Lelaki Soleh

Ciri-ciri Lelaki Soleh Seperti yang Dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

1    Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya
2    Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya
3    Mati syahid ada cita - cita hidup yang tertinggi
4    Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T
5    Ikhlas dalam beramal
6    Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7    Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya
8    Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
9    Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
10    Solat malam menjadi kebiasaan
11    Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah     semata-mata
12    Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
13    Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka
14    Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikkan, dan mencegah kemungkaran
15    Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
16    Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingati  antara sesama saudara dan tawadduk kepada Allah
17    Memberi kasih sayang kepada keluarga

Selain ciri-ciri diatas, orang-orang yang soleh juga adalah insan-insan yang sentiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah selepas para nabi dan orang-orang mulia. Mereka bersedia menghadapi segala ujian daripada Allah dengan hati yang tabah dan tetap teguh beriman dan memiliki pendirian yang teguh. Mereka tidak mudah menyerah kalah dengan segala dugaan dan cabaran yang datang kepada mereka.

Jadi, adakah kita tergolong dalam golongan yang disebutkan di atas? sama-samalah kita perbaiki diri kita serta berusaha mempertingkatkan amalan soleh terutamanya pada musim cuti semester ini. masa yang ada perlu digunakan sebaiknya. sekadar perkongsian untuk membaiki diri. selamat maju jaya! (^_^)v

0 comments: