Khas untukmu Hawa


Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita soleheh.Pernahkah anda mendengar bait-bait lirik tersebut? sudah pastinya anda sudah banyak kali mendengar sehingga 'terhafaz' lagu tersebut hingga ke penghujungnya. ya,sudah tentu kaum adam amat meminati lagu ini sehingga mereka tercari-cari siapa wanita solehah itu? adakah masih wujud lagi wanita yang solehah di muka bumi ini? ya,jawapannya sudah tentulah masih ada selagi mana keturunan kaum adam yang beriman itu masih lagi wujud. Allah sudah berjanji dalam quran di dalam surah an-nur bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. ya,allah akan menepati janjinya,jangan risau wahai sahabat-sahabat sekalian,sudah tentulah anda akan memperoleh isteri yang baik satu hari nanti sekiranya anda 'istikomah' dalam beriman kepada allah dan rasulnya.

Janji allah untuk hamba-hambanya akan ditepati selagi mana manusia itu bekerja keras ke arahnya. Adalah tidak adil sekiranya anda beriman kepada allah,mentaati segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya tetapi anda dikurniakan isteri yang tidak 'secocok' dengan anda. Allah maha adil wahai sahabatku. Allah maha mengetahui segala-galanya. Ya,sudah menjadi fitrah bagi manusia untuk menyukai sesuatu yang baik dan kelihatan indah. Wanita itu akan umpama 'bidadari' sekiranya mereka benar-benar mematuhi arahan yang telah allah tetapkan. Mereka akan kelihatan menarik pada pandangan mata lelaki yang beriman sekiranya mereka memakai tudung dan melabuhkannya. Mereka benar-benar akan menjaga 'makhkota' mereka daripada 'digadaikan' kepada kaum lelaki yang yang tidak halal bagi mereka.

ya,kaum hawa yang yang memakai tudung itu 'kelihatan menarik' sekali sehinggakan ada sebahagian daripada mereka yang begitu cemburu dan iri hati sekali dengan mereka. Kita lihat di sekitar eropah,kaum hawa yang bertudung dicemuh,dirogol,dibunuh,di tembak dan sebagainya. ya,mereka begitu cemburu sekali kepada 'mereka yang bertudung ini'. Mereka 'terlalu' cemburu sehingga sanggup melakukan perbuatan yang benar-benar menggugat iman seorang kaum hawa itu. Lihat lagi suasana 'wanita bertudung labuh' itu di sekeliling kita,mereka di caci,di hina,dipandang serong,dikritik,digelar penjenayah dan sebagainya hanya kerana mereka cuba 'mempertahankan' mahkota mereka.

Wahai 'wanita yang bertudung', janganlah dikau berasa risau dengan imanmu kerana engkau benar-benar telah berjaya membuktikan 'pada dunia' bahawa engkau benar-benar 'istimewa'. Engkau telah berjaya 'menggengam' erat imanmu sehingga engkau berjaya membuktikan 'kebenaran islam' itu. Sekiranya tidak,masakan dunia memandang serong terhadapmu. Dunia mencarimu,dunia mengejamu,dunia merejammu sehingga mampu membuatkan engkau tertewas wahai wanita! jangan tertewas dengan godaan dunia ini wahai wanita! kelihatannya imanmu semakin ampuh dan teruskan 'istikomah' dalam memperjuangkan 'islam' itu dengan hanya 'bertudung'.

Wahai wanita 'bertudung', hargailah dirimu daripada 'dirobek' oleh 'tangan-tangan' yang nakal lagi durjana,mereka ingin merobek mahkotamu sehingga satu saat nanti imanmu kembali goyah dan syaitan kembali menusuk dirimu sehingga engkau 'terpukau' dengan panahan syaitan tersebut. Awas wahai wanita bertudung,hargailah nikmat yang engkau peroleh pada waktu sekarang kerana engkau insan terpilih yang masih diberi hidayah dan kekuatan untuk menutup mahkotamu itu. Wanita lain tidak sebaik nasibmu,mereka tidak mendapat hidayah sebaik denganmu. Mereka amat memerlukan bimbingan daripadamu. Mereka tertarik dengan perwatakanmu cumanya mereka segan silu utuk menyatakan kepadamu bahawa mereka ingin menjadi sepertimu.

Jadi,wahai wanita bertudung,bimbinglah rakan-rakanmu itu kerana mereka memerlukanmu,mereka ingin mendengar luahan daripadamu mengapa mereka perlu bertudung labuh. Katakan sahaja kepada mereka bahawa allah menyuruh melakukan perkara tersebut bagi mengelakkan 'mahkota' anda digadaikan satu hari nanti. Wahai wanita bertudung labuh, anda begitu istimewa sekali kerana telah mematuhi perintah allah azza wajalla. Anda berjaya mempertahankannya walaupun dikritik hebat dan dipengaruhi suasana sekeliling. Tahniah buat anda,moga allah membalas segala pengorbananmu itu.

0 comments: