Ketentuan itu

Semua yang terjadi itu pasti ada hikmahnya..

Penantian itu sudah terjawab. Ternyata seperti yang aku jangka, sejak awal-awal lagi. Aku harus terima keputusan itu dengan hati yang tenang, dada yang lapang dan jiwa yang senang. Aku harus bermuhasabah kembali. Perubahan yang drastik perlu dilakukan demi keperluan. Aku tahu pasti ada sebabnya Kau mentakdirkan aku begitu.

Eh, tapi kenapa hal ini yang perlu aku bimbangkan? Bukankah Kau ada bersama-samaku? Dengan adanya Kau, aku tenang. Dengan mengingatkan Kau, aku kembali senang. Tenang dan senang memikirkan betapa indahnya hidup yang dilalui. Memikirkan betapa luasnya nikmat yang Kau berikan. Aku hanya meminta 1, tetapi Kau memberikan 101 untuk ku. Sedangkan aku tidak pernah meminta semua itu.

Menunggu..
Dan terus menunggu..
Aku buntu.

Daus yang di sebelahku dah lelapkan matanya..
Hakim dan nazrin gelak ketawa menonton Spontan..
Aku??

Pertama kali aku merasai perasaan ini. Sindrom hati bedebar dan fikiran melayang mula menjangkiti aku. Baru ku tahu aku memiliki genetik penyakit ini. Apabila mitosis dan meiosis mula menzahirkan fitrahnya, aku menjadi-jadi. Penyakit ini sukar dikawal. Ah, doktor, bolehkah kau ubati penyakit ini? perlukah aku diberi Paracetamol 500mg mahupun Aspirin untuk mengurangkan penularan wabak ini? Ataupun Morphine perlu disuntik ke atas ku meskipun benda alah itu dilarang oleh kerajaan Malaysia?

Berubat cara kampung jela nampaknya. Itu ikhtiarnya. Atau rawatan secara Islam? ya, aku pilih yang kedua. Rawatan yang sudah terbukti efektif..Solat, Quran, Puasa, Wuduk..apa lagi wahai doktor hati?Apa lagi yang aku perlu lakukan untuknya? Oh ya..makanan Hati dan Rohani..ZIKIR!!

Sekarang, ketiga-tiga mereka dah tidur. Aku juga perlu mengikuti syahid mereka. Untuk Esok yang ceria, rehat perlu ada.

Selamat malam semua, selamat malam dunia, selamat malam cinta..

-Untuk Kau yang bernama Insan-

1 comments:

shah_reel said...

adikku..
ingatlah..
ku juga pernah merasa apa yang kau rasa..
ku juga pernah lalui apa yang kau lalui..
tika ini..
dulu aku..
tapi..
aku percaya..
Allah itu MAHA TAHU hambaNya..
aku yakin..
akan hikmahNya..
jangan kau rasa kau keseorangan..
aku di sini..
tuk kau, ADIKKU..
akan ku pegang tangan kau, andai kau mahu rebah..
akan ku peluk dirimu, andai kau tidak bermaya..
ingat!!
Allah dan aku sentiasa bersamamu...
ANA ITHAR ENTA.. A.I.E