Aku mahu pulang..(selamat tinggal)

Assalamualaikum..selamat pagi semua..harap semua dalam keadaan sihat wa al-afiat..sudah lama tidak menjengah dalam ruangan ini..berhabuk sudah..fuh3..biasalah,minggu lepas kan exam..memang tak ada masa untuk berblogging ni..

Insyaallah, hari ini akan pulang ke rumah setelah beberapa hari ditinggalkan kawan-kawan yang lain di asrama nan indah ini..(mata ke atas,tangan ke bahu)..punca pulang lewat? ada dua sebab..pertama, terlibat sebagai perserta seminar belia di Putrajaya..dan kedua, terlibat sebagai ahli Perkomperi yang membuat persembahan di rumah seorang pensyarah sempena majlis perkahwinan anak beliau..

Perkomperi berjalan seperti biasa..Hari Belia?ok,rancangannya bertolak pada jam 7 pagi..pagi itu aku tidur lewat..jam 5 lebih rasanya..almaklumlah..bila dah tidur lewat, faham2 saja..14 Missed call..3 Messages..semua tu aku nampak di skrin telefon bimbit..pada jam 9 pagi..aduh..tapi program tu Salam pun tak pergi jugak sebab pihak sana tukar tempat tak bagitau kami..(bagus, time ni aku sambung tidur)

Banyak perkara terjadi sepanjang ketidakupdatean blog ku ini..ada yang suka, ada juga nan duka..tapi yang pastinya ada berita yang menggoyahkan hati, jantung serta limpa pada beberapa hari yang lepas..syukur, semuanya selamat..aku pun pernah alami perkara sedemikian..trauma?yup..sampai sekarang kalau teringat, memang menggelengkan kepala..ish3..

Perancangan waktu cuti..hmm..setakat ini tidak ada apa2 yang istimewa..cuma tak sabar nak pulang menatap wajah famili..mak,abah,abang alip,kak rina,kak ti,adik mimi dan paling special, anak2 buah aku..Nufail, Naurah, Nazhan(the latest one) dan budak paling nakal, Iqbal..tadi tengok gambar dia kat FB..dah tumbuh gigi susu belah depan..haha..cute betul..kerja menggigit mamanya..mentang-mentang mama ko tu banyak daging..(kak ti, ko tak baca blog Amal kan??)

Mungkin cuti ini aku akan melibatkan diri dalam seminar ala-ala Imam Muda..abah aku yang letakkan nama..nak kena bawak ayam sekor..compom kena sembelih itu ayam..nasib baik tak suruh bawak kambing or lembu..macam mana agaknya seminar tu ye??harap-harap dapat bagi manfaat yang besar dalam diri aku..amin..

Cuti ni jugak aku perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi suatu ujian dan cabaran sebagai seorang lelaki dewasa..perubahan dari seorang remaja yang bertukar dewasa pastinya melibatkan komunikasi antara dua pihak bagi menguji persediaan aku memikul bebanan tanggungjawab di kemudian hari..fuhh..memang tak makan orang, tapi aku yang rasa nak ditelan..tak faham? abaikan..

pukul 6 sudah..7 pagi ini akan bertolak dari IPIS ke rumah..harap2 perjalanan diberkati dan dirahmati Allah hendaknya..kalau apa2 berlaku, saya, Muhamad Akmal bin Jamaludin memohon ribuan ampun dan maaf terlebih dahulu pada semua atas keterlanjuran lisan, hati mahupun perbuatan yang mengguris hati sanubari kalian..jika ada hutang, saya memeberi kalian 2 pilihan..sama ada menuntut pada famili saya atau menghalalkannya..(pilihan pertama perlu disertakan resit sebagai bukti pinjaman..hehe)

Ok, banyak lagi mahu cerita sebenarnya..tapi nantilah ye..sampai kat rumah, aku cerita banyak-banyak..sekarang ni dalam mood nak balik kampung..kenderaan awam jadi pilihan..senang..tak perlu dipandu..cuma bayar,duduk dan tidur sahaja..sedar-sedar dah sampai..ok, have a nice day..salam sayang dari Akmal Poland..Assalamualaikum..

p/s: tak sanggup kehilangan orang yang disayangi..
B301,06:20

Rindu dia..

