Rindu dia..

Rindu...serius aku rindu mak abah aku kat rumah..aku rindu suasana rumah yang kelilingnya rumput hijau..exam,cepatla habis..aku nak cuti puas2 kat rumah..hehe

Alhamdulillah..satu paper da selamat dijawab dengan penuh bergaya..biarlah jawapannya entah apa2, asalkan aku bangga tengok kesemua 5 helai kertas digunakan untuk esei..mesti mak abah aku bangga dapat anak yang tulis esei panjang camtu..sebut pasal mak abah, memang terbayang-bayang je wajah mereka..rasa baru je semalam aku membesar dalam dakapan mak dan abah..sekarang aku dah besar panjang..

tengok balik gambar time kecik, macam caya x caya je yang gambar tu gambar aku..macam mane baby yang montel tembam lagi gebu tu boleh bertukar jadi dewasa yang comot kurus macam sekarang ni..ni mesti kes banyak main kejar2 kat tengah panas time kecik2 ni..tapi takpe..aku bangga dengan aku sekarang ni..

ehem...aku kini bergelar paman kepada seorang lagi makhluk Allah yang paling seksi iaitu Nazhan Zhariff..lahir pada 16 Mei 2011 bersempena hari guru..pastinya hadiah hari guru paling bermakna buat Kak Rina..kak,tahniah ye..nama budak kecik ni dengar katanya si abangnya yang nak sangat bagi..Abang Nufail,jangan buli adik ye..sayang adik betul2 tau..Naurah pun sama la..kalau korang degil, paman suruh Iqbal gusti korang berdua..setakat korang berdua, Iqbal hayun sebelah tangan je dah tumbang..hehe

rindu pulak kat anak-anak buah bila teringat kat diorang ni..masing-masing dengan perangai masing-masing...tapi yang paling mencuit hati dah tentu si Iqbal..like mother like son..susah nak jaga..huhu..sekarang dah ada anak buah..entah bila pulak ada anak sendiri? bila ada anak nanti, aku nak didik betul2..aku akan pastikan anak lelaki aku minat Man Utd..pasukan lain?jangan harap..hoho..kalau anak perempuan pulak,start dia pandai berjalan aku akan pakaikan dia tudung..biasakan dari kecik lagi.suka bila tengok budak kecik pakai tudung..suci je nampak..pastu aku nak pastikan dia pandai memasak..mak dia punya peranan la ni..tapi kalau mak dia tak pandai masak pun takpe..kedai mamak depan rumah tu pon ade..nanti kita satu famili makan situ sambil tengok bola..tak kesah kan??

sampai sini dulu la..ngantuk sudah..dapatla update skit blog ni..minggu study ni bz skit..malam2 jela ada masa nak update..malam??pagi dah ni..ok,nite..assalamualaikum

harap insan yang kita sayang dalam keadaan sihat..02:55

2 comments:

diba said...

sabar..xlama dh nak blik..bittaufiq wanajah

Cahaya Senja said...

hehe..yup..gudluck exam kak..