Antara aku, saya dan kalian

Perjalanan letih meniti hari membuahkan hasil yang lumayan, sebaik pintu rumah itu aku kuak, wajah keriangan ibu bapa kelihatan menguntum senyuman..habis hilang letihku..pipi kedua-dua mereka ku kucup..hampir sebulan lamanya sentuhan ini tidak ku rasa..

mata yang keletihan tidak menghalang aku menjengah blog yang sudah lama ku simpan dalam peti berhabuk sawang ini..banyak bicara ingin ku luahkan..cuma masa mengekang rapi jariku..fikiranku disibukkan dengan urusan lain..hati tertumpu pada yang itu-"tarikh akhir hantar: bla2.." yup, assignment..

kesakitan badan masih terasa..kesan lebam bekaman masih jelas kelihatan..petang tadi, aku melakukan rawatan yang dijalankan di institut ini..banyak rupanya masalah yang dihadapi..cuma yang kroniknya itu tidak ada..Alhamdulillah..

pada mereka yang ada disakiti baik fizikal mahupun dalaman hatinya oleh insan bernama Akmal, aku dahului jtaan maaaf..bukan niat untuk menyakiti, tapi fikiran berkecamuk memikirkan hal yang menyerabutkan kepala..hingga memaksaku masam mencuka pada kalian..maaf ye..bila diri sudah letih, hati di dalam bagai merintih..kesan sahabat menjadi sedih..haish..sori lagi sekali la

tapi ada satu perkara yang membuatkan aku berkecamuk pada majornya..terbitan kata sahabat..yup, PERSAHABATAN..orang kata, hati itu ibarat tisu..mudah menyerap pada sifatnya..mudah mengalir pada zahirnya..dek kerana itulah hati itu mudah benar terguris pada batinnya..bukan kerana warna merahnya, tetapi pada sifat lembutnya..hati itu mudah benar mengecapi bahagia..mudah jua menjelma duka..

apa pun jalannya, bila pun masanya..aku dan saya berdoa agar kalian dapat bersama, seperti sedia kala..aku dan saya akan menunggu saat itu..kerana kebahagiaan sahabat2ku menzahir kabahagiaan diriku..

Akhir kalam, saya ingin berpesan pada diri saya sendiri, janganlah berlari kalau dah tahu sakit kaki..dah sakit mula la nak mencari simpati..awak tu belum ada bini lagi..nanti sape yang rugi?diri sendiri..jawab reti, tapi tetap nak lari lagi..tunggula sikit hari lagi, dah sembuh kaki bukan stakat lari..nak terjun bangunan 100 kaki, nak berenang kat kolam buatan sendiri, nak pumping 100 kali, buatla ikut suka hati..cuma sekarang kenala jage diri, sayangi diri sendiri..ini nak sayang diri sendiri pon xreti2..ade hati nak berbuah hati?nak jadikan calon buat isteri?kesannya bukan setakat hari ni, tapi sampai tua nanti..nanti muda2 dah mati, kesianla kat anak bini..terpaksa bersusah cari rezeki..yela,laki dah mati..hilanglah tempat bergantung diri..tapi harap2 xla jadi camni..nak la jadi famili, yang paling bahagia di alam ini..kekal hingga ke akhir nanti..dah2, aku nak berhenti..nanti kite borak2 lagi..jumpe lagi lain kali..

Assalamualaikum..rumahku heavenku

1 comments:

Anonymous said...

aku pun berharap seperti itu~ saat seperti dulu...kerana aku sangat merindui. aku terlalu ego kah? tapi aku tetap punya rasa. rasa terguris itu~