Doa ketika dukacita dan sedih



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

*selamat beramal

Senyum la Akmal Poland

meluangkan masa yang ada untuk mengupdate blog..dalam kelas tumpangan, BK 5.02 ini suasana agak kelam kabut sedikit..masing-masing dengan tugas masing-masing..simulasi Gerko yang tidak sudah menguji kesabaran kami sekelas, penyertaan untuk minggu bahasa arab..pot pet pot pet..macam-macam cerita menyinggah telinga..aku tetap dengan diri aku..sambil lewa dalam keadaan sempoi bercampur blur..banyak lagi tugasan yang perlu aku fikirkan..selaku penghulu BIG yang akan diadakan 26hb ini, pengarah program simulasi Gerko dan Exco Kolej Kediaman..apabila terlalu banyak perkara perlu difikirkan, beginilah jadinya..tapi aku tetap berusaha untuk tersenyum..

Banyak luahan rasa sudah aku dengar sepanjang bergelar Exco Kolej Kediaman ini..Alhamdulillah, rakan-rakan faham dengan tugasan aku yang satu ini..namun, ada juga segelintir rakan yang seperti menyalahkan aku atas semua masalah yang mereka hadapi..mungkin ada benarnya kata mereka itu..tapi bukan aku tidak mencuba, aku sudah lakukan yang terbaik.."nak aku report sampai seratus kali ke baru nak elok bilik aku ni??" aduh..pada siapa kata-kata itu dituju sebenarnya? "kalau tak elok bilik aku minggu depan, aku hentam wall ko" nadanya bergurau..namun kesan tetap ada..kawan, aku mintak maaf..mungkin selepas ini aku perlu memuhasabah kembali diri ini..sukar rupanya jadi pemimpin..

Senyum, janganlah kau lari dari diri aku..teruslah kau bersama aku agar dapat aku gembirakan hati semua orang..gembirakan hati kawan-kawan..insyaallah kawan-kawan akan gembirakan kamu, akmal..ingat tu akmal??bagus..senyum ye..macam tu la..akmal yang aku kenal sentiasa tersenyum dalam susah juga senang..walau betapa susah pun keadaan kamu, kamu mesti tersenyum..janji tu akmal?bagus akmal..

Bila diuji begini, aku teringat kata-kata seorang saudari ni..jangan minta ujian kita itu diringankan..tetapi, mintalah iman kita diberatkan untuk hadapi ujian tersebut..faham tu akmal? aku pandai menasihati sesorang untuk bersabar..jadi, aku juga perlu menasihati diri sendiri untuk tabah..emosi yang tidak stabil banyak mengganggu perhubungan sesama kita..pada kawan, sahabat, teman yang terasa dengan segala ketelanjuran aku, ampunan maaf aku dahulukan..mungkin aku banyak melupakan Dia..lalai dengan keseronokan dunia..back to basic akmal..

mesti korang pun bosan dengan ngomelan aku ini..aku tak paksa kalian membaca hingga ke noktah terakhir..aku menulis bukan kerana pohon simpati, bukan jua untuk mengadu nasib..tetapi hanya sekadar meluahkan apa yang tidak terluah..moga dapat melegakan sedikit keserabutan dalam kepala..

ok, tak perlu sedih-sedih..sekarang ni kita buat apa yang patut..nak hias kelas untuk simulasi esok..apa dia nak cakap kali ni, cakapla..nak berlatih nasyid, nak masuk khat, nak main basketball, futsal, hurdle, lompat kijang, swimming, main petanque, perkomperi, main gitar, piano dan senyum kat semua puas-puas..jangan cakap aku nak ngorat orang sudah..aku bukan senyum kat ko sorang je..semua orang aku jumpa, aku senyum..tak caya tanya abang cleaner, tukang kebun dengan akak cleaner tu..aku bukan nak ngorat orang..cukupla sorang aku ngorat..aku dah tak nak ngorat siapa-siapa lagi dah..sampai la aku mati..insyaallah..

12:38..kipas atas kepala,sejuk.

Aku sayang dia

Happy birthday!!! eh, assalamualaikum..apa la ustaz ni..sori-sori..hyper excited pula ini hari..malam ini, aku nak menulis sesuatu berkenaan seseorang yang boleh mendatangkan kegembiraan bila teringat akan dia..seseorang yang banyak membuat aku geleng kepala melihat telatah manja dan nakalnya..senyumannya penawar hati nan lara..duka nestapa menjadi ceria, diiringi gelak tawa..kini, genap setahun pertemuan antara aku dan dia..pertemuan yang disulami kemesraan tanpa aku pinta hadirnya..mungkin Allah sudah takdirkan pertemuan ini buat kita..

17/04/2010..tarikh ini menjadi saksi berputiknya rasa sayang antara aku dan dia..perkenalan yang tidak disangka hadirnya, kini menjadi putik bunga cinta menanti mekar nan mewangi..aku tahu..kehadiran dirinya dalam keluarga aku juga sudah direstui oleh kedua-dua orang tua ku..mereka hanya tersenyum, sama-sama berkongsi kegembiraan..kehadiran 'orang baru' yang pastinya akan memeriahkan keluargaku..

bulan berganti bulan, sudah setahun lamanya perhubungan itu terjalin..meski aku sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, masa yang ada akan aku luangkan bertanya khabar dirinya..koleksi gambar menjadi pengubat rindu..meski gambar itu hanya didownload dari Facebook, aku tetap gembira..biarlah apa orang nak kata..kerana perhubungan kita tidak salah di sisi agama..

*Alhamdulillah, anak buahku, Muhammad Iqbal Eshan bin Izwan Sham kini sudah mencecah setahun umurnya..walaupun entry ini lewat sehari, tapi aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkannya..Iqbal, paman doakan kau jadi anak yang soleh..anak yang dengar cakap abah dan mama kau..jangan jadi degil macam paman ko sorang ni..orang suruh belajar, yang dia tahu Facebook dan Blogging..tu pun kira ok la daripada paman pergi dangdut ke, racing beskal ke..kan Qebal kan?

tu, nenek dah belikan motor tu, ko bawak elok-elok tau..jangan lumba haram dengan abang Nufail n kak Naurah..walaupun ko tu lagi besar daripada kak naurah, tapi dia lagi expert tau dalam bab-bab ni..jangan la ko modified motor tu..baru sehari nenek beli, ko dah cabut tempat duduk motor tu..adoi..

---> Iqbal atau nama manjanye, Qebal, lahir pada 17/4/2010 di Hospital Besar Melaka..anak sulung kakak keduaku, Isdayanti Jamaludin ini lahir dalam keadaan normal..dia merupakan cucu ketiga mak dan abah..telatah nakal dan lucunya membuatkan seri keluarga kami bertambah..suka mengacau orang yang sedang tidur..(ada satu petang tu, waktu atuk ngah tidur, dia gi gigit janggut atuk..terbangun atuk..) dia juga suka mengamuk dan menjerit sekiranya diganggu..badan yang sasa mewarisi ibu dan ayahnya..ayahnya berasal dari terengganu..kiranya, si Qebal ni mempunyai perkaitan negeri yang cukup banyak (kedah+selangor+terengganu+jawa+melaka+negeri sembilan)

dia juga seorang lelaki yang mewarisi senyuman manis ibunya kerana lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipinya..ganas mukanya apabila masam..namun apabila tersenyum, menjadi seperti lelaki jambu..(yang ni mewarisi bakat ayahnya)

sampai tu dulu untuk entry kali ini..Qebal, jaga mama ngan abah elok-elok ye..belajar rajin-rajin..paman rindu sama ko..hoho..

paman,jangan lupa bawak kad keselamatan dan kad pelajar esok ye..

Assalamualaikum..entry buat anak buahku..01:13

KHAT

Perjalanan ini, terasa sangat menyedihkan..
sayang engkau tak duduk, di sampingku kawan..
banyak cerita, yang mestinya kau saksikan..
di tanah kering berbatuan..

lagu dendangan Ebiet G. Ade bermain-main di bibir..sekujur tubuh berbaju nike merah tertiarap di bilik hujung aras 3..letih..kipas diputar semaksima mungkin..Asus A42J dikeluarkan dari beg..hari-hari minggu begini sahajalah dapat aku luangkan masa untuk mencoret sesuatu di laman ini..letih, memang letih..eye bag semakin menebal..tiada celak hitam aku coret di bawah kontur mata, namun hitamnya mengalahkan orang bersolek..itu semuanya gara-gara tidur yang kurang..

baiklah..hari ini aku nak bercerita mengenai pengalaman paling berharga sepanjang 20 tahun aku hidup..tak lain dan tak bukan adalah, Bengkel Kreatif Seni Khat..bengkel khat?aku mana pandai tulis khat?pastinya soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut sesiapa sahaja apabila mendengar bengkel ini, termasuklah aku..tetapi setelah join bengkel ini, aku dapat rasa sesuatu yang berbeza..rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata, tetapi dapat diluahkan dengan penghasilan..

di sini, Akmal Poland selaku AJK persiapan tempat memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan yang mengganggu kelancaran program..cadangnya nak buat kat dewan besar, tapi ada orang guna..dapat bilik tarannum je..kira boleh la tu ye??main tekap-tekap, potong, ukir..memang meletihkan..tapi selepas hasilnya dapat dilihat, hilang kepenatan, gembira datang menjelma, excited kembali bertandang..

dan akhirnya..pemenang tempat pertama bagi kategori "alwahnu"adalah..jeng3..dapatla epal merah, oren, buku nota dan pen..syukur sangat2..tak ada hadiah pon tak apa sebenarnya..dah cukup happy dah ni..(epal ni kacuk dengan jambu ke??nape bile makan rasa jambu je??)

Nasib baik aku tak ke Paroi untuk tournament Petanque semalam..kalau tak, aku tak akan dapat pengalaman macam ni..walaupun ada sedikit masalah sepanjang program berlangsung, tapi dapat jugak diselesaikan akhirnya..mula-mula bengang jugak sebab spray dah habis..nasib baik PERSIS banyak duit..dapat beli spray banyak-banyak lepas tu..

bengkel ini jugak mengajar aku erti kerjasama, kesabaran, toleransi, tolak ansur dan mempertingkat komunikasi..kerjasama semua AJK sangat mantap!! syabas diucapkan..nampak kuat ukhuwah tu..lagi-lagi bila makan roti dengan tuna kan??sape punye roti tu, terima kasih diucapkan..bila perut dah lapar tahap gaban, orang pon aku telan..nasib baik ada roti..pemilik roti ni dah selamatkan nyawa orang nampaknya..

dah, mau tido kejap..sangat penat..tadi main futsal kat padang IPIS..assalamualaikum..

Masalah..lari atau hadapi

berada dalam keadaan separuh sedar dan tidak..assignment SBE/PBS berselerakkan dalam folder EDU 3102..aku tinggalkan dahulu kerja-kerja ini demi mencari kembali ketenangan diri..bilik Hafiz kelasku menjadi tempat tujuan..kebetulan ada Hafiz Zakaria di situ..perkongsian maklumat dan ilmu yang tidak formal berlaku dalam masa beberapa minit..selang beberapa minit, Razi pula datang bertandang..berkain pelikat coklat senteng ke betis..hehe..hilang segala rasa serabut yang bermain dalam fikiran..

seindah mawar berduri..entah macam mana boleh aku jumpa novel ni..Scribd jadi puncanya..pertama kali agaknya aku mampu baca novel melebihi 20 muka surat..satu pencapaian baru bagi aku..boleh buat kenduri doa selamat menyambut menantu macam ni..menantu?perangai macam budak-budak, ada hati nak ada bini..sudah-sudahla fikir pasal kawen..sampai masa datang juga..kalau yakin dengan ketentuan Ilahi, apa yang dirancang mesti tak jadi persoalan..ini tidak..ada yang sampai sanggup keluar berdating kononnya cinta sehidup semati..dating tu tak salah..tapi yang salah bila ada tanggapan yang dating tu salah..(sekali lagi pengaruh Hantu Kak Limah di situ) apa yang penting sekarang, mantapkan dulu ilmu tu (peringatan buat aku!)  baru lancar hubungan rumah tangga..

rumah dan tangga..sebut pasal rumah, terus teringat rumah putih di hujung blok 14, felda palong 8 tu..apa khabar mak abah kat sana? mak, anggur tu kalau dah masak, mak bagi tau ea? amal nak merasa jugak..masam pon masam la..asalkan ada..strawberry hari tu dah nampak buah belum?? harap-harap yang tu pon dapatla merasa..lepas ni nak bawak salah satu pokok yang ada kat kawasan rumah aku ni ke maktab..letak dalam bilik..bagi tambah hijau bilik yang dah sedia hijau ni..agak-agak nak bawak pokok apa? kaktus? xnak..berduri.. keembung? ko ingat ni eksperimen sains sekolah rendah ke? mawar??haish..susah nak jaga..bawak bunga dahlia la..lawa pon lawa..

sekarang ni, macam-macam masalah dan persoalan timbul dalam diri aku..selagi manusia tu bergelar manusia, kita xkan dapat lari daripada masalah..am i right? yup..nak selesaikan masalah bukan kena lari..sebab lari tu sebenarnya mewujudkan lagi 4 masalah yang lain..contoh? datang lambat ke kuliah..lalu depan blok a, ada CMZ..nak lari ke tidak??kalau x lari, kena marah..lari jela kan?? ok,pada mereka yang lari, ingat..anda dah create 4 masalah tambahan..anda selamat daripada 'dikuliah', tapi anda terlambat datang ke kuliah..anda lari daripada beliau, baju anda berpeluh..anda balik bilik tukar baju, warden jumpe, masalah..kehadiran kosong dalam buku rekod kehadiran, masalah..kenapa aku tahu semua ni? yup..kerana aku lah orang yang melakonkan watak dalam cerita ini..tapi tu semua cerita lama..zaman jahiliyyah dulu..

jadi, macam mana nak selesaikan masalah? terjun dari aras 4 kolej kediaman? lari ulang-alik dari bukit rumah CMZ ke asrama Blok B berganti-ganti? buat khat di atas acrylic board?(promosi sempena bengkel khat 16hb ni) atau pun kembali kepada yang memberi masalah itu sendiri? tepuk dada, tanya di mana beradanya hati kita..bila fikir balik, aku nak sangat hati yang dulu..hati yang sentiasa ada masa pada Dia, meskipun masanya sedikit cuma..sungguh..kerana sekarang ini, diri aku ini sendiri sudah banyak terlalai dengan dosa dan fitnah dunia..aku amat perlukan sahabat-sahabat yang dapat memberi peringatan terus menerus kat aku,supaya aku jadi sahabat seperti mereka. ajari aku apa yang engkau orang tahu, meski ilmu itu sepatah perkataan.

                            12hb- IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
                            14hb- Tazkirah after zuhur: "Mencari Pasangan", Simulasi Majlis Gerko
                            15hb- Explorace
                            16hb- KHAT
                            17hb- Futsal

setiap hari ada saje aktivitinya..ikutkan 16 dan 17 ni ada open Petanque kat Paroi..Puan Rabiah baru je bagitau tadi..main triple..hajat hati memang nak main tapi...bila kita dah berjanji, tak kan nak mungkiri kan? dahulukan mana yang dulu..itu prinsip yang aku pegang..kalau dah janji dengan seseorang tu, tetap dengan janji tu, walaupun yang seterusnya mungkin lebih baik, tapi pilihan pertama selalunya berkesan di hati..contohnye? lu pikirla sendiri..assalamualaikum..

02:39..esok ke Melaka.

Pagi Yang Sama, Diri Yang Lain

pagi ini sama sahaja seperti pagi-pagi yang lain. cuma hari ini agak lewat sedarnya. mungkin sebab katil yang ini tidak sama dengan katil di bilikku di sana. tambahan pula kepulangan ke rumah yang agak lewat malam tadi membuatkan mata dan tubuhku terasa benar-benar penat dan lesu.

pagi ini tidak sama iklimnya dengan pagi-pagi yang lain. kabus tebal menghiasi perkarangan rumah berwarna putih hujung blok itu. cukup mengasyikkan. segala masalah bagai tiada apabila jasad berada di sini. aku mendekati pepohon anggur yang sudah menampakkan gugus-gugus hijau buah menanti masa berubah ungu. ada 11 semuanya. aku harap bila aku pulang lain kali nanti, masih ada saki-baki buat diriku. aku tinggalkan pepohon subur yang melingkari tiang garaj kereta.

wah..sudah nampak bunganya..bila agaknya mahu berbuah ni?? kali ini aku ke kawasan yang dihiasi deretan pasu merah tertanam pokok strawberry..bunga berwarna putih kekuningan sudah cukup mengujakan aku. memang sejak kecil lagu aku mengimpikan suasana yang begini. rumah yang dikelilingi pepohonan hijau merimbun, dihiasi pula dengan jambangan bunga pelbagai warna..kali ini ditambah pula serinya dengan pohon buah yang jarang dapat aku rasa buahnya dulu..

kicauan burung, deruan air dari kolam buatan cukup merehatkan fikiran. suasana yang tidak dapat aku rasa bila berada di Bandar Baru Bangi. sungguh..tidak perlu belanja yang mahal untuk ke spa menenangkan fikiran. cukuplah wajah mak abah dan adik beradik pemberi ilham pencetus senyuman buat diri yang semakin gersang dengan senyuman manis sejak kebelakangan ini. bukan niat untuk menyombong diri mahu pun menidakkan kehadiran sesiapa dalam hidup ini, malah dengan kehadiran insan-insan seperti mereka inilah sebenarnya yang aku harapkan menjadi penghibur hati..tapi, berilah aku sedikit ruang untuk aku memuhasabah diri..menyendiri menghitung hari, berkira-kira hari berbaki..ampun dan maaf buat mereka yang terasa atas ketelanjuran lisan berbicara, keterlebihan perlakuan serta keterhasadan hati mengiri..

masih mengumpul kekuatan..insyaallah, kalau diri ini sudah dapat kekuatan yang diperlukan, misi yang satu aku tunaikan..ini bukan semata-mata soal perasaan..tetapi melibatkan perancangan masa depan..salah dan silap didahulukan andai diri ini ada melukakan..meski ramai aku temui, yang satu pasti ada di hati..

PolandDiRumah..11:23

Saya Baik-baik Saja..

"Akmal, awak ok tak ni?" bukan seorang dua yang bertanya..tiga dan lebih rasanya..aku pun tidak tahu apa puncanya..mungkin dek kerana raut wajah mendatangkan curiga..apakah sedih atau gembira..bukan simpati yang aku pinta, mahupun perhatian dari mereka..cukuplah sekadar sapaan mesra menjengah pagi memancar suria hingga senja menjelma..

mungkin ada wajarnya mereka berkata begitu..sehebat mana pun aktor yang memegang Oscar sekalipun, jika perlu berlakon di alam realiti, mereka pastinya gagal..apatah lagi aku..seorang insan yang dirinya hidup di pinggiran cuma..raut wajah terukir senyuman..namun senyuman itu ada kelainan dengan yang dulu..

aku bukan insan yang mengeluh dengan tugasan yang datang menjelma..bukan jua insan yang menagih simpati insan lain untuk bersama berkongsi rasa..kerana bagi aku tiada gunanya semua itu jika diri ini kembali menjadi mangsa..menjadi bahan umpatan cerca manusia..tak..tak..bukan aku yang menjadi mangsa..cuma berpandu pengalaman teman dan rakan..aku mahu elakkan hal seperti ini terjadi padaku..

aku bukanlah orang yang suka menyepi diri..kalau boleh aku mahu kenal semua..biar pengalaman hidup mereka menjadi pengalaman untuk aku hidup..yang pahit dapat aku teladani, yang baik dapat aku contohi..orang yang bijak adalah mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain, bukan diri sendiri..itu yang harus kita fahami..

mujurlah taktala aku di ambang kejatuhan jati dan semangat diri, ada rakan-rakan dan teman yang menemani..mengirim kata-kata semangat pada diriku, mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran..terima kasih rakan,sahabat juga teman..jika bukan kerana kalian, aku yang berdiri ini pastinya condong menanti jatuh tersembam ke bumi..kayu yang tegak berdiri itu pastinya akan tumbang dimamah zaman..jika bukan kerana alam, anai-anai pasti menjelma..apa pun caranya, tujuannya tetap sama..menamat riwayat sang raja durhaka..

adehh..mengarut pulak malam-malam ni..macam mana boleh sampai anai-anai pulak tu? ok, daripada layan aku, baik korang g tido nu..xnak tido??xnak xpe..biar aku yang tido..selamat malam dunia..pertemuan kita tidak akan kekal lama..jika ada lagi bukaan mataku di pagi hari menjelma, adalah..jika tiada, ampun dan maaf aku pinta..hutang-hutang pun tak sempat bayar..mintak halal dunia akhirat..assalamualaikum, salam satu agama..

withLove..1:48

Ada Hikmahnya


mutiarakata1
Alhamdulillah..segala yang dihadapi kini dalam fasa penyelesaian..susah rupanya nak jadi pemimpin ni..tambahan pulak bila kita ni bergelar pelajar..lepas satu, datang lagi dua tugasan..belum siap assignment, HEP panggil..baru nak on laptop, penyelia asrama call..huhu..sabor jela..tapi aku redha..itulah jalan yang aku pilih..jalan yang orang lain tak nak lalu, tapi aku redah..berani x berani jugak la..tapi jujur aku cakap, sejak jadi JPP ni, aku lebih matang dalam memandang sesuatu masalah itu..kalau dulu akulah yang sering persoalkan pemimpin..tapi bila dah jadi pemimpin, baru aku tahu perkara yang sebetulnya..

