Masalah..lari atau hadapi

berada dalam keadaan separuh sedar dan tidak..assignment SBE/PBS berselerakkan dalam folder EDU 3102..aku tinggalkan dahulu kerja-kerja ini demi mencari kembali ketenangan diri..bilik Hafiz kelasku menjadi tempat tujuan..kebetulan ada Hafiz Zakaria di situ..perkongsian maklumat dan ilmu yang tidak formal berlaku dalam masa beberapa minit..selang beberapa minit, Razi pula datang bertandang..berkain pelikat coklat senteng ke betis..hehe..hilang segala rasa serabut yang bermain dalam fikiran..

seindah mawar berduri..entah macam mana boleh aku jumpa novel ni..Scribd jadi puncanya..pertama kali agaknya aku mampu baca novel melebihi 20 muka surat..satu pencapaian baru bagi aku..boleh buat kenduri doa selamat menyambut menantu macam ni..menantu?perangai macam budak-budak, ada hati nak ada bini..sudah-sudahla fikir pasal kawen..sampai masa datang juga..kalau yakin dengan ketentuan Ilahi, apa yang dirancang mesti tak jadi persoalan..ini tidak..ada yang sampai sanggup keluar berdating kononnya cinta sehidup semati..dating tu tak salah..tapi yang salah bila ada tanggapan yang dating tu salah..(sekali lagi pengaruh Hantu Kak Limah di situ) apa yang penting sekarang, mantapkan dulu ilmu tu (peringatan buat aku!)  baru lancar hubungan rumah tangga..

rumah dan tangga..sebut pasal rumah, terus teringat rumah putih di hujung blok 14, felda palong 8 tu..apa khabar mak abah kat sana? mak, anggur tu kalau dah masak, mak bagi tau ea? amal nak merasa jugak..masam pon masam la..asalkan ada..strawberry hari tu dah nampak buah belum?? harap-harap yang tu pon dapatla merasa..lepas ni nak bawak salah satu pokok yang ada kat kawasan rumah aku ni ke maktab..letak dalam bilik..bagi tambah hijau bilik yang dah sedia hijau ni..agak-agak nak bawak pokok apa? kaktus? xnak..berduri.. keembung? ko ingat ni eksperimen sains sekolah rendah ke? mawar??haish..susah nak jaga..bawak bunga dahlia la..lawa pon lawa..

sekarang ni, macam-macam masalah dan persoalan timbul dalam diri aku..selagi manusia tu bergelar manusia, kita xkan dapat lari daripada masalah..am i right? yup..nak selesaikan masalah bukan kena lari..sebab lari tu sebenarnya mewujudkan lagi 4 masalah yang lain..contoh? datang lambat ke kuliah..lalu depan blok a, ada CMZ..nak lari ke tidak??kalau x lari, kena marah..lari jela kan?? ok,pada mereka yang lari, ingat..anda dah create 4 masalah tambahan..anda selamat daripada 'dikuliah', tapi anda terlambat datang ke kuliah..anda lari daripada beliau, baju anda berpeluh..anda balik bilik tukar baju, warden jumpe, masalah..kehadiran kosong dalam buku rekod kehadiran, masalah..kenapa aku tahu semua ni? yup..kerana aku lah orang yang melakonkan watak dalam cerita ini..tapi tu semua cerita lama..zaman jahiliyyah dulu..

jadi, macam mana nak selesaikan masalah? terjun dari aras 4 kolej kediaman? lari ulang-alik dari bukit rumah CMZ ke asrama Blok B berganti-ganti? buat khat di atas acrylic board?(promosi sempena bengkel khat 16hb ni) atau pun kembali kepada yang memberi masalah itu sendiri? tepuk dada, tanya di mana beradanya hati kita..bila fikir balik, aku nak sangat hati yang dulu..hati yang sentiasa ada masa pada Dia, meskipun masanya sedikit cuma..sungguh..kerana sekarang ini, diri aku ini sendiri sudah banyak terlalai dengan dosa dan fitnah dunia..aku amat perlukan sahabat-sahabat yang dapat memberi peringatan terus menerus kat aku,supaya aku jadi sahabat seperti mereka. ajari aku apa yang engkau orang tahu, meski ilmu itu sepatah perkataan.

                            12hb- IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
                            14hb- Tazkirah after zuhur: "Mencari Pasangan", Simulasi Majlis Gerko
                            15hb- Explorace
                            16hb- KHAT
                            17hb- Futsal

setiap hari ada saje aktivitinya..ikutkan 16 dan 17 ni ada open Petanque kat Paroi..Puan Rabiah baru je bagitau tadi..main triple..hajat hati memang nak main tapi...bila kita dah berjanji, tak kan nak mungkiri kan? dahulukan mana yang dulu..itu prinsip yang aku pegang..kalau dah janji dengan seseorang tu, tetap dengan janji tu, walaupun yang seterusnya mungkin lebih baik, tapi pilihan pertama selalunya berkesan di hati..contohnye? lu pikirla sendiri..assalamualaikum..

02:39..esok ke Melaka.

4 comments:

hana syakira said...

wah2....ske, sbb khat n explorace amal state gak... ^^
anyway, tabahlah menghadapi hari2....tu sumer mematangkan kita...^^

Cahaya Senja said...

hehe..khat tu sudah semestinya..seni warisan islam tu..explorace mcm xde sape nak masuk je..anyway, tq.. :)

husniyah bazlaa said...

terharu la AJK aku sume cemerlang. dari segenap bidang. dengan iklan yang menarik. ada sanggup berkorban x g petnque kan? ada yang siap tulis kat papan hitam masuk lah bengkel khat. terharu2.. T_T

Cahaya Senja said...

huhu..ni kena belanja nasi ayam penyet ni cik husniyah bazlaa.. ;p