Sekadar Perkongsian Diri

Alhamdulillah..masih lagi dipanjangkan umur pada pagi yang penuh keberkatan ini. Apa khabar iman?apa khabar hati?moga berada dalam keadaan baik selalu hendaknya.

*Mood: Kemas barang untuk pulang ke IPIS tercinta..

Lama betul aku dok rumah kali ni. nasibla kan. sape suruh buat jadual periksa lagu tu. Sesape yg dah rindu aku tu, sabaq naa..petang ni aku sampai maktab. Next paper 11 hb. 1 apa pun tak baca lagi ni. nasib bek ada spot.

Kalian ada masalah? yup..pasti ada. Mustahil kan kalau kita tak ada masalah? Masalah ini sebenarnya bagus untuk kita. Dengan adanya masalah, barulah otak kita ini berfungsi dengan sebaiknya. Akan tetapi, bagaimana untuk kita menghadapi masalah itu? Ada yang sampai stress, frust dan juga tension (apa beza tiga-tiga ni?)

1. Senyum. Senyum ni walaupun kita anggap remeh, tetapi sedarkah kita bahawa senyum merupakan satu kaedah yang paling mujarab bagi mengawal masalah yang kita hadapi? Ramai dalam kalangan kita yang mengeluh, mengomel seorang diri apabila mengahadapi masalah. Apa kata kita praktikkan amalan ini dahulu jika kita berada dalam keadaan bermasalah. tak rugi pun kalau senyum. (^_^)

2. Bersendirian. Nabi Muhammad S.A.W dulu pun, mencari ketenangan dengan cara yang sama. Bersendirian di Gua Hira. Memang betul kita perlukan teman rapat untuk kita kongsi segala masalah kita. Tetapi, bukankah diri kita sendiri merupakan motivator terbaik untuk kita? Dengan bersendirian, kita akan lebih mengenali diri kita, menganalisa siapa kita yang sebenarnya dan cuba memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Cara ini lebih praktikal bagi mengurangkan stress yang kita hadapi berbanding memekak di pagi hari di Blok B dengan menyumbangkan suara yang sudah sememangnya sumbang.

3. Bertenang. Yup. Ini merupakan kaedah yang paling penting dalam menghadapi situasi apa pun. Tidak ramai daripada kita yang dapat mengawal emosi taktala diuji dengan sesuatu masalah. Motor kena rantai, kad keselamatan hilang, assignment tak print out lagi..macam-macam masalah yang kita hadapi. Stress,memang stress. Tapi, cuba ambil masa untuk bertenang seketika. Tarik nafas dalam-dalam, pandanglah kehijauan alam di sekitar kita. Banyak cara untuk menenangkan diri sebenarnya. bergantung pada individu itu sendiri. Karaoke di Warta, mandi-manda di Putrajaya mahupun menonton wayang di Alamanda. Asalkan tidak bercanggah dengan norma-norma seorang insan yang bergelar muslim, kira ok la tu.

4. Komunikasi. Yang ini sebenarnya aspek yang paling mustahak untuk kita ambil kira. Berapa ramai daripada kita yang mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan? Pernahkah kita mengahadapi situasi di mana kita diherdik serta dimarahi oleh rakan-rakan kita taktala niat di hati ingin bergurau dengannya? Kalau kita tahu beliau ada masalah, kita pasti tak akan bergurau dengannya. Tetapi, dalam situasi ini, kita tidak tahu pun. Ingat ya, sebanyak mana pun masalah yang kita hadapi, seberat mana pun bebanan yang ditanggung, jika hubungan sesama manusia dapat dijaga, Inshaallah, Allah akan memudahkan urusan kita.

5. Jangan Pendam. Haa..yang ini lagi satu. Selalunya kaum Hawa yang dok amalkan perbuatan ini meskipun amalan ini sangat berbahaya bagi diri dan kesihatan mereka. Bukanlah bermaksud lelaki tidak memendam perasaan mereka tetapi dek kerana pendiamnya wanita itu, menyebabkan mereka lebih gemar untuk membisu daripada memperkatakan hal yang sebenarnya. Mungkin juga disebabkan faktor cuba untuk menjaga hati kawan. Akan tetapi, sedarkah kita bahawa senario masyarakat hari ini yang seolah-olah 'menghalalkan' mengumpat? Memang kita tidak memberitahu masalah kita pada orang yang memberi masalah kepada kita tetapi, kita sering kali mengadu dan memperkatakan perihal 'musuh' kita ini kepada sahabat akrab kita sehinggakan wujudnya satu perasaan benci di dalam hati mereka terhadap 'musuh' kita ini.

"Kau tahu, Jenab pinjam 5 ringgit aku kat kafe hari tu, tak pulangkan lagi. Mak bapak punyalah kaya"
Dialog seumpama ini acap kali kita dengari keluar daripada mulut kita. Nampak ringan, tetapi sedarkah kita bahawa ia juga termasuk dalam kategori mengumpat? Apalah salah kalau kita terus berjumpa si Jenab dan bagitahu hal yang sebenarnya. Mungkin si Jenab terlupa untuk membayar kembali wang itu. Siapa tahu?

6. Gembirakan Orang Lain. Yang ini memang tidak dinafikan lagi keberkesanannya. Tahukah kita satu info menarik mengenai hal ini? Hubungan manusia ini, ibarat Multi-level Marketing atau dalam bahasa mudahnya, MLM. Seorang yang melakukan kebaikan kepada orang lain, akan menggembirakan orang tersebut. Orang tersebut pula akan menceritakan peribadi orang yang menggembirakannya itu kepada rakannya. Begitulah selanjutnya.

Tak paham? ok.ok..macam ni. Kita letaklah Ahmad ini, buat baik kat adik junior sem 1, Muhammad. Muhammad seterusnya akan menceritakan pendiriannya mengenai Ahmad kepada rakannya, Zainab. Secara tak langsung, Zainab akan tertarik dengan peribadi Ahmad dan menceritakan hal ini kepada Milah, Fatimah, Aisyah dan Zaiton. Menarik bukan? Walaupun ini cuma formula yang aku cipta sendiri, tetapi lebih kurang semacam ini lah balasan yang akan kita perolehi akibat perbuatan membantu orang lain dan menggembirakannya. Tetapi harus diingatkan, janganlah kita membantu insan lain demi kepentingan diri kita sendiri. Berkenalan dengan si Jenab, membantu si Jenab buat assignment, semata-mata hendakkan roommatenya si Jenab yang hot lagi indah ahlaknya, Zaiton. Maka, tunggulah balasan yang akan diterima oleh kita. Confirm kalau couple dengan Zaiton pun, paling lama setahun je. hehe

*Ada lagi sebenarnya untuk dikongsi. Tapi lain kali lah ya. Aku tau korang pun bukan nak baca sangat entry yang banyak perenggan ni. Kalau post gambar awek-awek berdarah hidung, mahu dekat 1000 viewers blog aku sehari. Pantang nampak perempuan. Ish3..

Oh ya, lagi satu pesanan aku. Buat kawan-kawan aku yang spesisnya Hawa, kalau boleh tolong privatekan sikit FB korang. Bukan apa, sekarang ini, macam-macam taktik kotor si stalker ini buat untuk dapatkan maklumat pasal kita. Tak apa. nanti aku buat entry khas pasal "Private FB dan Kepentingannya" kat blog aku k. Teruskan membaca. Assalamualaikum.

Pengembara Senja: Penerbangan dari Poland jam 2 petang ini(waktu Malaysia).

0 comments: