Minta Maaf

Assalamualaikum..

Banyak kesilapan yang berlaku semester ini..baik disengajakan mahu pun tidak..kesilapan yang merugikan..yup..kesilapan dalam perhubungan sesama manusia..

Mungkin semuanya disebabkan salah sendiri..salah faham sesama rakan akibat sesuatu yang aku sendiri  tak pasti sebabnya..sehinggakan aku digelar "ustaz yang hanya pandai berkata-kata di FB"..panjang kan gelaran tu?tambah lagi.."aku tak respek budak agama disebabkan ustaz yang macam ni." yup..sebab ustaz yang macam aku ni..kesalahan yang aku rasa tiada sebab untuk dibangkitkan dalam situasi yang terjadi ketika itu..paham ke?ok, aku jelaskan..

Alkisah..berlaku kecurian henpon di blok B..mangsa, junior sem 1..aku sebagai senior rasa bertanggungjawab memanggil kesemua pelajar untuk turun berhimpun..sambil kami melakukan sport check, ada juga aku menyoal mangsa.."kau nampak sesapa yg ko xkenal lalu bilik ko?senior ke?".."ada bang..ada mcm sorang senior ni(sambil menyebut karakter wajah suspek).."ish..xkanla dia..orang masjid kot" aku menafikan..dan selepas habis sport check, entah macam mana member aku sorang ni dapat cerita, aku yang tuduh dia curi..aiseh..keadaan menjadi keruh..

xcukup dengan tu, aku di remove dari fren dan diancam(ancaman?xrasa terancam pun) dengan komen2 di Fb..aku yang terkesima itu hanya mampu mendiamkan diri terduduk di katil bilik hafiz zakaria (itu pun setelah ditenteramkan member2..ikut hati memang nak gaduh dah)

Ok, stop..tak perlu beremosi semasa menulis..kisah seterusnya..

Hubungan dalam kelas..huhu..to all my beloved classmates..(kalau ada yang baca la) aku berdiri di sini dengan hati yang rendah, memohon maaf atas segala kelakuan yang tidak disenangi kalian..bukan niat menyombongkan diri, tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya aku yang kalian kenal ini merupakan seorang lelaki yang agak segan dengan kalian, terutamanya muslimat..pasal kes hari tu, percayalah..tak de pape yang aku simpan sebenarnya..aku tak marahkan sesiapa dalam kelas kita ni pun..

Dan kepada semua teman amnya..saya menyusun 10 jari memohon maaf terhadap segala kelakuan dan percakapan saya sepanjang perkenalan kita semua..apa yang terzahir tak semestinya apa yang ada dalam sanubari hati..saya masih memerlukan kalian dalam membentuk peribadi yang betul..doakan saya..

wassalam..

4 comments:

fatihah azemi said...

be strong weyh..ade 3 tahun lagi kat sane..biasalah kan konflik2 nih..itulah yang mematangkan kite sebenarnya..walaupon aku just bace ekstrak crita kau, and bukan full version punye story, tapi aku tau kau kuat kan, pak ustaz..hehe..

go akmal go!

p/s:ade gaye kaunselor dok aku? ;p

Cahaya Senja said...

hehe..tq teacher..tahun pertama posting aku rasa aku dah tau ko dapat jawatan apa kat sekolah nnti..hehe

fatihah azemi said...

haha..macam laju benor je..tahun pertama tuhhh.. :)

Cahaya Senja said...

hehe..bakat dikesan sejak praktikum..