buat seorang insan..

selepas satu, satu dan satu ujian datang menduga hati kecilku..jika yang dulu datangnya bersama persoalan amanah dan keikhlasan, yang ini datangnya bersenjatakan soal ketaatan..

aku akui, biarlah pelbagai ujian datang menjelma tidak kira apa rupa warnanya, akan aku hadapi dengan tabah..namun pabila ujian itu menyentuh soal yang satu ini, aku jadi lemah..hati keluh kesah, jiwa terus kalah..

dalam kesibukan laksana tugasan..tanpa ku sedar ada jiwa insan aku lukakan..biarlah zahirnya tiada terkesan, dalaman hatinya dapat ku rasakan..

aku risau, aku gundah, hati bagai tiada arah..

insan yang selama ini menyayangiku mula melihat tanda kecewa denganku..bukan sengaja aku lakukan...bukan sengaja aku rancangkan..

ya Allah..ampunilah dosa yang telah aku lakukan pada kedua-dua orang tuaku..sesungguhnya masa yang aku miliki ini bukanlah milikku..kau berilah kelembutan pada hati mereka agar dapat memahami isi hati anak dewasa ini..jauhkanlah azabmu daripadaku jika kecil hatinya seorang ibu itu mampu menjerumus aku jauh ke dasar neraka-Mu..tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai..

*perlu belajar erti sabar,tabah,kental

0 comments: