Perpisahan

Perpisahan adalah suatu kemestian dalam diri seorang insan. perpisahan sememangnya suatu yang menyedihkan. perpisahan bisa meruntuh ego seorang insan bergelar lelaki.

Ini adalah kisah seorang insan bergelar aku. kisah ini bukanlah kisah cinta seorang kekasih. semuanya tentang teman. teman yang mengajar aku erti musuh dan kawan. teman yang membimbing aku menghargai erti sebuah kebersamaan.

Aku tidak dapat sembunyikan perasaan ini. meski wajah dapat menghindar parut duka, namun hati merintih dalam esakan tangis. sungguh.

Abang Shahril. aku mahu semua tahu siapa dia dalam diriku. meski pertemuan itu sekejap cuma, namun ia sangat berharga. walau aku bukan siapa padanya, tetapi bagiku dia istimewa.

Abang, tahukah abang setiap hari saya impikan agar saya menjadi seperti abang? menjadi seorang yang bisa membuat hati insan lain gembira, senyum dan ketawa.

Abang ingat lagi masa kita mula-mula kenal dulu? masa tu, abang menyamar jadi perempuan. abang mesej saya, cakap nak kenal. saya hampir-hampir percaya tau, tak tipu. abang cakap abang pelajar UM. abang memang pandai berlakon.

Abang, lepas ni saya tak tahu saya nak naik motor dengan siapa bila nak keluar makan kat Infra. walaupun motor abang gegar-gegar kat kepala dia, tapi abang sanggup tutup guna tangan tak nak bagi gegar. abang memang hebat.

Abang tahu tak, abang memang pakar cinta. saya syorkan abang buka agensi cari jodoh. kalau bukan dengan bantuan abang, permata yang dicari yang itu pun mesti susah saya nak perolehi. doakan kami sampai akhir hayat ye.

Abang, satu je pesanan saya. abang lepas ni kena selalu tido awal. jaga kesihatan tu sikit. doktor pun dah banyak kali nasihatkan. jangan tido lewat. saya tahu abang suke main facebook sampai larut malam.

jaga diri baik-baik lah ye. kami semua menghargai abang. lepas ni saya dah tak boleh tengok muka bang lagi dah. kopiah dan jubah jela nampaknya pengganti diri.

1 comments:

Shahreel Basfary Al-Fayyumy said...

kenangan bersamamu pasti tidak akan abg lupa..
kau byk mengajar abg erti kehidupan..
tima kaseh atas segalanya..
maaf ats segalanya..
andai ada masa ditakdirkan tuk kita..
pasti kita kan ketemu lagi..
jadilah yg terbaik antara yg terbaik!!
jaga diri..
jumpa lagi... ^.^