KAWAN,sahabat dan TeMaN

kecewa, marah, geram dan lucu!!
benda2 mcm ni yg bermain kat minda aku sekarang. cadangan untuk berpuasa hari ini dibatalkan gara2 tidak bersahur. baru sahaja pulang dari kedai makan bersama seorang teman. lantas aku capai laptop kepunyaan kawanku, aku mencoret sesuatu.

hari ni, ada berita yang agak mengganggu emosi aku. sahabatku memberitahu mengenai satu hal yang agak berbaur fitnah terhadap diriku. ada rakannya yang memberitahu peri lakuku yang agaknya dianggap kurang sopan, dan tidak 'alim' bagi seorang budak pengajian agama seperti aku.

fitnah!fitnah!fitnah!
aku nak tegaskan di sini, perkara yang kalian cakap tu adalah fitnah semata-mata, dan langsung tidak aku lakukan! sekian.

inilah masalahnya bila hidup dikelilingi masyarakat yang kononnya faham agama islam dengan baik, tetapi mereka sebenarnya tidak. KAWAN, xpayah la kita nak tunjuk baik dengan orang ramai kalau kita sendiri tahu kita bukan pelakon yang hebat.

menjaga tata cara berpakaian, menutup aurat..bagus.aku suka hal ni. tidak bergaul dengan rakan yang tidak sejantina, bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita..murni sungguh usaha ini..

tapi apakah kalian amalkan apa yang kalian tegah kepada rakan2 kalian?atau kalian sekadar mengamalkannya dek kerana ingin menjaga nama baik tempat belajar kalian?hanya kalian yang tahu jawapannya..

Allah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa dan bangsa untuk manfaat kita sendiri. untuk kita berkenalan sesama kita.akan tetapi, apa yang berlaku sekarang? adakah kita memanfaatkannya? TIDAK! bahkan kita mencela serta mengutuk sekerasnya tindakan mereka ini.

adakah terpesong akidah kita sekiranya kita berkawan dengan mereka yang membuat perkara2 yang dianggap tidak 'beragama' oleh kita?salahkah kita bersosial,bercampur dengan rakan2 yang tidak sealiran bidang dengan kita?tiada jawapan yang akan didengari kerana golongan ini hanya pandai berkata2 dan mencela serta mengutuk tindakan mereka tanpa membetulkan kesalahan mereka.

kenapa kita lebih suka menakut-nakutkan masyarakat dengan cerita2 berbentuk ancaman sedangkan banyak lagi cerita yang mengajak manusia berbuat baik dengan cara yang lebih bermotivasi.

cukup2lah KAWAN..kalian xkan dapat menghentikan aku.kerana hanya aku tahu apa yang aku lakukan sedangkan kalian tidak. nasihat aku:sedar2lah diri kalian..

"kuman seberang laut nampak, gajah di sebelah tak nampak."

1 comments:

shah_reel said...

my bro..
mau tutup mulut manusia ini maustahil..
mereka akan tetap & terus berkata-kata..
cuma pentingnya adalah KITA..
kerna, hanya KITA yg TAHU APA yg KITA LAKUKAN..
dah penat nanti berenti lerw diaorg tuh..