Harimau, Garuda dan Kehidupan

Harimau tiba-tiba menjadi seperti haiwan peliharaan sejak akhir-akhir ini..suatu fenomena pelik yang berlaku di Malaysia. Belum sudah memikirkan hal yang satu ini, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan perihal kenaikan harga Garuda dek kerana permintaan pasaran yang tinggi..Setelah disiasat, ternyata ada hubungkait antara dua situasi yang julung kali berlaku di negara ini. Permintaan yang tinggi terhadap Garuda adalah disebabkan rata-rata penduduk di Malaysia sudah mula memanjai Harimau daripada spesis "Harimau Malaya" -sejenis haiwan karnivor- yang hanya makan daging Garuda yang segar sahaja.

   Fuh..dah menang bolehla eksyen sikit kan..hehe..tahniah buat Harimau Muda atas kejayaan menumpaskan pasukan Garuda Muda pada aksi 120 minit yang begitu mendebarkan..penentuan pemenang melalui sepakan penalti cukup membuatkan aku gelisah tidak senang duduk sehingga memaksa aku tawaf satu rumah sambil menekup muka dengan tangan yang penuh dosa seorang hamba kepada pencipta yang Maha Esa ini..saja nak panjangkan ayat..entry blog ni selalu pendek-pendek je kan..hambik ko..kemenangan yang cukup bermakna ini menutup mulut para penyokong Indonesia yang begitu fanatik terhadap pasukan Garu Dadaku Garuda Didadaku kesayangan mereka itu..tahniah dan syabas buat Malaysia.

   Tutup cerita mengenai pasukan bola sepak negara yang akan menentang Syria pada aksi kumpulan kelayakan olimpik 2012 pada esok hari..kita beralih kepada isu yang lebih serius. Isu yang memerlukan penghayatan jiwa yang mendalam daripada spesis mamalia omnivor yang berakal yang bernama manusia. Isu hati dan jiwa. Kasih dan cinta. sedih dan gembira..kisah seorang aku yang mencari erti sebuah perjalanan hidup di alam ini..terlalu subjektif bagi setiap individu jika ditanya soal yang satu ini.

"Bagi aku hidup ni, jangan kacau orang tu dah kira ok la."
"Hidup ni macam layang-layang.ke kiri kanan dibuai angin. tapi kalau kita tetap pada tali yang satu, kita masih lagi selamat. cuma jangan terlalu nak naik tinggi, sampai putus tali. duk kat tengah-tengah pun ok ape?"
"hidup? hidup ni macam isap rokok Dunhill..yup..Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang-Layang"   

   Begitu banyak tafsiran dan hujah yang dikeluarkan mengenai hidup ini. Setiap individu ada pegangan masing-masing. dan aku adalah salah seorang daripada kita yang mencari erti kehidupan. teringat kata-kata guru sewaktu aku tingkatan 1, "hidup ini mencari mati. lepas mati, tugas kita kat dunia ni dah selesai. kamu mungkin xfaham sekarang. tapi ingat balik kata-kata saya ni bila kamu semua dah bekerja nanti." Baik cikgu. dah kerja nanti saya bukak balik entry ni..

   Apa erti hidup pada diri kita? kita sendiri dapat menjawabnya. Cuma moga-moga pengertian hidup kita itu menjurus ke arah pencarian Pencipta kita semua. Hidup perlu dinikmati dengan senyuman. Kehidupan yang penuh ranjau dan onak berduri (ayat popular novel) bakal menguji kekuatan kita semua. Rasulullah S.A.W (selawat2) diuji dengan pelbagai rintangan. Namun, senyuman tidak pernah lekang daripada wajah baginda. Teringat kisah yang diceritakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Surau An-Nur pada minggu lepas.

    Nabi Muhammad pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan menetapkan tarikh untuk membayar semual hutangnya. Namun, Yahudi berkenaan sengaja ingin mengenakan baginda dan memalukan baginda di depan para sahabat. Ketika baginda bersama sahabat, Yahudi berkenaan hadir dan berteriak "Ya Muhammad, mana hutang yang kau janji nak bayar itu?" (apa perasaan kita kalau dalam kelas, ada member yang mintak hutang, pastu cakap kuat2?camnila situasinya lebih kurang) lalu baginda meminta Saidina Umar membawa Yahudi terbabit untuk dibayar hutangnya. bahkan baginda memberikan hadiah kepada Yahudi terbabit. Yahudi itu terus berkata kepada Umar "hai Umar, bawa aku jumpa Muhammad. Aku nak peluk Islam."

   Persoalannya..mengapa Rasulullah meminjam wang daripada seorang Yahudi sedangkan para sahabat baginda terdiri daripada bangsawan yang kaya raya? Mengapa baginda tidak marah Yahudi yang datang meminta hutang sebelum tarikhnya, malah memberikan extra gift kepadanya? Itulah yang dinamakan strategi. Baginda sengaja berhutang dengan Yahudi terbabit kerana baginda mempunyai kaedah dakwah yang sangat halus- qudwah hasanah atau contoh teladan..yup..apabila Rasulullah marah, kemaafan baginda mendahului kemarahan baginda..subhanallah..kita?baru kena rantai motor sikit dah memaki-maki Encik yang sudah bersara serta petugas baju putih menaiki EX5 yang mempunyai cctv di pejabat kecilnya itu..mengapa tidak terdetik dalam hati "oh,patutla..sini kan tak boleh parking. memang salah aku la.padan muka kena rantai."

   Inilah kehidupan. Ada suka, ada dukanya..terik matahari membahang dicipta agar kita mensyukuri nikmat keredupan..semua yang tidak disukai kita tidak dicipta tanpa sebab yang tidak munasabah..tanpa pahit, wujudkah perkataan "manis"?tanpa susah. senang pasti tidak akan wujud..oleh itu, hargailah masalah yang ada. hadapi dengan penuh senyuman kerana senyuman boleh merawat hati kita. Walau apa pun yang terjadi, kuatkan semangat, tabahkan hati, jangan mengeluh sebaliknya bermohonlah petolongan daripada Allah..Wassalam.

Ok,dah pukul 12 malam. main Dota jap, pastu tido. ingat, kuatkan semangat ye! =)

0 comments: