HARI KEENAM

24 mac 2011

Tiada yang istimewa hari ini..rutin harian seperti biasa, bangun pada awal pagi, mandi, solat, sarapan dan ke sekolah..cuma hari ini kehadiran ke sekolah agak lewat dek kerana hujan lebat menyirami bumi di pagi hari nan dingin..ikutkan rasa, bantal empuk di bilik pasti jadi peneman di waktu ini..mujurlah keinginan itu tidak aku turuti..berbaju sejuk merah berlogo Manchester United milik pak cik Salehon, kami berdua menuju ke sekolah..

Hari ini tiada apa perlu aku lakukan..cuma duduk di bangku putih dalam bilik guru, menghadap laptop-berfacebook dan berblog..rutin harian guru pelatih seperti aku..bukanlah hendak bersuka ria semata-mata, tetapi juga mencari informasi serta berkongsi pengalaman menjadi guru 5 hari bersama taulan..pelbagai kerenah dan telatah dikongsi bersama..

Hari ini aku pulang awal..pada jam 11 pagi lagi motor EX5 merah itu sudah tiba di rumah..hari ini sekali lagi akan bergerak ke stadium Muar, menyaksikan kejohanan yang belum selesai..tapi aku ambil keputusan untuk menetap di rumah..ngantuk menyinggah bukan kepalang..

Petang itu Fairuz minta dibuatkan susu..wah..first time ni..bagus juga..dapat aku berlatih buat susu untuk anak..nanti senang isteri aku..tak payah nak bangun malam hari-hari buat susu anak..aku pun boleh buat..
Malam, ke masjid untuk menunaikan fardu Maghrib berjemaah..kelibat aku disedari Asyraf-anak murid 5 hari-yang belajar dalam tahun 3..senyum lebar nampak cikgunya..esok cikgu dah balik..belajar elok-elok ye..

Habis doa, pulang ke rumah..dalam gelap senja, aku berangan di atas motor..entah apa yang diangankan..motor terus dipandu sehinggalah aku tersedar yang aku terlajak..itu pun setelah terlihat satu papan tanda hijau bertulisan jawi berwarna putih tertera perkataan "Tanah Perkuburan Islam Felda Lenga"..adoi..memangla semua yang hidup akan pergi ke kubur..tapi tak kan seawal ini?naik motor sendiri pulak tu..orang lain naik van jenazah, aku naik EX5 merah..

Ok,bersambung untuk hari terakhir,Jumaat..

0 comments: