Sinopsis Novel..(tajuk ape nak letak ni?)

hai..assalamualaikum..terfikir nak buat novel/cerpen..ni sinopsis novel/cerpen tu..ada cadangan untuk tajuk??silalah beri cadangan..jangan malu2

Mengisahkan seorang anak desa yang berhijrah ke kota bagi tujuan menimba ilmu di sebuah institut dalam bidang pendidikan..dalam mengejar cita-citanya, Azmi diuji dengan pelbagai masalah dari segenap sudut..jiwanya bagai terseksa apabila apa yang diharapkan selama ini tidak seperti yang dijangka..sejak dari hari itu, dia menjadi seorang yang lain..kehidupan yang ceria sebelum ini berubah menjadi duka..

belum selesai dengan ujian yang mengganggu fikirannya, Azmi sekali lagi diruntun jiwanya apabila mendapat panggilan telefon dari kampung yang memaklumkan ibunya sedang tenat..kehidupannya semakin tidak terurus hari demi hari sehinggalah dia berjumpa seorang gadis yang memberi nafas dan sinar baru dalam pengharapan jalan hidupnya..apakah perubahan yang telah dibawa oleh gadis itu? begitu istimewakah gadis itu dalam hati Azmi?

nantikan kemunculannya..

0 comments: