PBS

"Amal, mak hantar kau hari ni lah..bagitau kawan kau tu, petang ni kita sampai rumah dia.."

petang ni? rasa tak puas lagi duduk rumah ni sebenarnya..petang ini aku akan menuju ke Muar, Johor bagi melengkapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah..jadi, sepanjang 5 hari ni Akmal Poland akan membisu, bergantung kepada liputan internet di sana. diam tak diam, dah 4 semester aku lalui di institut ini. bermula dengan 3 semester persediaan, kini aku melangkah ke alam ijazah pada tahun yang pertama. sungguh aku tak sangka. cita yang asalnya tiada, kini bercambah menjadi bunga. harus diakui, sememangnya aku tidak punya hati untuk menjadi guru pendidikan islam pada awalnya kerana aku lebih meminati sains dan matematik. kini segala 'kesilapan' itu menampakkan kesan yang menakjubkan..di sini, aku mulai faham erti ilmu yang sebenar dan aku menghargai agamaku. dan di sini juga segala yang indah tercipta..

biarkan perkara ini jadi monolog hati sendiri. aku perlu fokus perkara yang lebih utama sekarang. tugasan demi tugasan muncul mengganggugugat kesabaran hati dan diri..namun aku masih punya masa menulis entry..apalah nak jadi..

PBS oh PBS..baru semalam rasanya baju kemeja putih lengan pendek aku sarung untuk ke sekolah pada hari yang pertama, kini aku sudah kembali lagi ke sekolah dengan misi yang lain, bukan lagi dididik, tetapi mendidik. telatah nakalku dan kawan-kawan bermain kejar-kejar di sekitar sekolah menyegar kembali memori. kini aku akan berhadapan telatah yang pernah aku trampilkan itu dalam tubuh seorang murid..aku perlu menghadapi dengan sabar kerana guruku juga begitu..

ucapan saya, semoga PBS kita dipandang mulia di sisi Allah dan masyarakat. niatkan hati agar ikhlas dalam mendidik anak bangsa yang dahaga keperihatinan dan ketulusan ilmu seorang guru. bukanlah gaji yang dipandang mahupun jaminan kerja yang perlu jadi utama, mendidik anak bangsa cabaran yang perlu disahut sekarang..salam sayang salam pendidik..assalamualaikum..

jangan lupa bawak songkok ye mal PBS ni..10:40.

0 comments: