Kerana aku yang bernama Poland

Dalam dunia ni, kita kan jumpa pelbagai spesis manusia. Ada yang berkopiah, ada yang bertanduk..tapi bukan tu yang nak kita ambil kisah kali ni. Persoalan hati manusia yang sukar diduga tindakannya menjadi tinta aku kali ini.

Pernah x kalian merasakan gerak-geri kalian menjadi perhatian dan bahan umpatan mahupun cacian masyarakat sekitar yang bernama kawan? Bagus kalau xpernah. Sekurang-kurangnya kalian xmerasakan bagaimana sakitnya berkawan.

Kadang-kadang apa yang kita buat ada sahaja mata-mata jahat yang memerhatikan. Mulut mereka menyampaikan pendustaan kepada telinga-telinga kehancuran. Hasilnya, wujudlah satu perasaan yang dinamakan benci..

BENCI

Aku xkesah kalau ada orang nak benci aku. tapi yang aku kesah mereka yang menaburkan fitnah dusta dan umpatan seksa terhadap diri aku. Ingat, sekali kita benci seseorang itu, 10 kali orang akan benci kat kita. Ditambah pula dengan umpatan seksa yang kau lakukan, bertambah lah ramuan dosa hidangan neraka yang kau sajikan untuk diri kau sendiri. Memang cukup rasa.

Aku xtujukan post ni pada sesiapa. Kecuali pada mereka yang bernama kawan di hadapan ku, tetapi syaitan di sebalik ku. Aku tahulah aku bukannya ustaz yang berkopiah bulat, berserban panjang, bertasbih koka, berjubah putih dan bercapal nabi, tapi aku masih seorang insan bernama Manusia. Ada hati dan perasaan. Marah dan tertekan, sedih dan terkilan. semuanya disebabkan kau yang bernama kawan.

Daripada aku dok melayan perasaan yang terkadang sampai darjat meroyan, baik aku mencari seorang teman yang lebih menyenangkan aku berbanding kawan yang menikam tidak bersenjata seperti kau.

Teman, aku ucapkan terima kasih pada mu kerana sudi menerimaku walau apa keadaanku. Kau mengubahku dari gelap kepada terang. Aku yakin pemergianmu nanti akan memberi satu perasaan 'kehilangan' pada diriku dan hidupku.

Kerana Aku yang Bernama POLAND

Apakah aku perlu melakukan satu perubahan dalam diriku? Perubahan yang memaksaku pergi jauh dari apa yang aku miliki sekarang. Maafkan aku wahai teman-temanku. Aku masih belum bersedia. Perubahan itu memerlukan perjuangan. Dan perjuangan itu memerlukan pengorbanan.

Aku bukan seperti kalian wahai teman-temanku. Kalian terlalu tinggi darjatnya berbanding aku. Berikanlah ku masa. Perubahan yang sedikit namun berterusan akan aku lakukan untuk menjaga hati kalian semua. Kalian dengan cara kalian, aku dengan caraku. Kalian dengan nama arab kalian, aku dengan nama Poland ku..

"janganlah kita merasakan diri kita sudah cukup ilmunya berbanding yang lain kerana boleh jadi orang yang kita bandingkan itu mengamalkan ilmu yang sedikit, tetapi kita yang berilmu ini sedikit sekali mengamalkannya"

2 comments:

shah_reel said...

adikku..
jadilah dirimu..
be urself (kata omputihnye)..
apa guna kau hipokrit..
itu hanya memakan dirimu sendiri..
apa guna kau dengar omong2 orang..
penat nanti, berentilah mereka..
kau adalah kau!!!
bukan siapa2!!
^.^

Cahaya Senja said...

hehe..betul3..
tq bro..