Anak, Suami, Bapa

mentari jingga di ufuk timur mula menampakkan susuk tubuh sferanya..kicauan unggas dan kokokkan sang jalak mula kedengaran menggantikan gemersik cengkerik yang mula hilang merdunya di awal pagi..cempedak goreng dan nescafe panas jadi santapan di pagi nan dingin..dari rumah papan berwarna putih ini terdengar juga suara kanak-kanak kegirangan bersama rakannya..cucu jiran barangkali..

Asus A42J yang baru dibeli tidak sampai 2 bulan itu aku kuak..kalau bukan kerana tugasan yang melambak banyak, tidak akan aku beli laptop ini..namun aku dapat berbangga kerana selama 3 semester aku mampu bertahan tanpa makhluk yang bergelar laptop..papan kekunci terus ditaip mencoret sesuatu dalam laman sesawang ini..entah apa yang hendak dingomel di pagi ini..

Mak awal-awal lagi dah keluar ke rumah jiran..rewang katanya..kagum dengan ketabahan insan bergelar wanita..meski wanita itu dikata lemah pada zahirnya, namun hati cekal memaksi..apatah lagi apabila wanita itu sudah bergelar isteri suami dan ibu buat anak-anak..menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba pada Illahi, isteri, ibu, anak, adik dan kakak barangkali pada satu-satu masa..besar tanggungjawabnya..masa perlu diurus sebaiknya..namun sedikit keluh pun tidak terbit dari bibir merah tua seorang ibu yang ku panggil emak..

Terus terlintas dalam benak fikiranku akan satu persoalan..bagaimana pula hidup bergelar seorang suami..sebagai bapa dan suami seorang(dua, tiga empat orang mungkin?) isteri pasti berat tanggungjawabnya..jika isteri perlu taat pada suami, suami pula perlu taat pada ibunya..dan dalam masa yang sama mampu membuat isterinya bahagia..indahnya hidup berkeluarga..diserikan pula rengekkan anak kecil taktala baru menimang cahaya mata pertama..satu anugerah tidak ternilai harganya..mengurus organisasi bergelar keluarga bukan seperti mengurus kolej kediaman IPG KPI..meski kecil pada jumlahnya, namun besar cabarannya..apatah lagi mendidik anak dalam dunia hari ini yang anasir media massa jadi gurunya..artis-artis jadi idola, maksiat dilaku merata..sungguh merisaukan..

Ilmu menjadi manusia perlu dituntut semaksimanya di sini..bagaimana dapat aku lahirkan anak yang terdidik jika aku sendiri belum dapat mendidik..aku perlu banyak belajar..baik ilmu dunia mahupun akhirat..moga apa yang dicita menjadi nyata..

*saje ngomel pagi-pagi ni..jangan layan sangat la ye.. (^_^")

RumahkuBukanRumahGaban..0831..

1 comments:

Cahaya Senja said...

sejak tukar layout baru ni xde sape pon komen..rupenye aok sume xtau butang komen katne ye..sorila..sgt menyusahkan kan layout ni?? :(