pagi ini tidak sama iklimnya dengan pagi-pagi yang lain. kabus tebal menghiasi perkarangan rumah berwarna putih hujung blok itu. cukup mengasyikkan. segala masalah bagai tiada apabila jasad berada di sini. aku mendekati pepohon anggur yang sudah menampakkan gugus-gugus hijau buah menanti masa berubah ungu. ada 11 semuanya. aku harap bila aku pulang lain kali nanti, masih ada saki-baki buat diriku. aku tinggalkan pepohon subur yang melingkari tiang garaj kereta.
wah..sudah nampak bunganya..bila agaknya mahu berbuah ni?? kali ini aku ke kawasan yang dihiasi deretan pasu merah tertanam pokok strawberry..bunga berwarna putih kekuningan sudah cukup mengujakan aku. memang sejak kecil lagu aku mengimpikan suasana yang begini. rumah yang dikelilingi pepohonan hijau merimbun, dihiasi pula dengan jambangan bunga pelbagai warna..kali ini ditambah pula serinya dengan pohon buah yang jarang dapat aku rasa buahnya dulu..
kicauan burung, deruan air dari kolam buatan cukup merehatkan fikiran. suasana yang tidak dapat aku rasa bila berada di Bandar Baru Bangi. sungguh..tidak perlu belanja yang mahal untuk ke spa menenangkan fikiran. cukuplah wajah mak abah dan adik beradik pemberi ilham pencetus senyuman buat diri yang semakin gersang dengan senyuman manis sejak kebelakangan ini. bukan niat untuk menyombong diri mahu pun menidakkan kehadiran sesiapa dalam hidup ini, malah dengan kehadiran insan-insan seperti mereka inilah sebenarnya yang aku harapkan menjadi penghibur hati..tapi, berilah aku sedikit ruang untuk aku memuhasabah diri..menyendiri menghitung hari, berkira-kira hari berbaki..ampun dan maaf buat mereka yang terasa atas ketelanjuran lisan berbicara, keterlebihan perlakuan serta keterhasadan hati mengiri..
masih mengumpul kekuatan..insyaallah, kalau diri ini sudah dapat kekuatan yang diperlukan, misi yang satu aku tunaikan..ini bukan semata-mata soal perasaan..tetapi melibatkan perancangan masa depan..salah dan silap didahulukan andai diri ini ada melukakan..meski ramai aku temui, yang satu pasti ada di hati..
PolandDiRumah..11:23



