Menanti atau pergi?

26.10.2010.
Genap sebulan penantian yang agak mendebarkan hati, menggusarkan jiwa.
Dalam penantian ini ada ketabahan. Dalam penantian ini juga tersemat secebis tabah.

Hari ini helaan nafas lega dapat dinikmat seadanya. Penantian itu sudah terjawab. Penantian yang dirasakan cukup lama bagi seorang insan panas baran, hati batu, jiwa kasar seperti aku.

Peti masuk alam maya itu ku buka dengan tabah. Aku sudah mengetahui jawabnya namun untuk kepastian hati yang bertanya mengapa, aku gagahi jua.

"dye x tolak dan dye x terima,dye x kate ‘ya’ or ‘tidak’."


Seakan ada sinar yang baru buatku. Jawapan yang diberi tidak seperti yang ku jangka. Semakin bercambah pula persoalan berlegar di benak fikiran kusutku. Kusut, busut kepalaku berserabut.


Aku pula yang diberi pilihan. Ah, sebelum ini aku menanti jawapan. Sekarang aku pula perlu memberi jawapan.


Jari menggeletar. Handphone bergetar. Fikiran berkecamuk. Hati mengamuk. 


"SEND"


Rundingan terbaru berjalan. Perang atau damai. Bukan itu yang ku maksudkan. Tiada persengketaan dalam epilog kali ini. Cuma pembentukkan sebuah negara baru itu menjadi tanda tanya. Negara yang akan mencantumkan dua budaya dan fahaman. Yang menemukan dua fikiran dan jiwa dalam satu rasa.


Aku pilih untuk menanti. 


Ya Robb, Kau tetapkanlah hati-hati kami. Amin..


26/10/2010, 01:48

2 comments:

shah_reel said...

"SESUATU YANG MUDAH TUK KAU DAPAT ITU..PASTI KAU KURANG MENGHARGAINYA...AKAN TETAPI, SESUATU YANG AMAT SUSAH LAGI PAYAH TUK KAU DAPAT ITU..PASTI KAU AKAN RASAI BETAPA MANISNYA BUAH YANG TERHASIL.."

terus tabahkan hatimu adikku...

aYa YaYa said...

amal??