S.E.N.Y.U.M

Alhamdulillah..satu ketenangan yang dapat aku rasakan kini...
9:23pm..dah lama xupdate blog ni. masa yang ada aku luangkan sedikit untuk menjengah..almaklumlah, orang macam aku ni macam parasit. pergi bilik ke bilik cari laptop yang kosong. nasib baik ade kawan yang memahami.

hmm..kali ni aku nak cerita mengenai senyum..
senyum ni adalah satu cara kita mengekspresikan perasaan kita pada seseorang sama ada dengan tujuan tertentu mahupun tanpa tujuan yang khusus. senyum lebih menjurus kepada perasaan senang hati dan gembira seseorang terhadap satu perkara. terdapat pelbagai jenis senyuman ini sebenarnya. senyuman sinis juga termasuk dalam kategori ini.

tapi lupakan senyum yang sinis ni. aku nak cerita senum yang betul2 senyum..bukan paksa2..bukannya apa.kadang2 ada antara kita yang sekadar senyum untuk menyenangkan hati orang lain sedangkan dalaman orang itu sangat derita..

apa perkara yang boleh buat kita senyum? dapat mesej daripada orang yang tersayang? dipuji oleh kawan2? atau tersenyum dek kerana kepuasan sesudah menyudahkan assignment yang bertimbun2?apa pun sebabnya, pasti perkara itu sangat bermakna dalam diri kita.

kadang2 kita stress sangat dengan assignment yang banyak yang perlu dihantar. tanpa kita sedari, raut wajah kita turut berubah. insan yang dulunya ceria, seolah2 terkena 'virus' masam mencuka bila buat assignment. kawan, sesusah mana pun kita, sehebat mana pun masalah yang dihadapi,jangan biarkan perasaan ini menguasai diri kita. adakah selama ini kita sedar wajah yang masam ini turut menyebabkan rakan2 kita berasa kecil hati dengan kita?

senyumlah..
walau apa jua masalah itu, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak gembira. anggaplah masalah itu sebagai cabaran untuk kita. "kehidupan yang tidak bermasalah adalah masalah dalam kehidupan."
aku masih ingat kata2 mak aku.."mal, walau apa pun yang terjadi, kau kena ingat, kau tak berseorangan.Allah ada bersama kau." ringkas tapi cukup bermakna buatku..

kawan, percayalah..ubat kepada semua masalah jiwa ada dalam hati kita sendiri. jika anda berasa tertekan dengan hidup, stress dalam pembelajaran, masalah dengan rakan2,cuba selesaikannya dengan berhemah. 

senyuman merupakan satu bentuk perasaan yang boleh berpindah. orang yang bermasalah, jika dihiburkan, pasti hilang masalah itu. satu cara yang paling berkesan untuk menggembirakan diri sendiri adalah dengan menggembirakan orang lain. percayalah.

tapi harus diingat..
janganlah kita menyalahgunakan senyuman ini untuk tujuan yang lain. senyuman manis yang ikhlas tulus dari hati sanubari seseorang boleh menjadikan si penerima senyuman itu terkena penyakit 'angau'.jadi, hati2 dengan senyuman ini ok?

cukup sekadar di sini dahulu coretan kali ini. moga ada kelapangan di lain waktu untuk bersama2 berkongsi pengalaman hidup..satu pesanan daripada saya, senyumlah..kerana senyuman itu menawan.. ;)

"senyumlah dalam apa jua keadaan yang anda hadapi kerana senyuman itu adalah ubat yang paling mujarab"

2 comments:

shah_reel said...

suka tengok ust akmal senyum..hehe =)

Cahaya Senja said...

hehe..sedekah bro..