Cinta itu...

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

segala puji bagi-Nya, yang telah menemukan Adam dan Hawa..tanpa pertemuan itu, kita tidak mengenal ertinya cinta..

Cinta..boleh didefinasikan dengan pelbagai makna..cinta pada Allah, pada ibu, pada bapa, pada keluarga, pada isteri, pada anak-anak, sahabat juga pada benda..tanpa cinta, hidup kita tidak bermakna kerana cinta itu penghubung jiwa, penyambung dua rasa berbeza..

Cinta itu boleh membawa manusia kepada kebaikan juga pada kebinasaan..bergantung pada siapa pembawanya dan bagaimana cinta itu dibawa..kapal itu bukanlah bergantung pada tiupan angin untuk ditentu arah tujunya, tetapi bergantung pada bagaimana seseorang itu mengemudi layarnya melawan angin, meski lintangnya hampir mematah pasak nan satu..seseorang yang menjadikan syariat sebagai keutamaannya, pasti tidak mudah dibawa angin ke mana sahaja sesuka hati..kerana boleh jadi, angin itu membawa kita ke pulau penantian tidak berkesudahan..unggasnya tiada, pohonnya layu menanti tumbang..

Cinta pada manusia..sekarang musimnya sudah tiba..aku seperti menjadi seorang tabib cinta tidak bertauliah..sakitnya sukar diubati kerana soal hati sukar dijangka apa mahunya..ubat-ubatan berbeza setiap seorang, bergantung pada sejauh mana 'kroniknya' cinta itu..cuma satu nasihat yang dapat aku berikan, usah terlalu mengharap..yup..kita merancang, Allah juga merancang..sebaik-baik perancangan adalah milik Allah..jika sekali dirimu kecewa, jangan dibiarkan hati menjadi lara kerana Allah pasti menginginkan sesuatu yang lebih baik bagi kamu..

CINTA yang lebih utama pastinya cinta pada yang Maha Mencintai..kerana Dia yang menciptakan cinta itu..Dia lebih arif perihal makhluknya..usaha penaiktarafan diri sedang berjalan..aku tidak boleh mengandaikan pembinaan ini selesai apabila mencapai objektif tertentu kerana selagi manusia itu bergelar manusia, ilmu perlu dicari semaksima mungkin..bukan sahaja untuk kefahaman diri, tetapi juga untuk diamalkan..

sampai di sini dahulu..ada training petanque petang ini untuk kejohanan di Negeri Sembilan 14hb ni..tata..

Assalamualaikum..Bilik Besar Blok B..17:51

4 comments:

nicksuhailee said...

alhamdulilah..:)

diba said...

dgr lagu menanti cinta;)

Cahaya Senja said...

nick..alhamdulillah.. :)

Cahaya Senja said...

kak diba..wah..lagu ape tu??ehem2..