Saya Baik-baik Saja..

"Akmal, awak ok tak ni?" bukan seorang dua yang bertanya..tiga dan lebih rasanya..aku pun tidak tahu apa puncanya..mungkin dek kerana raut wajah mendatangkan curiga..apakah sedih atau gembira..bukan simpati yang aku pinta, mahupun perhatian dari mereka..cukuplah sekadar sapaan mesra menjengah pagi memancar suria hingga senja menjelma..

mungkin ada wajarnya mereka berkata begitu..sehebat mana pun aktor yang memegang Oscar sekalipun, jika perlu berlakon di alam realiti, mereka pastinya gagal..apatah lagi aku..seorang insan yang dirinya hidup di pinggiran cuma..raut wajah terukir senyuman..namun senyuman itu ada kelainan dengan yang dulu..

aku bukan insan yang mengeluh dengan tugasan yang datang menjelma..bukan jua insan yang menagih simpati insan lain untuk bersama berkongsi rasa..kerana bagi aku tiada gunanya semua itu jika diri ini kembali menjadi mangsa..menjadi bahan umpatan cerca manusia..tak..tak..bukan aku yang menjadi mangsa..cuma berpandu pengalaman teman dan rakan..aku mahu elakkan hal seperti ini terjadi padaku..

aku bukanlah orang yang suka menyepi diri..kalau boleh aku mahu kenal semua..biar pengalaman hidup mereka menjadi pengalaman untuk aku hidup..yang pahit dapat aku teladani, yang baik dapat aku contohi..orang yang bijak adalah mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain, bukan diri sendiri..itu yang harus kita fahami..

mujurlah taktala aku di ambang kejatuhan jati dan semangat diri, ada rakan-rakan dan teman yang menemani..mengirim kata-kata semangat pada diriku, mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran..terima kasih rakan,sahabat juga teman..jika bukan kerana kalian, aku yang berdiri ini pastinya condong menanti jatuh tersembam ke bumi..kayu yang tegak berdiri itu pastinya akan tumbang dimamah zaman..jika bukan kerana alam, anai-anai pasti menjelma..apa pun caranya, tujuannya tetap sama..menamat riwayat sang raja durhaka..

adehh..mengarut pulak malam-malam ni..macam mana boleh sampai anai-anai pulak tu? ok, daripada layan aku, baik korang g tido nu..xnak tido??xnak xpe..biar aku yang tido..selamat malam dunia..pertemuan kita tidak akan kekal lama..jika ada lagi bukaan mataku di pagi hari menjelma, adalah..jika tiada, ampun dan maaf aku pinta..hutang-hutang pun tak sempat bayar..mintak halal dunia akhirat..assalamualaikum, salam satu agama..

withLove..1:48

9 comments:

awanPink said...

lama dh xtgk akmalkn..
ni ok ke xni??herm..papepn,
jga diri,jga hati,hiasi peribadi.

Cahaya Senja said...

awanpink..saya baik2 saja..insyaallah..tq ye.. :)

awanPink said...

haa...kn dh senyum,walau dlm keterpaksaan.. :)

Cahaya Senja said...

pasni kena belajar senyum ikhlas pulak..

awanPink said...

kdg2 masalah mudah diselesaikan,namun ada yg akan kekal bersama kita slagi kita brnama manusia..
so,xkn kita nk senyum dlm keterpaksaan spnjg hidup kita..
ikhlas2kn ati,renung2kn..dan slmt berAmal

Cahaya Senja said...

yup..pesanan yg sgt berguna..pasni mau senyum sepanjang masa..even tido sekalipun.. ;p

awanPink said...

tdola,jgn tdo lwt2,muda lgkn..mase muda2 ni relax cukup2,nnt da sem2 akhir bru bljr tdo lwt..nnt nyesal dik oi..

Cahaya Senja said...

kalau boleh memang nak tido awal..tapi nak buat camne..ade urusan yg perlu diselesaikan..ape2 pon,tido kena cukup jugak kan..

awanPink said...

baik...ustaz...