Happy Birthday Poland!! (BHG 1)

28hb Januari..apakah peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini? pengeboman Hiroshima dan Nagasaki??bukan2..tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi seorang insan yang benama Muhamad Akmal bin Jamaludin yakni penulis blog ini..2011..tahun ini menyaksikan penghidupan seorang hamba dan khalifah yang usianya kini mencapai 2 dekad..masih terlalu muda mungkin untuk menjadi pemimpin sebuah negara..tetapi untuk memimpin diri sendiri, di sinilah bermulanya..

Pelbagai kejutan yang aku dapat kali ni..yang paling besar??meh aku story....

ceritanya mula macam ni..aku baru balik dari Low Yat malam tu..dalam jam 10 rasanya..dapat mesej dari abang Fakhrul yang suruh aku datang mesyuarat JPP malam tu..dengan tak salin bajunya, aku pergi la ke sana..masuk je dalam bilik JPP tu,semua pandang aku dengan muka serius..even Hakim dan Arif sekalipun..apehal la diorang ni..marah kat aku ke apa..nak dijadikan cerita,sampai la perbincangan mengenai hal-hal berbangkit..


"Akmal tahu tak En. Jaflus marah dengan kolej kediaman? dengan wireless xdapat,kucing banyak..dah la Akmal datang lambat!"
"kerja dengan Akmal ni susah sikit..macam xnak bagi komitmen je.."

Antara kata-kata yang dilemparkan kat aku malam tu..ok,aku terima..dalam hati macam nak tarik diri jadi JPP je..yela..dah la baru masuk JPP..perlantikan pon x lagi,dah kena hentam..adeh..membisu aku sekejap..muka aku agak cuak diorang cakap..sape xcuak dah kena hentam!!then aku mula keluarkan hujah yang aku dah sediakan nak menangkis hujah diorang..tiba-tiba lampu terpadam..

"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Akmal Jamaludin..Allah selamatkan kamu.."

Huwaa..wakenabeb!!rupanya kejutan yang dirancang untuk mengenakan aku..ada agenda di balik kata rupanya..semuanya propaganda membuatkanku terkesima dan terharu seketika..huhu..thanx buat semua Ahli Pimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang sudi membuatkan jantung aku berdebar..kek tu memang sedap..

Ok..sampai di sini dulu..kita sambung bahagian dua pulak nanti..

3 comments:

hana syakira said...

HAHAHAHA!

Cik Aied said...

alamak...lambat wish la...
happy belated birthday ye ;)

Cahaya Senja said...

hana..hohoh

cik aied..thanx jiran sebelah.. ;)