Korang nak tau x??

Assalamualaikum semua..apa khabar jiwa, apa khabar hati, apa khabar diri? moga dalam keadaan sihat selalu hendaknya..

huwaa..baru bangun tidur sebenarnya. entah macam mane boleh tertidur after maghrib tadi. mungkin disebabkan keletihan menjawab paper Pengajian Islam 1 petang tadi agaknya. Apa yang di spot tak keluar. ramai yang frust menonggeng nih. haha..sabar jela ye..

orang lain dok study malam-malam exam, aku dok men Pes 2011 dengan Faiz, Arip Safwan (kaki), Hafiz Zakaria n Faizal Salehon. Malangnya mereka semua dah syahid awal. Tinggallah aku dan Faiz berdua-duaan berjuang sehingga jam 6.00 pagi..6 pagi!!??? yup, 6 pagi. no sleep ye. begitulah hebatnya pengaruh Pes 2011 dalam hidup kami.

Bangun-bangun tidur, pandang cermin. eye bag yang begitu jelas menonjol kelihatan. Mengalahkan Hikayat Putera Nazrin, Hakim Najmi dan Firdaus Baharudin punye eye bag rasanya. tengok gaya macam stay up sampai ke pagi, padahal...

Ada yang kata kami ni hebat, ada juga yang kata kami ni gila. Gila? ah, gila pon gila la. berani jom men Pes 2011 la. eh2..jap2..

Korang tahu ke apa itu Pes 2011? sejenis Pie Cake kah ia? atau mungkin spesis siput sedut alaf baru? Pes 2011 mengikut bahasa, adalah singkatan kepada perkataan Pro Evolution Soccer. Sejenis permainan video yang berunsurkan sukan yang sangat popular iaitu Bola Sepak.

Pengalaman aku main Pes ni sejak Pes 6. Evolusi yang begitu pesat dapat aku rasakan dalam masa 5 tahun. sekarang the latest one Pes 2011 la.memang sangat2 best. pada mereka yang tak cuba lagi, aku nasihatkan baik korang g beli cepat2 installer dvd dia kat warta cepat (aku nye dah post ke rumah).

Hilang satu nikmat hidup weh sape2 yang xmen Pes ni. Korang boleh main Fb, Blogger tapi untuk Pes tak de masa? berubahlah cepat2..ayuh kita main Pes.

Selalu yang kita dengar, ada je suara-suara sumbang yang cakap main game ni buang masa, duit, ajar kita jadi pengganas(counter strike? battlefield?MOHA?) serta menjadikan kita malas. Kamon la..daripada kitorang dok merempit xtentu pasal ke, main cucuk-cucuk jarum ke, usha awek kilang denso ke, baik kitorang main game kan?

ukhwah sesama kita boleh terbina dengan main game ni. betul, xtipu tau. kemahiran sosial dapat dipraktikkan di sini. Kalau korang men, korang tau la..

haa..lagi satu. dengan men pes ni, korang akan dapat kenal seseorang tu dengan lebih rapat. Kalau korang tengok budak tu selalu g masjid, try bagi dia men pes. kalau dia tak mencarut, tak maki hamun, kira memang betul la tu.hehe..tapi selalunya benda ni adalah tindak balas spontan sel saraf merembeskan isyarat elektrik ke medula oblongata(dapat oblong malam2 ni masyuk jugak)

Kepada pemain Pes, teruskan peruangan kita. tapi satu jela. time main kalau boleh kurangkan makian.
" Bodoh Iniesta, aku suruh passing ko taknak passing",
"Rooney sepak macam #$@%^ je",
"B@#$ Evra, bukan nak jaga Messi, kan dah gol!!"

Haish. yang kawal joystick tu kita la..kalau cakap player tu macam tu, sebenarnya sape yang kawal dia ha?ha? sape yang @#$% sebenarnye? haha..

Len kali cuba cakap camni
"Ya Allah, mane la kau passing Rooney oi.."
"Astaghfirullahalazim..kuatnye la Chicarito tendang"
"Alhamdulillah..masuk pon free kick Nani"
"Allahuakbar..ref, Puyol main ganas ref..kad merah ref"

Sambil main, sambil berzikir..kan bagus tu..

"Poland, jom r lawan!"

Haa..baru je cakap merapatkan ukhwah, dah ade orang panggil men. K la ye, sampai sini dulu. budak dah panggil tu.

*p/s: Majulah Pes untuk IPIS. Wassalam

0 comments: