Imam Muda Poland

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali..Assalamualaikum..rindu sama ini blog ma..aish..ni mesti kes pengaruh tengok KL Gangster tadi ni..best citer tu..eh,eh..apa sampai ke KL Gangster pulak aku cerita ni?

Ok,aku cuma mahu berkongsi sama kamu semua akan keterlibatan aku dalam suatu program yang diberikan nama Program Kursus Imam Muda..yang ni bukan yang Astro Oasis tu punya ye..kursus dijalankan selama 5 hari..mari kita layan..

Hari Pertama


Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi..menaiki Naza Citra milik Ismail, kami berlima menuju ke Masjid Al-Muttaqin yang terletaknya 15 minit perjalanan dari Palong 8..setibanya di sana, kami mendaftarkan diri..peserta yang ada tidak ramai. cuma 38 orang..

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, dengan dibimbing seorang naqib..kumpulan kami dibimbing oleh Imam 1 Masjid Daerah Kuala Pilah..banyak ilmu yang aku dapat sepanjang dibimbing beliau..kami diuji bacaan Al-Fatihah..Alhamdulillah..dengan sedikit bekalan yang ditapau di IPIS, dapatlah aku menggunakannya pada waktu ini..

Aku dipilih menjadi imam Zuhur..walaupun aku pernah menjadi imam, namun untuk mengimami jemaah yang hebat seperti mereka, pastinya ada sedikit gentar di hati..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar Zuhur itu..Aktiviti sepanjang hari ini lebih berteraskan ta'aruf sesama ahli kumpulan..sepanjang lima hari ini juga kami tidur di masjid tersebut..pengalaman pertama bagi aku.

Hari Kedua


Hari kedua aktivitinya berkisarkan khutbah..teori dan amali dilaksanakan..berkhutbah bukannya senang..gaya bahasa, penguasaan bahasa arab dan tone suara perlu tepat bagi menarik perhatian jemaah dan mengelakkan mereka tersengguk dan terangguk-angguk tanda ngantuk..

ramai yang berbakat besar di sini..ada yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Institut Perguruan, Maahad Ahmadi dan juga Institut Tahfiz Al-Quran..memang banyak ilmu ditimba di sini..

Hari Ketiga


Hari ketiga ini adalah hari yang menyeronokkan..kami menjalankan teori dan amali penyembelihan..kambing dan ayam menjadi mangsa kami..macam-macam ragam dapat aku saksikan hari ini..ada yang ketakutan apabila melihat kambing mengerang di saat nyawa tiba di hujung tanduk apabila disembelih..yang paling melucukan pastinya gelagat ayam yang disembelih..ada yang mati sebelum sempat disembelih..(ketakutan agaknya?) ada juga yang memusingkan leher sehingga menyukarkan kami mencari urat mari' dan halkum dan apabila disembelih, ayam tersebut berkokok-kokok..semua di situ ketawa termasuk imam-imam besar masjid Negeri Sembilan..

Aku juga ditugaskan untuk memberi kuliah subuh pada hari tersebut..agak kaku rasanya di depan jemaah masjid tersebut..kuliah selama 20 minit itu dirujuk menggunakan kitab Penenang Jiwa karya Imam Al-Ghazali..

Hari Keempat

Hari ini kami akan menjalani satu teori dan amali pengurusan jenazah..pada hari yang sama juga, kami dimaklumkan ada kematian berlaku sekitar qariah tersebut..kami mengambil keputusan untuk menguruskan jenazah tersebut..pengalaman pertama juga..dari memandikan,kafan hinggalah mengkebumikan, semua diuruskan peserta program..dan aku ditugaskan membaca talqin di perkuburan..insaf sungguh..

Pada malam hari pula, aku ditugaskan untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil..yang ini betul-betul menguji hati,jantung dan limpa aku..selalunya bila ada tahlil, akulah orang pertama yang melarikan diri..namun kali ini, aku akan mengetuainya..huhu..Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar..azan Isya' juga diberikan tugasnya kepada aku..penduduk di kampung itu bersalaman denganku sebaik selesai bacaan yassin..aku terharu..sungguh..semakin berkobar semangat aku untuk menjadi ustaz..hoho

Hari Kelima

Hari penghabisan..majlis penutup dihadiri oleh YB kawasan Palong..ketika ini kami berserban dan berjubah..terasa bagai mengaji di pondok pula..huhu..Alhamdulillah, entah apa faktor yang menyebabkan aku mendapat anugerah peserta kedua terbaik program tersebut pun aku tidak tahu..mungkin itu yang dinamakan rezeki..aku ditugaskan mengimamkan solat Jumaat..tidak ada rezaki kali ini..aku perlu pulang ke rumah dengan kadar segera..jika ada rezeki di lain hari, aku akan berkhutbah mungkin?Insyaallah..

**********************************************************************************

Ok, dah selesai dah diari Imam Muda aku sepanjang 5 hari ini..memang sangat menyeronokkan..aku harap aku dapat sertai program macam ni lain kali..persediaan ilmu sangat penting..sebab tu nabi pernah sabda, "berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun" see?ilmu lagi penting daripada segalanya..sebab tu kalau kita ni x cukup ilmu, jangan pandai-pandai nak sampaikan sebab boleh jadi apa yang kita sampaikan tu cuma taqlid dan bid'ah semata-mata..

Janganlah kita jadi golongan yang sering mengajak kepada perkara yang sunat tetapi masih melakukan perkara haram..contoh? baik..kalau ada sekelompok manusia yang tidak solat berjemaah di masjid, pasti akan dimarah, ditegur dan dinasihat  dengan cara yang agak kasar dan menyakitkan hati, meskipun solat jemaah itu adalah sunat muakkad..tetapi yang menyedihkan, orang yang menegur tersebut masih mengamalkan tabiat merokok yang telah pun difatwa sebagai haram oleh majoriti mufti di seluruh dunia..fikir-fikirkan..bukan nak salahkan sesiapa, cuma mahu berkongsi..wallahualam..

Bising je Nufail ngan Naurah ni..hehe 19:20

18 comments:

fatihah azemi said...

tersenyum aku baca entry kau akmal :)

Cahaya Senja said...

senyum 1001 makna tu.. :)

fatihah azemi said...

haha..cewah..cam tau jek senyum aku ade 1001 makna..mcam banyak sgt tuh ha.. :)

Cahaya Senja said...

hehe..ko kan suke tersenyum..weh,takziah kelantan kalah..hehe :p

fatihah azemi said...

haha..senyum kan sedekah :)

haha.takziah siap..xpe..xdop rezei smalam..len kali ade lagi

Cahaya Senja said...

hehe..xde rezeki kan..selamat pulang kembali ke maktab lah ye..

fatihah azemi said...

baik ustaz..anda jugak..esok lusa da boleh check result, butterfly in my stomach da nih..haha

Cahaya Senja said...

ko check katne ek??

fatihah azemi said...

aku check kat mktab ak nye website..esok kami da boleh check rsult dah..hoooooo T^T

Cahaya Senja said...

wah..gile best!!

fatihah azemi said...

ape yg best nye..dmm aku nak tggu result T^T doakan aku weyh..wuuu..

Cahaya Senja said...

amcm result??da tau?

fatihah azemi said...

dahhhh T^T

walaupon ku menangis kerana frust result tidak cantik sangat tetapi ku bersyukur sbb lulus.. :)

::first time seyh main komen2 panjang cam gini kat blog..hahak

Cahaya Senja said...

haha..tau xpe..alhamdulillah..lulus kire da best sgt la tu

fatihah azemi said...

ko pon gudluck ooo..jadi JPP yg berjaya kat sne tau..hoho..

Cahaya Senja said...

hehe..insyaallah..doakan aku ye..!!

fatihah azemi said...

ye..akmal boleh :)

Unknown said...

eh cop..
biler ada program ni weh..
tak tahu pun..
bARU AKu nak join..huuhhuh :)