Maaf kerana menyusahkan kalian semua..

Assalamualaikum..ehem2..pekabo? sihat ko? baguih la kalau camtu..lamo xdonga kobar ko Akmal..mano ko poie ni ha? aku ada di sini..cuma tahap kesibukan terhadap tugasan lain buat aku lupakan blog ini..seketika..

hari sudah larut pagi..setelah menyelesaikan tugasan untuk pembentangan Aqidah esok, aku menjengah untuk mencoret sesuatu..luahan perasaan mungkin? bukan meminta simpati, tetapi biarlah aku lepaskan segalanya di ruangan ini..

JPP..rangkai akronim tiga huruf mengungkap 1001 definisi pada sejuta wajah mahasiswa juga mahasiswi..amanah selaku sebuah organisasi kepimpinan yang selalu diberi perhatian..tidak kurang juga dikeji maki..pengorbanan masa, tenaga, idea juga harta dipandang sepi segelintir pihak yang menginginkan segalanya tampak sempurna..percutian,lawatan,ketidakhadiran ke kuliah dijadikan bahan sindiran menerobos cuping telinga kemerahan menahan perasaan..semuanya demi sebuah perjuangan..

ya, aku tahu kepincangan sistem membuatkan organisasi ini ditudingkan jari -disalah erti..perlakuan zahir yang tampak dianggap segala perjuangan yang dilakukan tanpa mengetahui sejumlah bongkah besar pengorbanan terperosok jauh di dasar hati..fahamilah erti organisasi..individu tiada upaya memutuskan tanpa adanya persetujuan segerombolan yang lain..ketahuilah had kuasa sebuah organisasi dalam merencana sesuatu perundangan..

bukan mengeluh bukan meminta simpati..ada yang meluat harap dimaafi..

kenapa dalam kalangan kita masih ramai yang pandai berbicara semata? tin kosong bila diketuk lantang berbunyi..tapi apa gunanya jika bunyinya itu hanya bunyi yang kosong? bunyi yang hanya menjengah jiwa dan hati yang kosong juga? mengapa mengkritik jika diri hanya pandai berbicara wahai sahabat..rasional pemikiran perlu mengatasi nafsu dalam memikir sebuah keputusan..mengapa amanah yang diberikan pada organisasi ini seringkali dijadikan bahan bicara mengundang benci menghidang nestapa? apakah kau sanggup untuk memikul amanah seperti ini jika diberikan peluang?

sekali lagi maaf dipinta..

bukan niat diri ini membidas pandangan bernas majoriti mahasiswa celik fikiran seperti anda..cuma sejumlah busuk di tandan menjejaskan tandan seluruhnya..kudis yang kecil jika tidak dicegah bisa membawa kepada barah..cuma satu ku pesanan ku..jika kita tidak tahu situasi dan keadaan sesebuah organisasi itu, janganlah kita mengkritik sebelum mengkaji apakah definisi organisasi itu sebenarnya..sudah lumrah manusia, A4 yang putih jika terconteng dakwat di permukaannya pasti direnyuk, lalu dibuang..janganlah disebabkan ingin meluahkan perasaan dan ketidakpuashatian kita, kita melepaskan pada mereka yang tidak tahu apa-apa..

satu pesanan lagi..jika kita sudah menjangkakan segala tindakan sesuatu perkara yang dilakukan akan menjadi sia-sia, pasti segala yang dilakukan untuk menjayakan visi sesebuah usaha itu tampak menjengkelkan pada pandangan mata kita..mengapa tidak optimis dalam setiap perkara? mengapa hanya pandai bicara "pasti tak berjaya" sebelum berkata "kita mesti cuba"? siapa harus dipersalahkan dalam hal-hal seperti ini?baik, yang salah adalah kami, JPP..adios..

Jawatankuasa Penyusah Pelajar..02:42

3 WORDS

Fuh2!! nyah kau habuk!! Assalamualaikum cinta..phewit..berhabuk sudah blog ku ini..kemalasan untuk mengupdate menghalang blog ini daripada terupdate.. Apa khabar semua? dah lama agaknya tak berjumpa kan? rindu zaman kegemilangan berblogging dulu-dulu..kalau sehari tak update tak sah..

