Aku mahu pulang..(selamat tinggal)

Assalamualaikum..selamat pagi semua..harap semua dalam keadaan sihat wa al-afiat..sudah lama tidak menjengah dalam ruangan ini..berhabuk sudah..fuh3..biasalah,minggu lepas kan exam..memang tak ada masa untuk berblogging ni..

Insyaallah, hari ini akan pulang ke rumah setelah beberapa hari ditinggalkan kawan-kawan yang lain di asrama nan indah ini..(mata ke atas,tangan ke bahu)..punca pulang lewat? ada dua sebab..pertama, terlibat sebagai perserta seminar belia di Putrajaya..dan kedua, terlibat sebagai ahli Perkomperi yang membuat persembahan di rumah seorang pensyarah sempena majlis perkahwinan anak beliau..

Perkomperi berjalan seperti biasa..Hari Belia?ok,rancangannya bertolak pada jam 7 pagi..pagi itu aku tidur lewat..jam 5 lebih rasanya..almaklumlah..bila dah tidur lewat, faham2 saja..14 Missed call..3 Messages..semua tu aku nampak di skrin telefon bimbit..pada jam 9 pagi..aduh..tapi program tu Salam pun tak pergi jugak sebab pihak sana tukar tempat tak bagitau kami..(bagus, time ni aku sambung tidur)

Banyak perkara terjadi sepanjang ketidakupdatean blog ku ini..ada yang suka, ada juga nan duka..tapi yang pastinya ada berita yang menggoyahkan hati, jantung serta limpa pada beberapa hari yang lepas..syukur, semuanya selamat..aku pun pernah alami perkara sedemikian..trauma?yup..sampai sekarang kalau teringat, memang menggelengkan kepala..ish3..

Perancangan waktu cuti..hmm..setakat ini tidak ada apa2 yang istimewa..cuma tak sabar nak pulang menatap wajah famili..mak,abah,abang alip,kak rina,kak ti,adik mimi dan paling special, anak2 buah aku..Nufail, Naurah, Nazhan(the latest one) dan budak paling nakal, Iqbal..tadi tengok gambar dia kat FB..dah tumbuh gigi susu belah depan..haha..cute betul..kerja menggigit mamanya..mentang-mentang mama ko tu banyak daging..(kak ti, ko tak baca blog Amal kan??)

Mungkin cuti ini aku akan melibatkan diri dalam seminar ala-ala Imam Muda..abah aku yang letakkan nama..nak kena bawak ayam sekor..compom kena sembelih itu ayam..nasib baik tak suruh bawak kambing or lembu..macam mana agaknya seminar tu ye??harap-harap dapat bagi manfaat yang besar dalam diri aku..amin..

Cuti ni jugak aku perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi suatu ujian dan cabaran sebagai seorang lelaki dewasa..perubahan dari seorang remaja yang bertukar dewasa pastinya melibatkan komunikasi antara dua pihak bagi menguji persediaan aku memikul bebanan tanggungjawab di kemudian hari..fuhh..memang tak makan orang, tapi aku yang rasa nak ditelan..tak faham? abaikan..

pukul 6 sudah..7 pagi ini akan bertolak dari IPIS ke rumah..harap2 perjalanan diberkati dan dirahmati Allah hendaknya..kalau apa2 berlaku, saya, Muhamad Akmal bin Jamaludin memohon ribuan ampun dan maaf terlebih dahulu pada semua atas keterlanjuran lisan, hati mahupun perbuatan yang mengguris hati sanubari kalian..jika ada hutang, saya memeberi kalian 2 pilihan..sama ada menuntut pada famili saya atau menghalalkannya..(pilihan pertama perlu disertakan resit sebagai bukti pinjaman..hehe)

Ok, banyak lagi mahu cerita sebenarnya..tapi nantilah ye..sampai kat rumah, aku cerita banyak-banyak..sekarang ni dalam mood nak balik kampung..kenderaan awam jadi pilihan..senang..tak perlu dipandu..cuma bayar,duduk dan tidur sahaja..sedar-sedar dah sampai..ok, have a nice day..salam sayang dari Akmal Poland..Assalamualaikum..

p/s: tak sanggup kehilangan orang yang disayangi..
B301,06:20

0 comments: