FELDA??euww!!

Apa itu FELDA? Mungkin ramai daripada kita telah sedia maklum mengenai perkataan ini tetapi sejauh manakah pengetahuan kita terhadap agensi ini? Hari ini, Pengembara Senja akan mengupas isu ini. Layan...




Sejarah Penubuhan

  • FELDA merupakan singkatan bagi Federal Land Development Authority.
  • Dalam bahasa ibundanya, dikenali dengan nama LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
  • Mula diasaskan pada 1 Julai 1956

Syarat-syarat untuk memasuki FELDA

  • Peserta dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.
  • Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.
  • Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (bersamaan dengan 40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit.
  • Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang (seperti Palong, Jelai dan lain-lain) yang telah dibina oleh FELDA.

Inilah sedikit maklumat mengenai FELDA. Sebagai seorang warga Felda, saya amat berbangga kerana agensi FELDA ini adalah satu-satunya di dunia.(Tapi kalau fikir balik, memangla 1 sebab negara lain tak kan nak guna nama FELDA jugak!!).

Apa lagi yang menarik mengenai FELDA? Anda biasa dengar kes penagihan dadah? mat rempit? kaki botol? kes anak luar nikah? ya, sesungguhnya fenomena ini sering kali dihadapi masyarakat FELDA. 

Masih saya ingat satu peristiwa ketika menunggu giliran untuk temuduga biasiswa JPA oleh panel penilai di Politeknik Port Dickson satu ketika dahulu. Berbual-bual dengan seorang mak cik dan seorang pak cik yang berasal dari bandar agaknya.

"Anak ni nak ambik kos apa?"
"Engineering mak cik"
"Bagusla, same dengan anak mak cik. Dari mane datang ni?"
"Saya asal n9 ni jugak makcik..dekat Palong"
"Palong tu FELDA kan?"
"Yup, betul tu"
"Felda ni teruk kan?"
"Kenapa mak cik cakap macam tu?"(hati dah panas sikit)
"Yela, dengan kes Mat rempit nya, dadah nya..takut mak cik..tak berani lah pergi sane"

Persoalannya. Kenapa kalau cakap Felda, semua yang negatif akan terbayang di mata fikiran kita? ya, memang benar masalah seperti ini acap kali timbul di kawasan Felda ini. Tetapi, kenapa perlu dihighlightkan yang buruk-buruk sahaja? Apakah tidak ada baiknya masyarakat Felda ini?

"Kamu duduk Felda ya?tanam getah?bagusla..kalau kamu yang duduk Felda ni xtoreh getah, mesti pak cik g kerje jalan kaki"
"nape pak cik?"
"ya lah, tanpa getah, macam mane kereta pak cik nak bergerak? lain la pak cik pakai keretapi"
"betul jugak ya"

Ada jugak orang yang hargai peneroka rupanya..bukan peneroka sahaja perlu dihargai tetapi golongan yang seangkatan dengannya termasuklah cleaner, buruh, pekerja kilang, dan banyak lagi. Sesungguhnya golongan-golongan seperti ini tidak meminta wang daripada kita melainkan sedikit penghargaan buat mereka, untuk menikmati rasa dihargai..

Sekian sahaja untuk kali ini. Penulisan yang agak formal nampaknya ya? Diharapkan segala informasi ini dapat membantu serta mengubah pandangan kita terhadap masyarakat di sekeliling kita. Wallahualam.

Anak Felda. 09:43.

Cuti-cuti 1 Poland

"Assalamualaikum, salam sejahtera, salam rahmat, salam nikmat dan salam 1 ukhwah..pada hari ini, saya akan membentangkan tajuk pidato saya di bawah kata kunci bla3...."

 Abaikan ngomelan di atas. Ngomelan di atas sebenarnya terlintas di fikiran apabila teringat kepada para peserta pidato sempena minggu bahasa melayu di IPIS tidak lama dahulu. Cukup berbakat mereka itu. Aku? aku bakat pergi kat benda alah lain..pidato seperti ini menjadi ketakutan bagi aku kerana tangan aku akan seperti menggigil bak pesakit parkinson dan mulut ku pula ibarat orang yang tinggal di Alaska sana dengan suhu melebihi takat beku..menggigil-gigil.

Baru pas makan mi bandung mak buat sebenarnye ni. sedap, memang sedap..ni lah sebabnya aku suke dok kat rumah ni. makan free, xde pakguard, g kedai xyah pkai helmet, wifi laju..lagi ape ye? ah, xkesahla..tapi yang makan tu paling penting. aku xcerewet pon pasal makan. hampir semua benda(yang halal) aku mampu telan. cuma aku akan berselera bila makan kat rumah. setakat ni baru naik 5 kg sejak cuti tu..uh..baru 5 kg??aku nak kne carik lagi 10 kg lagi..ade sesape yg sudi derma??aku nak part daging ye, bukan lemak!!

Cuti-cuti ni, kalau dok rumah saje xbest. xberkembang. oleh itu, kami sekeluarga telah menjalankan satu projek yang dikenali sebagai projek "kolam ikan hiasan"..baru hari ni start. t kalau dah siap kolam tu, aku upload gambau ye..

tp ade jugak benda yang xbest. mak sakit tangan la pulak. angkat batu bata tadi. haish..bau minyak angin warne hijau kat tangan aku ni pun xhilang lagi pas urut mak tadi. rehat2 la mak ye..t kolam da siap kite g shopping ikan Kap banyak2..mak nak banyak mane pon mak cakapla,amal xkesah..

"Wah mal, kau dah pandai bace buku-buku camni ye??"
ni reaksi mak bile nampak abang aku bace novel "Aku Terima Nikahnya" tadi..sebenarnya buku-buku ni milik Abang Shahril yang dipinjamkan kepada aku. katanya untuk rujukan dan penghayatan aku dalam megenal erti cinta dan CINTA..mula-mula ingatkan novel tangkap cintan punya..sekali dah bace, fuhh..best..ni first time aku berjaye habiskan satu buku..buku novel kat sekolah dulu pun aku bace sinopsis je..seb bek dapat jawab time pekse!!nak wat camne..aku xrajin sangat baca-baca buku ni..update blog rajin ler..

Tengah layan-layan blog ada satu hari ni, aku dapat berita yang agak mengejutkan aku. tapi nasib baik beliau dah sihat..Alhamdulillah..moga beliau semakin sihat hari demi hari..risau aku kalau dengar berita camni..lagi2 yang berkaitan orang yang kita sayang..walaupun beliau xde hubungan darah dengan aku, tapi bile dapat tau berite ni, terus datang simpati tu..berbaktilah pada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernyawa..sekadar peringatan untuk diri ini juge. pasal yang tu, jgn risau..saya terima..ape pun keadaanya, saya terima..insyaallah..nak dapat pun dah susah..xkan senang2 nak lepas..

Misi seterusnya bermula esok. menyiapakan tugasan terakhir menyiapkan kolam ikan. harap2 xhujan esok..tapi kalau hujan, rahmat la..sedapnye tido..huaarghh...

Layan PES jap.tata.

aku yang menghampiri umur 20..10:03

Sukan Asia dan aku

halo halo halo..Assalamulaikum dan salam 1 agama..sume sihat kah??bagus..kalau xsihat,mari kita sehatkan diri dengan bersukan..sukan? oh ye, sebut pasal sukan, sekarang ni memang panas isu ni. lagi panas daripada goreng pisang kat gerai depan maktab nuh..iye, xcaye..sape xtau memang xikut pekembangan la tuh..bukan isu Kagum IPIS la..ini pasal Sukan Asia yang kini sudah menghampiri pelabuhan tirainya..layan..


GUANGZHOU..
camne nak sebut name tempat ni?? guang-zo kah?? guano kah?? bukan2..guang-jao..

Banyak peristiwa pahit manis yang terjadi sepanjang penganjuran sukan asia kali ke 16 yang bertempat di Guangzhou ni..kat mane??China la..xkan kat Felda Palong 8 pulak..

Sasaran untuk temasya kali ini adalah sebanyak 9 pingat emas..yup..9..9 je??ok la tu 9..sikit sangat ke nampak??ko ingat ni kejohanan olahraga tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ke?? ni sukan asia la..bukan calang-calang punye tahap..

Dipendekkan cerita..
Malaysia memang dah dapat capai apa yang kita target-9 emas..cuma yang berbezanya adalah acara yang berjaya memperolehinya itu..malang bagi skuad badminton apabila beregu serta perseorangan lelaki kita tewas di final apabila bertemu dengan Indonesia(beregu) dan China(single)..hilang 2 pingat emas..huhu..tapi nasib baik dapat cover apabila R Puvaneswaran dan juga Ku Jin Keat memenangi emas masing-masing dalam acara karate..

rasanya korang dah tau kot mane satu R puvaneswaran, mane satu Ku Jin Kieat??



Sementara itu, atlit lumba basikal negara kita, Azizul Hasni Awang ( menepati ramalan apabila memenangi emas..tahniah!!



"Hensem kan aku??"

"adoi!!jangan la ikat ketat2!!"


9 emas..kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah kontijen Malaysia..tapi yang paling gembiranya sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan melainkan skuad hoki negara..kenape??sebab, sepanjang penglibatan malaysia dalam sukan asia ni, ni lah first time kite dapat p final hoki ni..menangis2 mase lawan india hari tu..aku yg tengok pon macam nak nagis..huu..sekali tengok time final, kalah 0-2 ngan pakistan..mungkin sebab korang botakkan kepala dengan fesyen yang ala-ala anak jin tu agaknye punce kalah..haha..apa2 pun, tahniah!! kalian mencipta sejarah!! makin semangat aku nak main hoki pas ni..


kamera tidak perlu menggunakan flash kerana pantulan cahaya yang amat kuat


"Sejarah Tercipta" yeah!!


Bila tengok balik pencapaian hoki ni, aku terfikir..kalaulah bola sepak pon setanding pencapaian skuad hoki ni..tapi entah bila la kan??

Di sini, saya nak sampaikan ucapan tahniah saya kepada semua atlet malaysia yang berjaya, mahupun yang tidak berjaya menyumbangkan pingat untuk negara kita ini.

"Kepada atlet yang mempunyai blog dan membaca entry saya ini, sila lah follow2 blog pengembara senja ni. Blog ni best. Saya yakin anda tidak akan turun training lagi selepas ini apabila melayan blog kerana amalan memblog ini sangat berhantu. mereka yang benar-benar kuat jati dirinya sahaja yang tidak akan terpesong dengan dakyah-dakyah blog ini. sekian."

*lagi satu,buat mak saya. 

"mak, terima kasih sebab bagi kitorang menguasai TV 24 jam sehari bagi menyaksikan sukan ni. walaupun kadang-kadang mak merajuk, amal yakin mood mak akan kembali ok bile dapat ABC kat depan sekolah menengah tu. kan mak kan? i lap u mak!!"

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah ..



Alo..alo..assalamualaikum..apa kabar sume?? setiap orang ade tarikh lahir (sape yg xde tu check balik korang ni spesis ape n planet mane korang berasal ye) termasuklah en. BEN kite sorang ni..bukak je blog die, tengok dia ade wat contest, suh orang bagi hadiah..ah..hadiah ape pulak nak bg die nih..elaun bulan 12 xmasuk lagi. nak ambik lesen lagi, makan minum lagi..fikir nye fikir, aku dah wat keputusan. aku nekad dan tekad. xkire dia suka atau tak, aku nak bagi jugak hadiah ni. dah ni je yang aku mampu..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

bukan pakej wat umrah, mahupun haji..aku nak g haji pon xmampu



Bukan juga kelas pengajian al-quran secara percuma



Apatah lagi wanita cantik untuk wat bini..






Tapi yang aku nak bagi adalah tiga-tiga gambar kat atas..Gambar Kaabah, Al-Quran dan Ibu..kenapa?? sebab, fakta mengatakan bahawa kalau kita tengok tiga2 gambar di atas sahaja, kita sudah dapat pahala..wow!! baru tengok dah dpt pahala, apatah lagi dapat g Mekah, baca Quran dan menyayangi ibu kan??

Kepada En. BEN, aku dapat bagi ni je..kalau elaun dah masuk nanti, ngan frame2 sekali aku bagi..nak lagi lawa, cari la kat google ye..xpun g beli kat bai jual frame sane tu..akhir kata, aku ucapkan Selamat Hari Lahir kat En. BEN..