Senyum la Akmal Poland

meluangkan masa yang ada untuk mengupdate blog..dalam kelas tumpangan, BK 5.02 ini suasana agak kelam kabut sedikit..masing-masing dengan tugas masing-masing..simulasi Gerko yang tidak sudah menguji kesabaran kami sekelas, penyertaan untuk minggu bahasa arab..pot pet pot pet..macam-macam cerita menyinggah telinga..aku tetap dengan diri aku..sambil lewa dalam keadaan sempoi bercampur blur..banyak lagi tugasan yang perlu aku fikirkan..selaku penghulu BIG yang akan diadakan 26hb ini, pengarah program simulasi Gerko dan Exco Kolej Kediaman..apabila terlalu banyak perkara perlu difikirkan, beginilah jadinya..tapi aku tetap berusaha untuk tersenyum..

Banyak luahan rasa sudah aku dengar sepanjang bergelar Exco Kolej Kediaman ini..Alhamdulillah, rakan-rakan faham dengan tugasan aku yang satu ini..namun, ada juga segelintir rakan yang seperti menyalahkan aku atas semua masalah yang mereka hadapi..mungkin ada benarnya kata mereka itu..tapi bukan aku tidak mencuba, aku sudah lakukan yang terbaik.."nak aku report sampai seratus kali ke baru nak elok bilik aku ni??" aduh..pada siapa kata-kata itu dituju sebenarnya? "kalau tak elok bilik aku minggu depan, aku hentam wall ko" nadanya bergurau..namun kesan tetap ada..kawan, aku mintak maaf..mungkin selepas ini aku perlu memuhasabah kembali diri ini..sukar rupanya jadi pemimpin..

Senyum, janganlah kau lari dari diri aku..teruslah kau bersama aku agar dapat aku gembirakan hati semua orang..gembirakan hati kawan-kawan..insyaallah kawan-kawan akan gembirakan kamu, akmal..ingat tu akmal??bagus..senyum ye..macam tu la..akmal yang aku kenal sentiasa tersenyum dalam susah juga senang..walau betapa susah pun keadaan kamu, kamu mesti tersenyum..janji tu akmal?bagus akmal..

Bila diuji begini, aku teringat kata-kata seorang saudari ni..jangan minta ujian kita itu diringankan..tetapi, mintalah iman kita diberatkan untuk hadapi ujian tersebut..faham tu akmal? aku pandai menasihati sesorang untuk bersabar..jadi, aku juga perlu menasihati diri sendiri untuk tabah..emosi yang tidak stabil banyak mengganggu perhubungan sesama kita..pada kawan, sahabat, teman yang terasa dengan segala ketelanjuran aku, ampunan maaf aku dahulukan..mungkin aku banyak melupakan Dia..lalai dengan keseronokan dunia..back to basic akmal..

mesti korang pun bosan dengan ngomelan aku ini..aku tak paksa kalian membaca hingga ke noktah terakhir..aku menulis bukan kerana pohon simpati, bukan jua untuk mengadu nasib..tetapi hanya sekadar meluahkan apa yang tidak terluah..moga dapat melegakan sedikit keserabutan dalam kepala..

ok, tak perlu sedih-sedih..sekarang ni kita buat apa yang patut..nak hias kelas untuk simulasi esok..apa dia nak cakap kali ni, cakapla..nak berlatih nasyid, nak masuk khat, nak main basketball, futsal, hurdle, lompat kijang, swimming, main petanque, perkomperi, main gitar, piano dan senyum kat semua puas-puas..jangan cakap aku nak ngorat orang sudah..aku bukan senyum kat ko sorang je..semua orang aku jumpa, aku senyum..tak caya tanya abang cleaner, tukang kebun dengan akak cleaner tu..aku bukan nak ngorat orang..cukupla sorang aku ngorat..aku dah tak nak ngorat siapa-siapa lagi dah..sampai la aku mati..insyaallah..

12:38..kipas atas kepala,sejuk.

0 comments: