bila aku kembali semula...

emosi yang tidak stabil..fikiran berkecamuk..entah mana silapnya aku sendiri tak tahu..mana perginya Akmal yang dulu?aku sendiri tak tahu..

aku telah tersasar jauh..jauh dari lapang sasar..sasaran sudah jelas dan nyata..tapi aku tetap tersasar..mana mungkin aku tidak pandai menggunakan senapang sedangkan aku terlatih sejak kecil..mana mungkin peluruku tersilap kerana emakku sudah pastikan kualitinya sempurna sewaktu memberikannya padaku..mungkin aku perlukan pembimbing untuk mengajar aku menembak dengan betul..ada sesiapa yang sudi??

dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..tersentuh bila dengar nasyid ni..ya Allah..aku dah jauh lupakan Kau..seringkali kesibukan dunia menjadikan aku lalai mengingati Kau..aku bersalah..dengan Kau,mak,abah dan famili..juga kawan-kawan..maafkan aku semua..

aku perlu mencari diriku yang dulu..yang sentiasa mengharap ihsan..yang punya rasa bersalah bila melakukan dosa..teman,bimbinglah aku jadi lelaki soleh yang akan menemanimu dalam hari-harimu kelak..bukanlah sapaan mesra datang menyapa yang ku harapkan..cukup sekadar satu peringatan buatku..agar aku tidak mengecewakanmu nanti..

='(

Sayonara

Selamat tinggal kasih,selamat tinggal sayang..jam 8 ini,aku akan pulang semula ke maktab tercinta..selamat tinggal Pengembara Senja..kembalilah kau kepada asal kejadianmu sewaktu aku mula bertemu denganmu..bersawanglah kembali wahai blog..aku punya pelbagai lagi tugas selain bermanja denganmu..

Doakan semoga aku terus konsisten menongkah arus cabaran..memaksimakan kuasa menempuh dugaan..hidup bergelar siswazah merangkap pelatih guru sememangnya banyak cabaran..warden yang memerhati kehadiran lambatku ke perhimpunan, HEP yang merenung tajam ke arah rambut panjang kering kusutku..juga kenalan yang diguris hatinya..apa yang perlu hanya secebis senyuman cuma..senyuman yang mampu mengubah segalanya..tawa menjadi duka, lara jadi ketawa,gelap gelita jadi cahaya..

Cukup sampai di sini..moga ketemu lagi ya semua..

Assalamualaikum..18:34

Unintended

Aku punya cita

"Amal dah besar nanti nak jadi Engineer!!" teringat kata kenangan perihal cita-cita..meski kecil pada usia, namun besar citanya..kanak-kanak kecil itu tidak mengetahui gerangan apakah engineer itu..cuma yang pastinya, kelibat lelaki bertopi kuning dan berkasut panjang, dengan comot kesan garisan gris di kemeja berkolar putih menjadi bahan imaginasinya..mulai saat itu lelaki kecil tadi bertekad untuk dewasa bersama citanya -menjadi jurutera..

Remote control car, boat, bayblade..semua permainan berunsurkan gear menjadi gilaan kanak-kanak kecil itu..dia begitu obses terhadap citanya..habis semua permainannya diservis..

Masa berganti masa, lelaki kecil sudah remaja..penentu cita tiba masanya,pengharap cita peroleh berita..lelaki itu beroleh 4 tawaran berbeza dalam jurusan yang sama..kecuali yang keempat..

Kini remaja berganjak dewasa..cita yang lama sudah dilupa,cita yang baru berkunjung tiba..remaja memilih dewasa bersama cita yang berbeza..menjadi seorang pendidik sasaran utama..meski hati masih berbunga pada cita yang lama, cita yang baru jadi mahkota jiwa..

Hari ini aku berdiri di sini..tanpa dipaksa oleh sesiapa..aku bersyukur kerana dipertemukan cita yang sempurna..IPG KPI..di sini lahirnya cita, di sini jualah cambahnya cinta..

mood:ada sesuatu di balik senyuman

12:17

Couple Halal

Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja

Oleh : Ustaz Maszlee Malik

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.

Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!

Doa Menghilangkan Sedih dan Gundah Hati

Di saat kita diuji dan teruji dengan pelbagai ujian dari Illahi..kepada-Nya jualah tempat kembali, memohon ketabahan diri, kekuatan hati nurani..



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ،

نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ

يَّ قَضَاؤُكَ، سْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ،

سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، وْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،

أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، وِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ

فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ

رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، جَلاَءَ حُزْنِيْ،

ذَهَابَ هَمِّيْ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, 
anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu 
(Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu
berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. 
Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) 
yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, 
yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan 
kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau
khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu,
hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram 
hatiku, cahaya di dadaku,pelenyap duka dan kesedihanku.” 
(H.R. Ahmad dinilai shahih oleh al albani)


Alhamdulillah..

Hoollaa..salam alaikum..hope sume sehat2 saje ye..ada yang xsehat?almaklumlah..musim2 banjir ni macam2 penyakit boleh berjangkit..apa2 pun,tabahkan hati,kuatkan diri ye..dugaan semua tu..

Jumaat yang dingin..(ha,start dah ayat2 poyo aku ni)..ayam jantan mula bersahut-sahutan,berbalas kokokkan..namun masih ada lagi insan yang setia bersama laman mayanya di waktu begini..bukanlah mencari calon menantu buat bonda di kampung, bukan jua mencari teman bergurau senda dan bertawa duka..sekadar mencoret sesuatu yang dirasa cuma..bukan kisah panglipur lara, juga Adiwira dan Tun Teja, tetapi kisah suka duka jiwa nan lara..

Pagi ini aku ditemani dengkuran yang pelbagai versi..ada yang panjangnya sekadar 2 harkat,ada juga mencecah 6 harkat..apa pun gayanya,aku bahagia..bersama ahli keluarga tercinta..diam tak diam,ahli keluargaku kini sudah mencecah 12 orang..tidak lama lagi,insyaallah muncul lagi entiti yang tidak diketahui jantan betinanya dalam keluarga kami..yup..akak sulungku sarat dengan muatan di bonet rahimnya..mudah-mudahan segalanya selamat..amin..

Rasa baru sahaja aku membonceng motorsikal c70 kebun milik ayahku ke sekolah..dengan sikatan kemas dan rapi, aku duduk di tengah di celah-celah mak dan abah..stokin panjang membaluti kaki kedua-duanya..kasut getah berselut bersama baju bertompok getah menjadi pakaian mereka setiap kali menghantar aku ke sekolah pada tahun 1998..namun segalanya masih segar di ingatan..

Kini aku sudah dewasa..sudah pandai berfacebook, berblogging..sudah mahir bertutur dan berceloteh..walaupun banyak autanya berbanding fakta, tapi aku tetap bangga..

huh..da ngantuk da..stop sini dulu..nitez....

02:53

Aku bukan ektomorf

Heeyyaahh..kepenatan mengecat rumah membuat aku mengeliat berkali-kali..letih..sejak pagi tadi aku sudah menapakan diri bersama berus,cat putih hitam dan thinner dalam gua yang tersergam indah menanti wajah baru dihasilkan penghuninya..mak,abang alip, abang sham dan aku adalah anggota sukarelawannya..si debab, Iqbal pastinya menjadi penghibur kami sekeluarga..bayi seberat 11 kg yang berusia 9 bulan itu tampak manis taktala tersenyum yang menampakkan lekukan lesung pipit di kiri dan kanan pipi gebunya itu..sesekali bayi itu tergelak gembira apabila diagah..

wahh..macam rumah Inggeris pun ada apabila diperhatikan dari jauh..hari ini masuk hari ke-4 proses pengubahan warna rumah PCD(Pak Cik Din..bukan PussyCat Dolls) daripada coklat kepada hitam putih..hampir 70% bahagian dinding telah dicat..kepuasan jelas terpancar di wajah dewasa lelaki berusia 20-an itu..cukup untuk pagi ini..sambung pula untuk sessi petang..diesel dan thinner menjadi peneman menghilangkan cat dari badan..

Agak keletihan sebenarnya..namun apabila mengenangkan ada tugasan yang perlu dilaksana,aku gagahi juga..aku telah dilantik menjadi wakil batch bagi JPP untuk tahun ini..Hal ini bermakna aku perlu mengetahui segala masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar bagi batch aku..masalah rasmi sahaja ye..masalah clash dengan pakwe or makwe,tiket flight g mesir habis,peruntukan untuk banjir di setiap kampung-kampung sama sekali tidak akan dilayan..

Cat rumah Oii..14:15