Minta Maaf

Assalamualaikum..

Banyak kesilapan yang berlaku semester ini..baik disengajakan mahu pun tidak..kesilapan yang merugikan..yup..kesilapan dalam perhubungan sesama manusia..

Mungkin semuanya disebabkan salah sendiri..salah faham sesama rakan akibat sesuatu yang aku sendiri  tak pasti sebabnya..sehinggakan aku digelar "ustaz yang hanya pandai berkata-kata di FB"..panjang kan gelaran tu?tambah lagi.."aku tak respek budak agama disebabkan ustaz yang macam ni." yup..sebab ustaz yang macam aku ni..kesalahan yang aku rasa tiada sebab untuk dibangkitkan dalam situasi yang terjadi ketika itu..paham ke?ok, aku jelaskan..

Alkisah..berlaku kecurian henpon di blok B..mangsa, junior sem 1..aku sebagai senior rasa bertanggungjawab memanggil kesemua pelajar untuk turun berhimpun..sambil kami melakukan sport check, ada juga aku menyoal mangsa.."kau nampak sesapa yg ko xkenal lalu bilik ko?senior ke?".."ada bang..ada mcm sorang senior ni(sambil menyebut karakter wajah suspek).."ish..xkanla dia..orang masjid kot" aku menafikan..dan selepas habis sport check, entah macam mana member aku sorang ni dapat cerita, aku yang tuduh dia curi..aiseh..keadaan menjadi keruh..

xcukup dengan tu, aku di remove dari fren dan diancam(ancaman?xrasa terancam pun) dengan komen2 di Fb..aku yang terkesima itu hanya mampu mendiamkan diri terduduk di katil bilik hafiz zakaria (itu pun setelah ditenteramkan member2..ikut hati memang nak gaduh dah)

Ok, stop..tak perlu beremosi semasa menulis..kisah seterusnya..

Hubungan dalam kelas..huhu..to all my beloved classmates..(kalau ada yang baca la) aku berdiri di sini dengan hati yang rendah, memohon maaf atas segala kelakuan yang tidak disenangi kalian..bukan niat menyombongkan diri, tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya aku yang kalian kenal ini merupakan seorang lelaki yang agak segan dengan kalian, terutamanya muslimat..pasal kes hari tu, percayalah..tak de pape yang aku simpan sebenarnya..aku tak marahkan sesiapa dalam kelas kita ni pun..

Dan kepada semua teman amnya..saya menyusun 10 jari memohon maaf terhadap segala kelakuan dan percakapan saya sepanjang perkenalan kita semua..apa yang terzahir tak semestinya apa yang ada dalam sanubari hati..saya masih memerlukan kalian dalam membentuk peribadi yang betul..doakan saya..

wassalam..

I'm Back

Assalamualaikum..fuh..ada sape2 nak tolong bersihkan blog aku? lama betul tak menulis kat sini..balik-balik bukak Fb je..sabar ye my blog..

Ok..nak cakap apa dulu? mak abah sihat..cuma macam biasa la..demam n sakit-sakit..tapi dah makin ok..mak kalau dah sakit bukan nak rehat..tetap nak alih pasu bunga, hias halaman rumah..jangan lasak2 sudah..i lap u cik jan..

SAHABAT..apa yang kita boleh maknakan dengan perkataan ini? masing-masing ada tafsiran yg tersendiri..sahabat yang baik perlu sentiasa bertanya khabar, mengambil berat perihal sahabatnya..aku bukan jenis begitu..sebab itu aku kehilangan insan yang bergelar sahabat..huhu..memang salah aku..aku akui..seperti melupakan orang yang banyak berjasa kepada ku..memberi pelbagai alasan untuk menghubunginya..sekarang, rasakan..saat dia pergi jauh, aku hanya memandang..tiada lagi aku di hatinya..yup..tiada lagi pembawa derita padanya..

JANGAN KACAU HIDUPKU LAGI..kalau itu permintaannya, perlukah aku turuti? mungkin..derita dan bahagia tidak boleh bersama..kita semua tahu itu..aku hanya mampu berdoa agar kau bahagia hingga ke akhir hayat..maafkan aku kerana melupakan dan membawa derita padamu..

Dah..bak kata akak rimau, kena hepi2 selalu..walaupun dia pun jarang aku nampak hepi..haha..jangan marah kak..kang sakit kepala..sian aku tengok akak aku sorang ni..sabar ye kak..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar..nasihat aku, g la klinik..sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian apa pon tak boley.. (~_~)

Pada kawan cik rimau, saya doakan famili anda sihat sentiasa..terutamanya mak..risau bila dapat tahu luka lama berdarah kembali..nanti bagitau apa-apa berita pasal beliau..anda pun perlu jaga diri..jangan lasak sangat dok silambam anak orang tu..yang penting senyum sentiasa sebab senyum boleh merawat luka dan 'luka'..sekian..

Akhir tahun..rilek sikit sebab JPP dah tak banyak kerja..fuhh..

White House..11:10..25 Oct 2011

Lebuhraya Ke Sana

Perjalanan mencari erti sebenar hidup kadangkala buat kita letih..perjalanan yang terlalu panjang sebenarnya..terlalu banyak persimpangan dan perhentian yang kadangkala membuat kita alpa erti sebenar perjalanan ini..

Perjalanan hidup mencari mati..pengakhirannya bukan jalan mati..tetapi kita diberi pilihan memilih dua persimpangan..di kanan jalannya berduri..Floranya berduri faunanya berbisa..namun di penghujung jalan itu sebuah destinasi bahagia yang abadi..destinasi menghilang bisa mencipta bahagia..

Di kiri pula jalannya singkat dan luas..tanahnya dihiasi permata..dindingnya dihias emas berkilauan..langitnya dihias cahaya bergemerlapan..namun semakin jauh ditempuhi, permata bertukar kaca..emas bertukar karat..cahaya menjadi malap..dan semakin malap..destinasi ditujui kelam dan suram..barulah kita sedar semua keindahan hanyalah mainan silap mata..tiada jalan berpatah kembali..

Bagaimana dan ke mana harus kita tujui? kadang kala keperitan itu membuatkan kita kecewa dengan hidup..apabila akal mula dikuasai nafsu, hati mula diselaputi bayang hitam dosa..

Hidup perlu diteruskan..hadapi hidup dengan penuh kesyukuran..usah terlalu mementingkan diri sendiri..perjalanan meniti hari perlu dilalui dengan penuh keriangan, bukan kedukaan seperti ramai yang kita lakukan..namun lebuhraya banyak perhentiannya..jangan berhenti terlalu lama menganggap malam itu masih muda..jangan kita menunggu senja kerana entah malapetaka apa yang akan menanti sepanjang perjalanan nanti..

salam sayang, salam muhasabah diri.

Assalamualaikum..

Eh?ni bukan ke..

Guess what? hoho..special entry for my special day..biarlah gambar menceritakan segala-galanya..










.16 MEI 2002.setelah hampir sedekad lamanya, kad ucapan aku masih disimpan.terharu rasanya dihargai begini.huhu.. (T_T)

Eden bangga menjadi cikgu!! 11.14am..bilik guru SKP8