Rindu...serius aku rindu mak abah aku kat rumah..aku rindu suasana rumah yang kelilingnya rumput hijau..exam,cepatla habis..aku nak cuti puas2 kat rumah..hehe

Alhamdulillah..satu paper da selamat dijawab dengan penuh bergaya..biarlah jawapannya entah apa2, asalkan aku bangga tengok kesemua 5 helai kertas digunakan untuk esei..mesti mak abah aku bangga dapat anak yang tulis esei panjang camtu..sebut pasal mak abah, memang terbayang-bayang je wajah mereka..rasa baru je semalam aku membesar dalam dakapan mak dan abah..sekarang aku dah besar panjang..

tengok balik gambar time kecik, macam caya x caya je yang gambar tu gambar aku..macam mane baby yang montel tembam lagi gebu tu boleh bertukar jadi dewasa yang comot kurus macam sekarang ni..ni mesti kes banyak main kejar2 kat tengah panas time kecik2 ni..tapi takpe..aku bangga dengan aku sekarang ni..

ehem...aku kini bergelar paman kepada seorang lagi makhluk Allah yang paling seksi iaitu Nazhan Zhariff..lahir pada 16 Mei 2011 bersempena hari guru..pastinya hadiah hari guru paling bermakna buat Kak Rina..kak,tahniah ye..nama budak kecik ni dengar katanya si abangnya yang nak sangat bagi..Abang Nufail,jangan buli adik ye..sayang adik betul2 tau..Naurah pun sama la..kalau korang degil, paman suruh Iqbal gusti korang berdua..setakat korang berdua, Iqbal hayun sebelah tangan je dah tumbang..hehe

rindu pulak kat anak-anak buah bila teringat kat diorang ni..masing-masing dengan perangai masing-masing...tapi yang paling mencuit hati dah tentu si Iqbal..like mother like son..susah nak jaga..huhu..sekarang dah ada anak buah..entah bila pulak ada anak sendiri? bila ada anak nanti, aku nak didik betul2..aku akan pastikan anak lelaki aku minat Man Utd..pasukan lain?jangan harap..hoho..kalau anak perempuan pulak,start dia pandai berjalan aku akan pakaikan dia tudung..biasakan dari kecik lagi.suka bila tengok budak kecik pakai tudung..suci je nampak..pastu aku nak pastikan dia pandai memasak..mak dia punya peranan la ni..tapi kalau mak dia tak pandai masak pun takpe..kedai mamak depan rumah tu pon ade..nanti kita satu famili makan situ sambil tengok bola..tak kesah kan??

sampai sini dulu la..ngantuk sudah..dapatla update skit blog ni..minggu study ni bz skit..malam2 jela ada masa nak update..malam??pagi dah ni..ok,nite..assalamualaikum

harap insan yang kita sayang dalam keadaan sihat..02:55

Cinta itu...

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

segala puji bagi-Nya, yang telah menemukan Adam dan Hawa..tanpa pertemuan itu, kita tidak mengenal ertinya cinta..

Cinta..boleh didefinasikan dengan pelbagai makna..cinta pada Allah, pada ibu, pada bapa, pada keluarga, pada isteri, pada anak-anak, sahabat juga pada benda..tanpa cinta, hidup kita tidak bermakna kerana cinta itu penghubung jiwa, penyambung dua rasa berbeza..

Cinta itu boleh membawa manusia kepada kebaikan juga pada kebinasaan..bergantung pada siapa pembawanya dan bagaimana cinta itu dibawa..kapal itu bukanlah bergantung pada tiupan angin untuk ditentu arah tujunya, tetapi bergantung pada bagaimana seseorang itu mengemudi layarnya melawan angin, meski lintangnya hampir mematah pasak nan satu..seseorang yang menjadikan syariat sebagai keutamaannya, pasti tidak mudah dibawa angin ke mana sahaja sesuka hati..kerana boleh jadi, angin itu membawa kita ke pulau penantian tidak berkesudahan..unggasnya tiada, pohonnya layu menanti tumbang..

Cinta pada manusia..sekarang musimnya sudah tiba..aku seperti menjadi seorang tabib cinta tidak bertauliah..sakitnya sukar diubati kerana soal hati sukar dijangka apa mahunya..ubat-ubatan berbeza setiap seorang, bergantung pada sejauh mana 'kroniknya' cinta itu..cuma satu nasihat yang dapat aku berikan, usah terlalu mengharap..yup..kita merancang, Allah juga merancang..sebaik-baik perancangan adalah milik Allah..jika sekali dirimu kecewa, jangan dibiarkan hati menjadi lara kerana Allah pasti menginginkan sesuatu yang lebih baik bagi kamu..

CINTA yang lebih utama pastinya cinta pada yang Maha Mencintai..kerana Dia yang menciptakan cinta itu..Dia lebih arif perihal makhluknya..usaha penaiktarafan diri sedang berjalan..aku tidak boleh mengandaikan pembinaan ini selesai apabila mencapai objektif tertentu kerana selagi manusia itu bergelar manusia, ilmu perlu dicari semaksima mungkin..bukan sahaja untuk kefahaman diri, tetapi juga untuk diamalkan..

sampai di sini dahulu..ada training petanque petang ini untuk kejohanan di Negeri Sembilan 14hb ni..tata..

Assalamualaikum..Bilik Besar Blok B..17:51

Aku Kat Kelantan

Assalamualaikum..sihatkah kalian? lama rasanya tak meng'update' blog ni..kekangan masa dan kerja yang membuatkan aku jadi begitu..

Kini berada di Kelantan..sepanjang aku bergelar seorang manusia selama 20 tahun, ini merupakan kali pertama aku menjejaki negeri ini..jangan gelak ok..perjalanan mengambil masa 13 jam menaiki bas maktab..perjalanan yang menyeronokkan..sungguh aku suka suasana di pantai timur seperti ini..walau berada di pertengahan pekan dan bandar, deretan rumah kampung masih megah berdiri..pembangunan yang masih mengekalkan nilai tradisional..

banyak perkara berlaku sepanjang ketidakupdatean blog ini..bermula dengan berita-berita kematian ayah kepada beberapa rakan di maktab menyayat hati..entah bila pula tiba giliran aku untuk ditangisi pemergiannya..amalan masih belum mencukupi..umur semakin lama semakin bertambah..nyawa semakin hampir tarikh luputnya..ya Allah..matikan aku, keluargaku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku dalam keadaan yang baik..

sekarang aku sudah mula berjinak-jinak dengan hobi yang baru..barangkali boleh berterusan jika kena gayanya..aku sudah mulai minat untuk membaca buku dan novel..yang terbaru adalah "MEMOIR TRAGEDI MEMALI"..buku yang menyentuh jiwa menyaksikan kepincangan sistem perundangan negara ketika itu yang berlanjutan sehingga sekarang..niat murni seorang murabbi mendidik anak watan bertukar salah faham atau sengaja disalahertikan sebagai penyebar dakyah sesat..harga yang perlu dibayar cukup mahal..limpahan darah merah membasahi tubuh syahid seorang pejuang Islam..kuburan mewangi membuktikan mereka dipandang mulia di sisi manusia dan Allah..

aku juga barangkali sudah serba sedikit terikut gaya bahasa buku tersebut..bahasa yang digunakan sangat sempurna..aku pencinta bahasa yang sering merosakkan bahasa..

UAK sudah selesai..pastinya keluar dari dewan dengan senyuman selepas selesai paper TITAS bukan? hehe..bak kata seorang teman.."diam-diam sudah.."

sekarang musimnya sudah tiba..perlu memikul tanggungjawab seorang sahabat untuk membantu sahabat yang lain..aku akan berusaha sehabis mungkin buat kalian..sekadar yang aku termampu..aku sudah sediakan jalan, kalian yang perlu tentukan..redah atau berpatah balik..andai dia bukan untukmu, percayalah..Allah ingin gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu..bersabarlah.. (^_^)

Mutaba'ah..yup..penerangan yang diberikan Rimau yang cun membuatkan semangat berkobar-kobar..semangat tinggal kejahilan..aku dah tak nak dekat dengan ko!!konsistensi penjamin transformasi..moto hidup aku yang baru dibuat tadi..macam best je bunyinye..boleh cadang untuk moto JPP tahun depan ni..moto?haha..aku da ade motor sekarang ni..bukan LC,RXZ,EX5 mahupun NINJA..tapi C70 petak yang aku guna sementara..tengok motor tu tersadai macam tanpa tuan,aku jumpa tuan dia..baik hati beliau ye..bro, wa akan jaga motor lu baik2..wa akan upgrade jadi off-road motor..tengokla..

dah,orang lain tido,ko xnak tido ke Poland?ok, aku tido...nak kirim pape kat Kelantan ni?

Assalamualaikum..06:37..IPKB