Hari demi hari ada saja perkara baru yang dihadapi. musibah dan pertolongan datang silih berganti. bala dan rezeki berkunjung pergi.. apa pun keadaannya, aku bahagia di sini.. kehidupan sederhana sebagai seorang guru pelatih memberikan aku lebih ketika untuk berfikir..berfikir akan perihal diri, perihal masa depanku nanti..

Kadang-kadang aku terfikir..bagaimana agaknya aku 5 tahun dari sekarang? entah ada lagi atau tidak..jika ada, apakah pula takdirku pada masa itu? di mana akan ku ditugaskan? sabah sarawak? sudah punya keluarga sendirikah aku? jika sudah, dengan siapa pula? persoalan-persoalan ini membuatkan aku risau menghadapi masa hadapan..bukan takut menghadapi takdir..cuma takut tersungkur di tengah jalan..Ah..sudah..biarkan masa depan itu ditentukan pada hari ini..usaha yang aku kerjakan hari ini dapat dituai pada masa hadapan..

Zipp..zapp..asal blog je, nak keluar ayat poyo..nyampah lak aku..aish..ok, xnak dah bunga-bunga..cukupla bunga-bunga pada orang yang sepatutnya nanti..insyaallah..kak, ko guling-guling siap ko..

Teringin pulak rasa nak private blog..nak jadikan blog sebagai diari peribadi..nanti dah ada anak bini boleh tengok-tengok balik zaman-zaman muda.."Masa ni abah mula-mula kenal dengan mak ko.." tak pun "mak ko jual mahal dengan abah dulu"

Opps..need to go..got sumting to do..tolong bersihkan sekali la blog ni..Assalamualaikum..

21:23.. (^_~)

Imam Muda Poland

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali..Assalamualaikum..rindu sama ini blog ma..aish..ni mesti kes pengaruh tengok KL Gangster tadi ni..best citer tu..eh,eh..apa sampai ke KL Gangster pulak aku cerita ni?

Ok,aku cuma mahu berkongsi sama kamu semua akan keterlibatan aku dalam suatu program yang diberikan nama Program Kursus Imam Muda..yang ni bukan yang Astro Oasis tu punya ye..kursus dijalankan selama 5 hari..mari kita layan..

Hari Pertama


Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi..menaiki Naza Citra milik Ismail, kami berlima menuju ke Masjid Al-Muttaqin yang terletaknya 15 minit perjalanan dari Palong 8..setibanya di sana, kami mendaftarkan diri..peserta yang ada tidak ramai. cuma 38 orang..

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, dengan dibimbing seorang naqib..kumpulan kami dibimbing oleh Imam 1 Masjid Daerah Kuala Pilah..banyak ilmu yang aku dapat sepanjang dibimbing beliau..kami diuji bacaan Al-Fatihah..Alhamdulillah..dengan sedikit bekalan yang ditapau di IPIS, dapatlah aku menggunakannya pada waktu ini..

Aku dipilih menjadi imam Zuhur..walaupun aku pernah menjadi imam, namun untuk mengimami jemaah yang hebat seperti mereka, pastinya ada sedikit gentar di hati..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar Zuhur itu..Aktiviti sepanjang hari ini lebih berteraskan ta'aruf sesama ahli kumpulan..sepanjang lima hari ini juga kami tidur di masjid tersebut..pengalaman pertama bagi aku.

Hari Kedua


Hari kedua aktivitinya berkisarkan khutbah..teori dan amali dilaksanakan..berkhutbah bukannya senang..gaya bahasa, penguasaan bahasa arab dan tone suara perlu tepat bagi menarik perhatian jemaah dan mengelakkan mereka tersengguk dan terangguk-angguk tanda ngantuk..

ramai yang berbakat besar di sini..ada yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Institut Perguruan, Maahad Ahmadi dan juga Institut Tahfiz Al-Quran..memang banyak ilmu ditimba di sini..

Hari Ketiga


Hari ketiga ini adalah hari yang menyeronokkan..kami menjalankan teori dan amali penyembelihan..kambing dan ayam menjadi mangsa kami..macam-macam ragam dapat aku saksikan hari ini..ada yang ketakutan apabila melihat kambing mengerang di saat nyawa tiba di hujung tanduk apabila disembelih..yang paling melucukan pastinya gelagat ayam yang disembelih..ada yang mati sebelum sempat disembelih..(ketakutan agaknya?) ada juga yang memusingkan leher sehingga menyukarkan kami mencari urat mari' dan halkum dan apabila disembelih, ayam tersebut berkokok-kokok..semua di situ ketawa termasuk imam-imam besar masjid Negeri Sembilan..

Aku juga ditugaskan untuk memberi kuliah subuh pada hari tersebut..agak kaku rasanya di depan jemaah masjid tersebut..kuliah selama 20 minit itu dirujuk menggunakan kitab Penenang Jiwa karya Imam Al-Ghazali..

Hari Keempat

Hari ini kami akan menjalani satu teori dan amali pengurusan jenazah..pada hari yang sama juga, kami dimaklumkan ada kematian berlaku sekitar qariah tersebut..kami mengambil keputusan untuk menguruskan jenazah tersebut..pengalaman pertama juga..dari memandikan,kafan hinggalah mengkebumikan, semua diuruskan peserta program..dan aku ditugaskan membaca talqin di perkuburan..insaf sungguh..

Pada malam hari pula, aku ditugaskan untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil..yang ini betul-betul menguji hati,jantung dan limpa aku..selalunya bila ada tahlil, akulah orang pertama yang melarikan diri..namun kali ini, aku akan mengetuainya..huhu..Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar..azan Isya' juga diberikan tugasnya kepada aku..penduduk di kampung itu bersalaman denganku sebaik selesai bacaan yassin..aku terharu..sungguh..semakin berkobar semangat aku untuk menjadi ustaz..hoho

Hari Kelima

Hari penghabisan..majlis penutup dihadiri oleh YB kawasan Palong..ketika ini kami berserban dan berjubah..terasa bagai mengaji di pondok pula..huhu..Alhamdulillah, entah apa faktor yang menyebabkan aku mendapat anugerah peserta kedua terbaik program tersebut pun aku tidak tahu..mungkin itu yang dinamakan rezeki..aku ditugaskan mengimamkan solat Jumaat..tidak ada rezaki kali ini..aku perlu pulang ke rumah dengan kadar segera..jika ada rezeki di lain hari, aku akan berkhutbah mungkin?Insyaallah..

**********************************************************************************

Ok, dah selesai dah diari Imam Muda aku sepanjang 5 hari ini..memang sangat menyeronokkan..aku harap aku dapat sertai program macam ni lain kali..persediaan ilmu sangat penting..sebab tu nabi pernah sabda, "berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun" see?ilmu lagi penting daripada segalanya..sebab tu kalau kita ni x cukup ilmu, jangan pandai-pandai nak sampaikan sebab boleh jadi apa yang kita sampaikan tu cuma taqlid dan bid'ah semata-mata..

Janganlah kita jadi golongan yang sering mengajak kepada perkara yang sunat tetapi masih melakukan perkara haram..contoh? baik..kalau ada sekelompok manusia yang tidak solat berjemaah di masjid, pasti akan dimarah, ditegur dan dinasihat  dengan cara yang agak kasar dan menyakitkan hati, meskipun solat jemaah itu adalah sunat muakkad..tetapi yang menyedihkan, orang yang menegur tersebut masih mengamalkan tabiat merokok yang telah pun difatwa sebagai haram oleh majoriti mufti di seluruh dunia..fikir-fikirkan..bukan nak salahkan sesiapa, cuma mahu berkongsi..wallahualam..

Bising je Nufail ngan Naurah ni..hehe 19:20

Permata Keluarga

Akmal Poland dengan hormatnya memperkenalkan barisan anak buah yang berganding bahu menceriakan rumah Cik Din dan Cik Jan..


Muhammad Nufail Zhafran


Naurah Jazmina

Muhammad Nazhan Zhariff

Ketiga-tiga mereka ini merupakan anak kepada Khairul Nizam dan Sazarina..tahniah kak Rina..3 dah anak ko..

yang bawah ni pulak anak kepada Izwan Sham dan Isdayanti, akak kedua aku..namanya Muhammad Iqbal Eshan..

Muhammad Iqbal Eshan


Alala..jambu la tu??

Budak ni sangat lasak+kuat+besar..


Sekian sahaja..bila tengok gambar mereka ni, rasa nak je kembali balik zaman dulu..zaman tak ada dosa..nak refresh balik diri ni..tapi sekarang pon boleh ape..



Ini anak sape sesat ni??

sekian terima kasih..

P/S: kalau dulu tengok budak kecik, nak adik..sekarang tengok budak, nak anak pulak rasanya.. :p