Suara Dari Dalam.....hati

Dingin bayu yang menghembus di petang hari bersaksikan titis hujan menyapa sanubari lukisan Ilahi, mengguris perasaan sang pencinta alam, menggamit memori bersejarah nan indah menjadi sebuah halwa fikiran segar bugar mekar di ingatan..

meski hari sudah hampir tiba penghujung gembira taktala mentari menghilangkan diri di ufuk barat tidak lama lagi, kemeriahan teratak hujung desa ini tidak tergugat..siulan unggas, gemersik cengkerik, nyanyian katak menjadi muzik harmoni mententeramkan hati yang gundah gulana sajak seminggu yang lalu..biarlah hal itu menjadi sejarah buat diriku..

Fuuhh..sejuk betul petang ni..hujan sejak pagi tadi..bertuah sebab rumah aku ni berada dalam kawasan tanah tinggi..kalau tidak,pasti sudah bersampan aku..sejuk2 ni buat idea untuk berkarya datang..oleh itu,aku nak buat beberapa melodi dan lagu untuk kumpulan nasyid kami, SofF..

tahukah anda apa itu kumpulan SofF?? kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2009 dengan ahli seramai 5 orang pada awalnya, kini bertambah menjadi 6..aku bertindak sebagai bass dek kerana suara yang agak dalam dan besar..memang sukar untuk melakukannya pada tahap konsisten yang tinggi..apa-apa pun, saya berharap kumpulan ini akan terus meningkat maju pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang..amin ...

Salam sayang..15:36..sejuk!!

2 comments:

salemaziz said...

orang bass..huummmmmm.......

Cahaya Senja said...

aumm..lemm2.. ;p