Aku sayang dia

Happy birthday!!! eh, assalamualaikum..apa la ustaz ni..sori-sori..hyper excited pula ini hari..malam ini, aku nak menulis sesuatu berkenaan seseorang yang boleh mendatangkan kegembiraan bila teringat akan dia..seseorang yang banyak membuat aku geleng kepala melihat telatah manja dan nakalnya..senyumannya penawar hati nan lara..duka nestapa menjadi ceria, diiringi gelak tawa..kini, genap setahun pertemuan antara aku dan dia..pertemuan yang disulami kemesraan tanpa aku pinta hadirnya..mungkin Allah sudah takdirkan pertemuan ini buat kita..

17/04/2010..tarikh ini menjadi saksi berputiknya rasa sayang antara aku dan dia..perkenalan yang tidak disangka hadirnya, kini menjadi putik bunga cinta menanti mekar nan mewangi..aku tahu..kehadiran dirinya dalam keluarga aku juga sudah direstui oleh kedua-dua orang tua ku..mereka hanya tersenyum, sama-sama berkongsi kegembiraan..kehadiran 'orang baru' yang pastinya akan memeriahkan keluargaku..

bulan berganti bulan, sudah setahun lamanya perhubungan itu terjalin..meski aku sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, masa yang ada akan aku luangkan bertanya khabar dirinya..koleksi gambar menjadi pengubat rindu..meski gambar itu hanya didownload dari Facebook, aku tetap gembira..biarlah apa orang nak kata..kerana perhubungan kita tidak salah di sisi agama..

*Alhamdulillah, anak buahku, Muhammad Iqbal Eshan bin Izwan Sham kini sudah mencecah setahun umurnya..walaupun entry ini lewat sehari, tapi aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkannya..Iqbal, paman doakan kau jadi anak yang soleh..anak yang dengar cakap abah dan mama kau..jangan jadi degil macam paman ko sorang ni..orang suruh belajar, yang dia tahu Facebook dan Blogging..tu pun kira ok la daripada paman pergi dangdut ke, racing beskal ke..kan Qebal kan?

tu, nenek dah belikan motor tu, ko bawak elok-elok tau..jangan lumba haram dengan abang Nufail n kak Naurah..walaupun ko tu lagi besar daripada kak naurah, tapi dia lagi expert tau dalam bab-bab ni..jangan la ko modified motor tu..baru sehari nenek beli, ko dah cabut tempat duduk motor tu..adoi..

---> Iqbal atau nama manjanye, Qebal, lahir pada 17/4/2010 di Hospital Besar Melaka..anak sulung kakak keduaku, Isdayanti Jamaludin ini lahir dalam keadaan normal..dia merupakan cucu ketiga mak dan abah..telatah nakal dan lucunya membuatkan seri keluarga kami bertambah..suka mengacau orang yang sedang tidur..(ada satu petang tu, waktu atuk ngah tidur, dia gi gigit janggut atuk..terbangun atuk..) dia juga suka mengamuk dan menjerit sekiranya diganggu..badan yang sasa mewarisi ibu dan ayahnya..ayahnya berasal dari terengganu..kiranya, si Qebal ni mempunyai perkaitan negeri yang cukup banyak (kedah+selangor+terengganu+jawa+melaka+negeri sembilan)

dia juga seorang lelaki yang mewarisi senyuman manis ibunya kerana lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipinya..ganas mukanya apabila masam..namun apabila tersenyum, menjadi seperti lelaki jambu..(yang ni mewarisi bakat ayahnya)

sampai tu dulu untuk entry kali ini..Qebal, jaga mama ngan abah elok-elok ye..belajar rajin-rajin..paman rindu sama ko..hoho..

paman,jangan lupa bawak kad keselamatan dan kad pelajar esok ye..

Assalamualaikum..entry buat anak buahku..01:13

4 comments:

awanPink said...

iqbal jd mcm paman tau,rajin bljr,hormat org tua, galak bersukan, sntiasa senyum wlau dlm ktrpaksaan,dan plg pnting,ustaz rock ;) i like..haha

Cahaya Senja said...

hehe..ustaz rock tu..pasni nak ajak Iqbal maen petanque ngan wat khat pulak.. ;p

CikTomyam said...

bestnya ada anak sedara..^^

salam kenal dr CT..

Cahaya Senja said...

best lg ada anak sendri..
salam perkenalan CT..sedap tomyam tu.. :p