pemikiran macam inilah yang kalau boleh xpatot ada dalam diri kita sebenarnya..aku juga pernah merasa..awal-awal dulu agak terasa bila ada yang persoalkan kerja aku..tapi sekarang aku pekakkan telinga je..jangan sampai aku hilang sabar dah la ye..aku kunci pintu bilik ko nanti..hoho..kejam sungguh..bilik pon dah tak terurus dah ni..pagi, g kelas sampai asar..balik bilik, turun men futsal sampai maghrib..sambung g masjid sampai isya'..pastu meeting sampai kul 12..then terus tido..sorila bilik..esok aku jadikan ko istana paling indah ye..

mutiarakata2
Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

semakin banyak masalah yang dihadapi, semakin cerah peluang mematangkan diri..berfikirlah positif terhadap pelbagai masalah yang melanda kita..macam ustaz pulak aku ni..eh,memang ustaz pon..dalm proses transformasi je lagi..cuma ambil masa sikit nak sesuaikan diri..yup, Allah xkan uji aku melebihi apa yang aku mampu..aku kena pegang benda ni.."sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"..sabar..mudah untuk disebut, sukar untuk dipraktik..setakat mana aku mampu bersabar? umpatan orang, caci maki pasti berbalas yang sama..mengapa aku langsung tidak pernah terfikir untuk mendoakan kesejahteraan orang itu agar dia berubah dan menyesali apa yang telah dilakukan padaku? semuanya berpunca dari hati yang kotor penuh dengki..hati yang tiada nilai memaafi..hati yang penuh ego dan iri hati..moga kita dijauhkan daripada sifat yang merugikan ini..


segala permasalahan jika dihadapi dengan penuh sabar, pasti kejayaan yang menanti..aku yakin dengan kesabaran, aku pasti memperoleh kejayaan suatu hari nanti..jika ujian sekecil ini tidak dapat aku atasi, bagaimana mungkin aku dapat membimbing isteri dan anak-anakku suatu hari nanti? bagaimana pula tanggungjawab aku dengan keluargaku? pada ibuku, abah, kakak, abang dan adik perempuanku..apakah sumbangan yang telah aku berikan pada mereka? lelaki itu di belakangnya ada tiga orang wanita yang perlu dijaga..anak perempuannya, saudara perempuannya, dan isterinya..jika salah satu daripada mereka ini tidak dijaga dengan baik, pertanyaan Allah terhadap mereka pasti beralih kepada aku..

belum sempat dijawab, muncul pula persoalan tentang ibuku..apakah sudah aku laksana tanggungjawab seorang anak dengan penuh sempurna?? barangkali hibanya hati seorang ibu mengatasi kegembiraan sewaktu membesarkan aku..ibu itu hatinya amat sensitif..sedikit terguris tanpa maaf dipinta, cukup untuk membawa kita ke neraka..nauzubillah..sesungguhnya neraka itu adalah seburuk-buruk tempat yang pernah dicipta..tiada jaminan untuk kita lari daripadanya..teringat ceramah ustaz Hamid malam Isnin hari tu..kita tidak akan masuk syurga dengan amalan yang kita ada, tapi kita masuk syurga disebabkan rahmat yang Allah beri pada kita..jika dihitungkan amalan kita sejak lahir hingga kini, tidak mampu pun untuk membayar nikmat-nikmat yang Allah beri pada kita, walaupun cuma indera mata dan helaan nafas..moga kita tergolong dalam orang-orang yang bersyukur..

cukup sampai di sini dahulu..semoga kita menjadi insan yang sentiasa mendapat rahmat-Nya..

transformasi mengubah persepsi..Assalamualaikum..

There’s a Hole in my Sidewalk

by Portia Nelson
Chapter 1.
I walk down the street.
There is a deep hole in the sidewalk.
I fall in.
I am lost…
I am helpless.
It isn’t my fault.
It takes forever to find a way out.
Chapter 2.
I walk down the same street.
There is a deep hole in the sidewalk.
I pretend I don’t see it.
I fall in again.
I cant believe I am in this same place.
But it isn’t my fault.
It still takes a long time to get out.
Chapter 3.
I walk down the same street.
There is a deep hole in the sidewalk.
I see it is there.
I still fall in… its a habit.
But, my eyes are open.
I know where I am.
It is my fault.
I get out immediately.
Chapter 4.
I walk down the same street.
There is a deep hole in the sidewalk.
I walk around it.
Chapter 5.
I walk down another street.

 Poem yang membawa makna yang mendalam dalam diri aku ketika ini.