Happy Birthday Poland!! (BHG 1)

28hb Januari..apakah peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini? pengeboman Hiroshima dan Nagasaki??bukan2..tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi seorang insan yang benama Muhamad Akmal bin Jamaludin yakni penulis blog ini..2011..tahun ini menyaksikan penghidupan seorang hamba dan khalifah yang usianya kini mencapai 2 dekad..masih terlalu muda mungkin untuk menjadi pemimpin sebuah negara..tetapi untuk memimpin diri sendiri, di sinilah bermulanya..

Pelbagai kejutan yang aku dapat kali ni..yang paling besar??meh aku story....

ceritanya mula macam ni..aku baru balik dari Low Yat malam tu..dalam jam 10 rasanya..dapat mesej dari abang Fakhrul yang suruh aku datang mesyuarat JPP malam tu..dengan tak salin bajunya, aku pergi la ke sana..masuk je dalam bilik JPP tu,semua pandang aku dengan muka serius..even Hakim dan Arif sekalipun..apehal la diorang ni..marah kat aku ke apa..nak dijadikan cerita,sampai la perbincangan mengenai hal-hal berbangkit..


"Akmal tahu tak En. Jaflus marah dengan kolej kediaman? dengan wireless xdapat,kucing banyak..dah la Akmal datang lambat!"
"kerja dengan Akmal ni susah sikit..macam xnak bagi komitmen je.."

Antara kata-kata yang dilemparkan kat aku malam tu..ok,aku terima..dalam hati macam nak tarik diri jadi JPP je..yela..dah la baru masuk JPP..perlantikan pon x lagi,dah kena hentam..adeh..membisu aku sekejap..muka aku agak cuak diorang cakap..sape xcuak dah kena hentam!!then aku mula keluarkan hujah yang aku dah sediakan nak menangkis hujah diorang..tiba-tiba lampu terpadam..

"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Akmal Jamaludin..Allah selamatkan kamu.."

Huwaa..wakenabeb!!rupanya kejutan yang dirancang untuk mengenakan aku..ada agenda di balik kata rupanya..semuanya propaganda membuatkanku terkesima dan terharu seketika..huhu..thanx buat semua Ahli Pimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang sudi membuatkan jantung aku berdebar..kek tu memang sedap..

Ok..sampai di sini dulu..kita sambung bahagian dua pulak nanti..

Aku menangis..

Serius aku terharu bila baca kisah ni..benar-benar terjadi..ya Allah..betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya..









Perempuan ni sanggup berkorban demi anaknya..macam ni pun ada yang tergamak buang baby dorang kan..kejam2..

WHoA!!

Lepas sorang,sorang lagi masuk umur 20..pasni aku pulak..gile kau..2 dekad dah rupanya hidup kat muka bumi ni..pada akak rimau n miss ketum, hepi bday patik ucapkan sekali lg..akak rimau nak tempe sambal ea??t patik hadiahkan ye..siap dalam kotak lg..

Tertarik dengan kata-kata seorang sahabat

 "umo xjd ukuran..amal yg ptot ditambah..bile umo mningkat..ajal juga semakin dekat" 

Ya Allah..betul cakap dia..semakin meningkatnya usia,semakin beratlah tanggungan..semakin meningkatnya usia,semakin banyaklah dosa terkumpul..

takpe2..xsalah sambut besday kan?tapi ada tu,sampai melampau2..ingat lagi time sekolah dulu..dengan air longkang,susu basi,air akuarium yg penuh keladak,telur..fuhh..cukup membuatkan isi perut menggelegak..

oh ya..ada kat rumah ni..baru balik petang tadi..sekarang nak balik poland dah senang coz my only brother dapat keje kat putrajaya..itu bermakna aku boleh balik tiap2 minggu..berserta tanpa bayaran tambang..jeles x??jangan jeles2 ye..xelok untuk baby..uh..xde kaitan

ape lagi nak cakap??xtau la..sebab dah lame xupdate blog ni sejak cuti tu..tu yang hilang idea tu..oh ye..elaun!!elaun oh elaun..tolonglah muncul..aku nak beli songkok baru..songkok aku dah kene kebas..songkok pon ade jugak orang nak rembat..xpe2..kalau dgn songkok tu ko g masjid,aku lagi suke..dapat gak saham..

lagi??hmm..kasut!!kasut kuliah aku da kopak da tumit dye..bukan kasut tumit la..ko ingat aku sutun ke..tumit kasut..dah setahun pakai kasut tu..padanla kopak pon..mula2 sikit je kopaknye..aku g tambah lagi kekopakkannya dengan men timbang bola kat luar bilik tu..sapela yang letak bola futsal kat luar bilik aku ni..aku memang pantang nampak bola ni..balik2 kuliah je nampak bola..haish..sape tahan..

elaun kali ni aku nekad nak beli menatang yang boleh taip2 tu..ape orang putih kate??laptop??haa..yg tu la tu..susah woo xde laptop..tapi bagus jugak xde laptop wat masa ni..komunikasi antara kawan2 terjaga..kalau asyik ngadap laptop je xkuar bilik,apa yang jadi kat kawan kita pon kita xtau kan??ye,aku tau kita ade fb and blog..tapi semua tu xboleh menggantikan hubungan 2 hala secara bertentangan mata..kan??

ok..sampai sini jela ea..ngantuk la..esok nak balik maktab dah..sehari je kat rumah..xpe..yang penting bukan kuantiti bersama keluarga, tapi kualiti..ada yang dok lama dengan famili tapi hubungan x akrab..xbagus macam tu..nitez all..

p/s: bila la cmz nak buang tongkat die..??

rumah 1:36

Fuhh..bersawang sudah

Selepas sekian lama menyepi, aku dating kembali..fuh2..penat buang sawang dalam blog ni..bukan sengaja xnak update blog..Cuma xberkesempatan je..

14 hari sudah berlalu dalam bulan Januari ini..sepanjang 14 hari ini jugalah macam-macam perkara terjadi pada diriku..

Hari pertama aku sampai maktab selepas lama bercuti adalah Ahad..perkara pertama yang aku fikirkan untuk esok adalah “nak makan apa”..almaklumlah, elaun dapat lambat kan..jadi aku dan rumateku sudah siap dari awal-awal lagi..dapur letrik,periuk nasi,pembakar roti dan pelbagai perkakas eletrik lain sudah kami bawa bersama..masak apa?well..telur mata kerbau 3 rasa..hangit, masin, pahit..tu pun dah syukur sangat-sangat..anai-anai tu makan kayu je hari2..kita beruntung dapat nasi tau..

Hari pertama bergelar pelajar program ijazah sarjana muda(PISMP)..whoa..bangun dengan semangat..aku adalah antara yang terawal bangun Isnin tu..yup..terawal dalam bilik tu la..kalau kat blok tu antara yang nak kene tahan ngan CMZ la tu..apa salah aku pulak?aku xlambat k..budak2 ni je yang awal..xpe2..tahun ni kene datang awal skit..seminit dua pon ok la..

Minggu pertama ni aku rasa minggu yang special skit atas beberapa sebab..orang kata, kalau kita nak jadi gembira,kene gembirakan orang lain..untuk membuat orang lain gembira,kita perlu memberi ‘sesuatu’ kepada orang tu..harap2 gembira la ye..

Minggu kedua..ah..minggu ni lagi macam2..tapi yang paling menjadi perhatian students adalah Pilihanraya Kampus..nak pilih JPP..ntah macam mane last2 minute boleh terfikir nak masuk..xpe2..semangat Poland,semangat..

Selasa merupakan hari untuk bermanifestasi bagi calon2 JPP yang bertanding..fuh..selamat xde Venusians kat dewan Idris Marbawi tu..malu kot..then tibalah giliran aku berucap.. ”kerana dirimu begitu berharga”..manifesto yang aku bawa..ah,aku pon xtau maksud dia apa..

Sebenarnya jawatan ini bukanlah sesuatu medan mencari publisiti mahupun populariti..tetapi adalah amanah yang sangat berat untuk disandang oleh seseorang..tetapi selagi kita bergelar manusia, selagi itulah kita akan bergelar pemimpin kerana tujuan asal kita dijadikan adalah untuk itu..biar sebesar manapun amanah itu,kita perlu menanggungnya..

Dengan sokongan rakan-rakan,sahabat,dan teman yang ada, aku jadi semangat..tapi keputusannya,kita akan tahu kelak..menang kalah itu rezeki..masing-masing ada sebab tersendiri..

Haish..macam mane boleh citer politik pulak ni..ok..sekarang ni aku ngah study mengenai manusia..yup..bukan bedah orang la..tapi mengetahui cara kita berfikir..”Men are from Mars, Women are from Venus” 1st time aku bace buku English yang tebal camni..sebelum ni novel bukit kepong yang sekolah bagi tu pon aku bace synopsis dye je..nasib baik lulus pekse..

Ok,undur diri dulu..online kat library ni..orang lain sibuk dok pinjam buku, aku sibuk dok naip blog..doakan elaun ni aku dapat beli laptop..amin…

 salam sayang 15:07