HARI KELIMA

23 Mac 2011

Pagi yang gelap..titis-titis hujan masih menitis di hujung dedaun segar menghijau..motorsikal EX5 dihidupkan enjinnya seperti dua hari yang lepas..sampai di sekolah, kami diserbu sekali lagi..pagi2 dah diceriakan..patutla cikgu-cikgu ni ramai yang awet muda..

aktiviti hari ni??ace teka..ok, tak seperti hari-hari yang dilalui oleh guru PBS yang lain,pagi ni kami akan ke stadium Muar..ada kejohanan olahraga peringkat daerah..tak dirancang pun sebenarnya..Pejal yang beriya2 nak ikut,sebab adik-adik dia masuk..aku pun apa lagi,on je..sape xnak g jalan kan?

baju kemeja coklat yang baru dipakai itu dibuka dengan pantas..t-shirt merah dan seluar putih jadi penutup aurat hari ini..menaiki kereta Pak Hamdan, kami menuju ke Muar Stadium..best la kat sana..kena dengan jiwa..rasa baru je aku di tempat mereka membawa nama sekolah ke persada daerah dan negeri..110m pagar,400m pagar,4x100m,triple jump..wah..rindunya!!kat maktab ni aku dah kurang masuk acara..sebab tak de satu pun acara yang aku suka ni dipertandingkan di maktab..frust pun ada awal-awal masuk sini dulu..huhu..

eh,jauh da melencong..ok, kami pulang ke rumah pada jam 6 dan sampai pada jam 7.30malam..ustazah, esok saya cuba perdengarkan tarannum tu ye..sori kalo xsedap..tu je yang saya mampu..

*hari ni ada sesuatu yang buat aku tersenyum lebar sepanjang hari.. moga apa yang dirancang menjadi kenyataan..insyaallah..

BERSAMBUNG LAGI..

0 comments: