat 5 kg..so due2 angkat 15 kg..kalau difikirkan logik akal fikiran, nak ke kita bawak 5 kg bebanan kawan kita tu?kita pon bawak 10 kg bebanan yang berat, inikan pulak nak tambah lagi 5 kg?

tapi sahabat sejati xmacam tu kan? bagi sesiapa yang faham akan maksud hadis ini, pasti yakin dengan ketentuan Allah..mungkin bukan hari ini kita dipermudahkan jalannya..tapi esok, lusa insyaallah.. tapi jangan pulak tolong kawan sebab nak balasan..

memandangkan penulis blog yang poyo ni pon banyak masalah yg xtahu mana puncanya, maka dengan berbesar hatinya aku nak offer mane2 insan yang ada masalah, untuk berkongsi masalah dengan aku..ape2 masalah pon boleh..kolej kediaman ada monyet ke..mesin basuh terbakar fius ke..nak bina apartment 18 tingkat pon boleh..jangan masalah nak mintak soft copy assignment aku sudah..aku xkan bagi la.. (kalau ko letak harga yg tinggi mungkin aku boleh pertimbangkan balik)

orang kata, hubungan sesama manusia macam wat bisnes..kita pinjamkan rm10 kat 10 orang yang memerlukan..bila kita susah, 10 orang tu la yang akan pinjamkan kita rm100 yang dulu kita bagi kat dorang..

macam tu la masalah..kalau kita pinjamkan telinga dan hati untuk berasa empati terhadap masalah insan yang memerlukan seseorang untuk diluahkan rasa hati mereka, begitulah jua apa yang bakal kita perolehi di saat kita memerlukan seseorang untuk dikongsi masalahnya..kadang2 bukan sorang..10 orang sekali..

ok, yang balik rumah tu, balik ke rumah elok2..aku xbalik cuti ni..(padan muka!) dok rumah elok2..tolong mak abah kat rumah..jangan asyik dok tidor je..(ingatan wat diri sendiri)..

ada sesuatu yang tersirat di dasar hati untuk diluahkan..namun hati ini dipujuk sabar untuk menangguhkan..sampai masa satu ketika, akan ku ungkap segala rasa..biarlah masa yang menentukan..

masing2 tengah serabut nampaknya..apa pun masalahnya, berdoalah semoga kita ditempatkan dalam kalangan orang2 sabar yang mendapat rahmat-Nya..

*eh, ade labah2 merayap atas frame gambar kete ferrari aku la..tibe2 nak jadi spiderman..

ok, saya gerak dulu..assalamualaikum..

19:30

Semuanya kembali normal

holaa!! bertemu lagi kita dalam sesi perkongsian jiwa..errkhh..ade ke sesi cmtu??bantai jela..layan..

ok, hari ni sudah tiada lagi keserabutan melanda diri..bak kata seorang kawan, aku ni muda lagi..xbaik serabut2 ni..huhu..thanx atas nasihat..pasni boleh makan kek batik lagi..

bukan serabut bererti diriku lemah dalam menghadapi ujian..serabut itu puncanya hati yang risau gundah memikul amanah..bimbang amanah dilaksana tanpa pertimbangan dosa pahala..seorang pemimpin itu mudah benar terjerumus ke dalam lembah hina neraka..semuanya gara-gara amanah..aku berharap semua amanah yang ku terima aku laksana..meski bukan sempurna, asalkan semua gembira, aku pon turut suka..

selama ini aku melihat dunia dalam kaca mata seorang pelajar biasa..hatinya mudah benar berontak, menghambur ketidakpuashatian pada jalan permasalahan..kini aku sudah mula mengerti apa itu permasalahan yang sebenar..mengapa sesebuah masalah itu tidak dapat diselesaikan, saluran yang betul untuk mengeluarkan isi hati tersimpan dalam kotak hati..

meski kadang kala keserabutan itu membebani aku, namun pabila dapat disudahkan, batu yang besar terasa dialihkan..puas, bangga dan syukur..perasaan yang tidak dapat dinikmati bagi mereka yang memilih untuk menggoyang kaki..bukanlah bermakna mereka tidak membuat kerja, mungkin komitmen lain membatasi komitmen yang sedia ada..

fuuhh..da2..ngarot je lebih aku ni..aku pon xpaham apa yang aku tulis..korang lagi la xpaham kan..banyak cerita untuk dikongsi sebenarnya..ada yang suka, ada derita jiwa nan lara..cewah..setakat ni Alhamdulillah..masih dapat melaksana tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang dapat memberi fokus pada pemantapan ilmu pedagogi seorang guru..(walaupun da dekat seminggu asyik xmasuk kelas..semua gara2 join Konvo la ni..)

6 suku petang..da lama xturun padang sebenarnya..bahaya betul la..badan boleh sakit-sakit..ramai member aku bila check, banyak kolestrol, masalah jantung..aku? ade jugak..tapi bukan yang ni..masalah lain..pernah dengar thyroid??harap2 tak betul la apa yang dia cakap hari tu..

dah..nak tidur jap..tidur??buatla 40 hari..memang kalau xjadi gila, meroyan..dua tu je..tapi xdela meroyan sampai lari satu maktab nak makan tempe..tu meroyan tahap gaban dah tu..(sedap kan tempe sambal?)

assalamualaikum..

18:20 *kerana dirimu begitu berharga (^_^)

MeRoYan

eeeyyyaaahhhh!!!!
rasa macam nak jerit pon ada sekarang ni..bukan la sebab serabut fikir assignment..tapi sebab yg lain..
cinta??pon bukan..aku xde masa nak serabut fikir soal tu..banyak lagi benda yang aku perlu fokuskan..

kali ni aku xnak bermadah pujangga..otak rasa mau kena goreng or rebus je sekarang ni..tiba2 aku jadi mcm org yg Blur..xtau nape..

ok mal, rilek..tarik nafas..mata ke atas..tangan ke dada..(fuhh..jadi gila kejap) apa caranya untuk menghilangkan keserabutan yang ada dalam pemikiran sekarang ni? jalan terbaik sudah pasti tidur..yup..tapi xkan nak tidur sekarang..kenala bagi siap taip..after publish, baru boleh tidur..

korang paham ke apa yang aku mengarut ni? dah2..jgn dok layan aku ni..sawan gila aku kembali menyerang..sape2 berani dekat, aku gigit je..uhh..sah gila!!

dah2..makin banyak aku tulis, makin gila jadinya..nitezz..assalamualaikum..

*cinta tak buat manusia serabut, tetapi cinta serabut kerana manusia..hargailah orang yang tersayang..tunggang dengan cermat

Antara aku, saya dan kalian

Perjalanan letih meniti hari membuahkan hasil yang lumayan, sebaik pintu rumah itu aku kuak, wajah keriangan ibu bapa kelihatan menguntum senyuman..habis hilang letihku..pipi kedua-dua mereka ku kucup..hampir sebulan lamanya sentuhan ini tidak ku rasa..

mata yang keletihan tidak menghalang aku menjengah blog yang sudah lama ku simpan dalam peti berhabuk sawang ini..banyak bicara ingin ku luahkan..cuma masa mengekang rapi jariku..fikiranku disibukkan dengan urusan lain..hati tertumpu pada yang itu-"tarikh akhir hantar: bla2.." yup, assignment..

kesakitan badan masih terasa..kesan lebam bekaman masih jelas kelihatan..petang tadi, aku melakukan rawatan yang dijalankan di institut ini..banyak rupanya masalah yang dihadapi..cuma yang kroniknya itu tidak ada..Alhamdulillah..

pada mereka yang ada disakiti baik fizikal mahupun dalaman hatinya oleh insan bernama Akmal, aku dahului jtaan maaaf..bukan niat untuk menyakiti, tapi fikiran berkecamuk memikirkan hal yang menyerabutkan kepala..hingga memaksaku masam mencuka pada kalian..maaf ye..bila diri sudah letih, hati di dalam bagai merintih..kesan sahabat menjadi sedih..haish..sori lagi sekali la

tapi ada satu perkara yang membuatkan aku berkecamuk pada majornya..terbitan kata sahabat..yup, PERSAHABATAN..orang kata, hati itu ibarat tisu..mudah menyerap pada sifatnya..mudah mengalir pada zahirnya..dek kerana itulah hati itu mudah benar terguris pada batinnya..bukan kerana warna merahnya, tetapi pada sifat lembutnya..hati itu mudah benar mengecapi bahagia..mudah jua menjelma duka..

apa pun jalannya, bila pun masanya..aku dan saya berdoa agar kalian dapat bersama, seperti sedia kala..aku dan saya akan menunggu saat itu..kerana kebahagiaan sahabat2ku menzahir kabahagiaan diriku..

Akhir kalam, saya ingin berpesan pada diri saya sendiri, janganlah berlari kalau dah tahu sakit kaki..dah sakit mula la nak mencari simpati..awak tu belum ada bini lagi..nanti sape yang rugi?diri sendiri..jawab reti, tapi tetap nak lari lagi..tunggula sikit hari lagi, dah sembuh kaki bukan stakat lari..nak terjun bangunan 100 kaki, nak berenang kat kolam buatan sendiri, nak pumping 100 kali, buatla ikut suka hati..cuma sekarang kenala jage diri, sayangi diri sendiri..ini nak sayang diri sendiri pon xreti2..ade hati nak berbuah hati?nak jadikan calon buat isteri?kesannya bukan setakat hari ni, tapi sampai tua nanti..nanti muda2 dah mati, kesianla kat anak bini..terpaksa bersusah cari rezeki..yela,laki dah mati..hilanglah tempat bergantung diri..tapi harap2 xla jadi camni..nak la jadi famili, yang paling bahagia di alam ini..kekal hingga ke akhir nanti..dah2, aku nak berhenti..nanti kite borak2 lagi..jumpe lagi lain kali..

Assalamualaikum..rumahku heavenku