HARI KEDUA

20 Mac 2011

bangun di pagi hari dalam keadaan yang agak mamai, kesan daripada tidur yang kurang..pagi ni sarapan nasi lemak..tenkiu pak cik Salehon..aktiviti pagi ni, main PES sampai ke tengah hari..ade ke patut..jangan tiru aksi ini di rumah anda..

petang kami tak melakukan apa-apa aktiviti riadah dek kerana hujan yang lebat..oh ye..lupa pulak..petang ni kami ke Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Lenga..nak online punya  pasal..nak tengok nota-nota yang dikirimkan seorang teman..waktu pergi cerah je langit..tapi bila nak balik, selebat hujan yang turun mencurah membasahi bumi menimpa..mahu tak mahu, redah aje..cakap anak Felda..takkan hujan pon takut?

bila dah hujan, perut terasa lapar..bila dah lapar, hujan bukan jadi penghalang..enjin motor dihidupkan..destinasi? gerai pisang gorong di hujung simpang masuk bersebelahan pintu gerbang utama Felda Batu 27 Lenga..nyum2..pisang awak jadi santapan di petang hari..

waktu malam dihabiskan masanya di pekan Pagoh. hujan sampai ke malam menghalang motor dihidupkan enjinnya. kereta pula jadi penyumbang jasa. menaiki iswara aero back milik kawan si Pejal, pekan Pagoh dituju. print, fotostat dan gunting rambut..tapi kedai gunting dah tutup..tak dapat si Pejal ni nak gunting rambut.

name tag tak ada lagi untuk ke sekolah nanti..aduh..macam mane ni? kertas hitam, plastik jernih, klip kertas, kotak, gunting..zipp..zapp..siap!! name tag buatan tangan..jimat duit, bazir masa!!
ok, bersambung untuk hari seterusnya..

0 comments: