HARI KETUJUH (Last Day)



biarkan gambar berbicara..

Gunung Ledang
















































HARI KEENAM

24 mac 2011

Tiada yang istimewa hari ini..rutin harian seperti biasa, bangun pada awal pagi, mandi, solat, sarapan dan ke sekolah..cuma hari ini kehadiran ke sekolah agak lewat dek kerana hujan lebat menyirami bumi di pagi hari nan dingin..ikutkan rasa, bantal empuk di bilik pasti jadi peneman di waktu ini..mujurlah keinginan itu tidak aku turuti..berbaju sejuk merah berlogo Manchester United milik pak cik Salehon, kami berdua menuju ke sekolah..

Hari ini tiada apa perlu aku lakukan..cuma duduk di bangku putih dalam bilik guru, menghadap laptop-berfacebook dan berblog..rutin harian guru pelatih seperti aku..bukanlah hendak bersuka ria semata-mata, tetapi juga mencari informasi serta berkongsi pengalaman menjadi guru 5 hari bersama taulan..pelbagai kerenah dan telatah dikongsi bersama..

Hari ini aku pulang awal..pada jam 11 pagi lagi motor EX5 merah itu sudah tiba di rumah..hari ini sekali lagi akan bergerak ke stadium Muar, menyaksikan kejohanan yang belum selesai..tapi aku ambil keputusan untuk menetap di rumah..ngantuk menyinggah bukan kepalang..

Petang itu Fairuz minta dibuatkan susu..wah..first time ni..bagus juga..dapat aku berlatih buat susu untuk anak..nanti senang isteri aku..tak payah nak bangun malam hari-hari buat susu anak..aku pun boleh buat..
Malam, ke masjid untuk menunaikan fardu Maghrib berjemaah..kelibat aku disedari Asyraf-anak murid 5 hari-yang belajar dalam tahun 3..senyum lebar nampak cikgunya..esok cikgu dah balik..belajar elok-elok ye..

Habis doa, pulang ke rumah..dalam gelap senja, aku berangan di atas motor..entah apa yang diangankan..motor terus dipandu sehinggalah aku tersedar yang aku terlajak..itu pun setelah terlihat satu papan tanda hijau bertulisan jawi berwarna putih tertera perkataan "Tanah Perkuburan Islam Felda Lenga"..adoi..memangla semua yang hidup akan pergi ke kubur..tapi tak kan seawal ini?naik motor sendiri pulak tu..orang lain naik van jenazah, aku naik EX5 merah..

Ok,bersambung untuk hari terakhir,Jumaat..

HARI KELIMA

23 Mac 2011

Pagi yang gelap..titis-titis hujan masih menitis di hujung dedaun segar menghijau..motorsikal EX5 dihidupkan enjinnya seperti dua hari yang lepas..sampai di sekolah, kami diserbu sekali lagi..pagi2 dah diceriakan..patutla cikgu-cikgu ni ramai yang awet muda..

aktiviti hari ni??ace teka..ok, tak seperti hari-hari yang dilalui oleh guru PBS yang lain,pagi ni kami akan ke stadium Muar..ada kejohanan olahraga peringkat daerah..tak dirancang pun sebenarnya..Pejal yang beriya2 nak ikut,sebab adik-adik dia masuk..aku pun apa lagi,on je..sape xnak g jalan kan?

baju kemeja coklat yang baru dipakai itu dibuka dengan pantas..t-shirt merah dan seluar putih jadi penutup aurat hari ini..menaiki kereta Pak Hamdan, kami menuju ke Muar Stadium..best la kat sana..kena dengan jiwa..rasa baru je aku di tempat mereka membawa nama sekolah ke persada daerah dan negeri..110m pagar,400m pagar,4x100m,triple jump..wah..rindunya!!kat maktab ni aku dah kurang masuk acara..sebab tak de satu pun acara yang aku suka ni dipertandingkan di maktab..frust pun ada awal-awal masuk sini dulu..huhu..

eh,jauh da melencong..ok, kami pulang ke rumah pada jam 6 dan sampai pada jam 7.30malam..ustazah, esok saya cuba perdengarkan tarannum tu ye..sori kalo xsedap..tu je yang saya mampu..

*hari ni ada sesuatu yang buat aku tersenyum lebar sepanjang hari.. moga apa yang dirancang menjadi kenyataan..insyaallah..

BERSAMBUNG LAGI..

HARI KEEMPAT

22 Mac 2011

hari kedua menjalani PBS..macam2 telatah aku jumpe..datang je sekolah, semua dok serbu kami berdua..wah..macam artis la.."cikgu,nak salam"..alala..so cute.."assalamualaikum cikgu".."selamat pagi cikgu"..huhu..mak,thanx sebab suruh amal masuk maktab..terasa dihargai kan?

bilik guru tempat yang dituju..baru letakkan beg, kereta guru besar meluncur masuk menuruni bukit SK LKTP Batu 27 Lenga..hari pertama PBS kami tidak berkesempatan berjumpa dengan beliau..alhamdulillah..sangat best woo..patotla cikgu2 nye pon baik..guru besar nye pon baik..

hari kedua, dapat lagi 2 kelas untuk diganti..kelas tahun 2 dan 6..apa aku nak buat ni?tiba2 terfikir idea..tanah liat yang dah digunakan eksperimen Piaget tadi dikeluarkan daripada beg..

"hari ni kita main tanah liat".."yahuuu!!!"..suke korang ye dapat main benda lah ni.."cikgu,wat kan tikus"..tikus??xde ke menatang yg senonoh sikit korang ni.."cikgu,wat ular".."wah,cantiknya cikgu buat..pandai rupanya cikgu ni"..memang pandai la..pandai bohong korang..yg tu belut paya mane tah,korang cakap ular..banyak lagi permintaan suruh aku buat macam-macam..tapi sedar tak sedar, masa berlalu sgt pantas..habis sudah sejam yang diganti.."cikgu,minggu depan cikgu bawak la tanah liat lagi"..kali ni lidah aku kelu..cikgu tak lama kat sini anak-anak..nanti cikgu bawak tanah liat g maktab jela..

"ustaz,ajarkan tarannum budak-budak ni..ade pertandingan bulan 4 ni"..wah..satu penghormatan besar ni..siap suruh berzanji lagi..nak kena refresh balik la dulu..dah lama tak berzanji ni..

walaupun ramai yang kata murid-murid Felda lemah dalam pelajaran,tapi mereka kaya dengan adab sopan..biar tak pandai belajar,asalkan jangan jadi kurang ajar..boleh murid-murid? ini bukan permintaan, tapi satu arahan!!garang pulak cikgu ni..nak jadi cikgu disiplin ape?

bersambung lagi la..