Kahwin dan MQA

selesai sudah majlis sambutan meraikan pengantin di rumah jiran..agak kepenatan sedikit dek kerana hulu ke hilir aku berjalan, mencari pinggan dan cawan..semangat gotong-royong di Felda tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kawasan di Malaysia ini. Sungguh aku katakan. bermula dengan khemah,masak,sambut tetamu hinggalah tugasan membasuh..semua dilakukan bersama-sama oleh ahli blok..muafakat membawa berkat, itu resipi tradisi hidup dirahmati..

petang ini akan bergerak pulang ke Bangi pula..setelah dua minggu bercuti, akhirnya kelas menjengah kembali..bermulalah kembali musim assignment dan menjenguk library..mak cik photostat tersenyum lebar pabila ada pelajar yang datang menyinggah..paling kurang photostat sehelai dua pun dah dikira lumayan..paling kurang..bulan pertama sahaja, kelas aku sudah membelanjakan hampir RM 1000 bagi tujuan photostat ini..semuanya gara-gara MQA..mentang-mentanglah yuran tiada, elaun pula dibayar..duit diminta tanpa ditanya..entah apa gunanya buku yang dibeli jika pakainya cuma sekali dua..

Itu belum dikira wang photostat yang bagi aku satu pembaziran telah berlaku..zaman dunia di hujung jari, semua sudah dapat menggunakan komputer..bukankah sama sahaja apa yang ada pada soft dan hard copynya?? aduh..

sudah..tak mahu cerita lagi..ada pula ditahan ISA nanti..dituduh aku pengkhianat ibu pertiwi..bukan niat membangga diri, menyata yang betul hanya diri ini..cuma berkata apa yang dirasa hati..

ok,tidor jom..hujan gitu..

*Assalamualaikum..petang ini Akmal Poland akan bertolak pulang selepas asar bersama abangnya..doakan keselamatan kami berdua sepanjang perjalanan ini ye..jika ada silap dan salah baik yang sengaja atau yang tidak, 20 jari dihulur tanda maaf dipinta..manalah tahu ini entry yang terakhir..tak ada lah rasa terkilan sangat..Adios!! (^_^)V

0 comments: