Showing posts with label HOME. Show all posts
Showing posts with label HOME. Show all posts

Raya Oh Raya

  • syawal tiba lagi..
hari ni hari raya.sume org tau perkara ni.bile tibe je hari raya,mcm2lah persiapannya..
yang mak sibuk wat langsir,kuih muih,baju raye,kemas rumah..
abah pulak bersihkan kawasan rumah,cari lauk pauk..
yang anak2nye,maen facebook,berblogging,pes 2010..huhhu..
  • raya yang bermakna..
raya kali ni aku rasa antara yang paling bermakna dalam hidup aku.banyak perkara yang best berlaku..
  1. raya kali ni semua adik beradik aku balik.yang paling epy mstila akak 2nd aku sbb taun ni raya bersama orang baru dalam keluarganya.kalau dulu berdua,kini bertiga..
  2. kali ni aku sndri yg panjat pokok kelapa, cari daun ketupat..walaupun ketinggian cuma 6 meter,perasaan gayat tu tetap ade..huu..
  3. haa..yg ni paling aku suke nak cite..raya kali ni aku dah berjaya mempelajari satu teknik baru yang dinamakan teknik menganyam ketupat.kredit to mak aku yg telah ajari aku ilmu tu..

sampai sini dulu jela ea..1 syawal ni org g braye, bukan update blog..kepada rakan2 serta bakal murid aku,jgn sesekali tiru perbuatan ini di rumah..

"hari raya adalah hari kemenangan bagi kita setelah sebulan menahan diri daripada nafsu yang menguasai diri. salam aidilfitri."

Tokoh Khalifah Harun Al Rasyid


Harun Ar-Rasyid merupakan salah seorang negarawan yang terulung di dunia. Beliau adalah khalifah kelima kerajaan Abbassiyah yang juga merupakan kemuncak kegemilangan pemerintahan Abbasiyah. Zaman pemerintahan Abbasiyah juga dikatakan sebagai zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam dunia atau zaman keemasan Islam. Pada zaman inilah bermulanya era pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan di Kota Baghdad. beliau telah berjaya menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan dunia. Usaha yang dilakukan oleh beliau untuk membangunkan Kota Baghdad sebegitu maju dan membangun tidak mampu ditandingi oleh khalifah-khalifah pada pemerintahan yang lain dalam semua termasuklah dari segi kemajuan, pembangunan, ilmu pengetahuan, kemakmuran dan lain-lain lagi. 

Nama penuh Harun ar-Rasyid ialah Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi. Beliau dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 H bersamaan 756 M. Beliau telah menggantikan saudaranya iaitu al-Hadi sebagai khalifah Baghdad yang kelima dalam pemerintahan Abbasiyah. Beliau merupakan anak yang ketiga dalam keluarga. Sejak dari awal lagi, beliau dikenali sebagai seorang yang pintar dan sukakan ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah jika beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta banyak pengalaman sama ada dalam bidang politik, ketenteraan mahupun dalam bidang pentadbiran awam. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling besar dalam dunia penyebaran ilmu pengetahuan di Kota Baghdad..
 

Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.
 

Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah negara agar menjadi sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, sseorang khalifah tidak akan mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh untuk mendapatkan keamanan dan kemakmuran. Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.
 

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.
 

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.
 

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian- Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange. Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al- Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.
 

Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.
 

Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seoranhg khalifah yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-perubahan yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat prihatin dengan keamanan Negara yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.

Doa Untuk Ibu


kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

oh ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan
oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

Epilog Seorang "Aku"

1.00 pagi..
kepulanganku ke kampung halaman sempena cuti sekolah merangkap cuti raya..
banyak betul perkara yang terjadi kat aku kebelakangan ni.apakah aku sedang diuji??


ujian..
sekuat mana pun hati kita, bila diuji dengan sesuatu perkara pasti akan goyah.
apatah lagi apabila ujian itu membabitkan hati dan mainan perasaan.kadang2 bila aku ingat balik kenangan tu,aku tersenyum sendiri.betapa kebudak2annya aku waktu tu..


yang berlalu biarkan pergi..
yup..walau apa pun ujiannya,aku kena kuat.
kuat dlm hadapi semua ni..
kuat dlm terima hakikat sebenar..


dan sekarang..
aku bangga dan bahagia dengan kehidupan yang aku tempuhi..
teringat poem "the road not taken" mase zaman sekolah dlu..


Alhamdulillah..aku xsalah pilih jalan rasenye..
dan aku yakin..satu hari nanti aku pasti akan jumpa yang terbaik buat diriku..
dun worry..semuanya dah ditentukan..
cuma atas pilihan aku yang memastikan ketentuan itu benar2 ketentuan yang diatur,bukan ditidaksengajakan..
wallahualam..


"lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"

Betul orang cakap, "semua itu ada hikmahnya"

The Little things

After Sept. 11th, one company invited the remaining members of other companies who had been decimated by the attack on the Twin Towers

to share ! their available office space.

At a morning meeting, the head of security told stories of why these people were alive... and all the stories were just:


th
e 'L I TT L E' things.


As you might know, the head of the company survived

that day because his son started kindergarten.


Another fellow was alive because it was

his turn to bring donuts.



One woman was late because her

alarm clock didn't go off in time.



One was late because of being stuck on the NJ Turnpike

because of an auto accident.



One of them

missed his bus.



One spilled food on her clothes and had to take

time to change.



One's

car wouldn't start.



One went back to

answer the telephone
.



One had a

child that dawdled

and didn't get ready as soon as he should have.

One couldn't

get a taxi.




T
he one that struck me was the man
who put on a new pair of shoes that morning,
took the various means to get to work
but before he ! got there, he developed
a blister on his foot.


He

stopped at a drugstore

to buy a Band-Aid.


That is why he is alive today.



Now when I am

stuck in traffic
, miss an elevator,


turn back to answer a ringing telephone
...


all the little things that annoy me.
I think to myself,
this is exactly where


God wants me to be

at this very moment..



Next time your morning seems to be

going wrong
,

the children are slow getting dressed,
you can't seem to find the car keys,

you hit every traffic light,

don't get mad or frustrated;



God is at work watching over you!



May God continue to bless you
with all those annoying little things
and may you remember their possible purpose.






Hands!



www.FunAndFunOnly.net


A basketball in my hands is worth about $19.
A basketball in Michael Jordan's hands is worth about $33 million.
It depends whose hands it's in.






www.FunAndFunOnly.net


A baseball in my hands is worth about $6.
A baseball in Roger Clemens' hands is worth $4.75 million.
It depends on whose hands it's in.








www.FunAndFunOnly.net


A tennis racket is useless in my hands.
A tennis racket in Andre Agassi's hands is worth millions.
It depends whose hands it's in.






www.FunAndFunOnly.net


A rod in my hands will keep away an angry dog.
A rod in Moses' hands will part the mighty sea.
It depends whose hands it's in.








www.FunAndFunOnly.net


A slingshot in my hands is a kid's toy.
A slingshot in David's hand is a mighty weapon.
It depends whose hands it's in.











www.FunAndFunOnly.net


As you see now, it depends whose hands it's in.
So put your concerns, your worries, your fears, your hopes, your dreams, your families and your relationships in God's hands because...
It depends whose hands it's in.





This message is now in YOUR hands.


What will YOU do with it?


www.FunAndFunOnly.net


It Depends on WHOSE Hands it's in!